Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Friday, May 29, 2009

Ketentuan Allah SWT

Assalamualaikum wbt...

Pada malam Rabu baru-baru ini, saya mendapat satu SMS daripada sahabat saya menyatakan bahawa result Sem 3 sudah keluar. Serta merta jantung saya berdegup kencang. Kerana apa?

-saya takut memikirkan result yang bakal saya perolehi memandangkan salah satu subjek yang saya ambil (saya mengambil 2 subjek sahaja pada Sem 3) berhadapan dengan 'kegagalan' ketika mid sem yang lalu.
-saya takut saya tak mencapai pointer yang sepatutnya saya dapat.
-saya takut saya akan mengecewakan umi dan ayah saya.
-saya takut 'examphobiac' saya akan menjadi semakin teruk.

Saya cuba melengah-lengahkan masa. Saya cuba melupakannya. Tapi saya tak mampu. Degupan jantung semakin laju... (berapa blood pressure ya? huhuh..). Lalu saya menggagahkan diri untuk ke ruang tamu (internet hanya di ruang tamu supaya umi dan ayah dapat pantau aktiviti kami), tangan saya mencapai kabel internet, dan saya sambungkannya pada laptop saya. Dengan lafaz bismillah, saya buka internet explorer dan membuka portal myiium. Dengan lafaz bismillah sekali lagi, saya menekan link result. Bagai nak luruh jantung saya.. Ya Allah... Alhamdulillah... Alhamdulillah Ya Allah... Saya tak sangka saya berjaya atasi semua liku-liku yang cukup menguji ketabahan saya. Bibir saya mengukirkan senyuman, pipi saya dibasahi air mata kesyukuran. Saya beritahu umi saya yang kebetulan berada di ruang tamu. Alhamdulillah... syukur padaMu Ya Allah. Umi dan ayah saya gembira. Syukurlah, saya berjaya menggembirakan umi dan ayah saya... ='(

Terimbas kembali apa yang berlaku pada mid sem yang lalu
- Pada hari Selasa, 28hb April, saya mendapat keputusan biology 2 daripada madam saya. Kalimah 'Astaghfirullah al-azim' diungkap oleh saya beberapa kali. Mata saya berair, tapi saya tahan. Saya tidak mahu 'kegagalan' saya diketahui oleh sahabat dan senior yang lain.
-Setelah habis kelas pada hari tersebut, madam memanggil saya dan menyatakan bahawa dia mahu berjumpa dengan saya secara peribadi di biliknya. Lalu kejadian yang saya nukilkan di post 'What's wrong with my brain' berlaku.
-Saya menerima nasihat dan sokongan daripada keluarga saya.
-Saya terfikir untuk drop subjek biology 2 kerana bimbang akan memberi kesan negatif pada pointer saya.
-Umi dan ayah saya mengharapkan supaya saya meneruskan perjuangan. Tidak putus asa.

Dan akhirnya, Alhamdulillah... Allah Maha Pengasih dan Maha Pemurah. Dia mengabulkan doa kami. Syukur padaMu Ya Allah...

Pada umi dan ayah, terima kasih sangat-sangat atas semua yang umi dan ayah berikan dan lakukan untuk adik. Tanpa sokongan umi dan ayah, mungkin adik tak kuat untuk berdiri lagi, adik mungkin sudah jatuh tersungkur. Terima kasih sangat-sangat. Jasa umi dan ayah takkan pernah mampu untuk adik balas.

Pada Madam , terima kasih madam atas nasihat, sokongan, dorongan dan bantuan yang madam berikan pada saya. Saya bersyukur madam menjadi lecturer saya. Terima kasih tak terhingga.

Pada diri sendiri, teruskan lagi usaha! Perjalanan masih jauh. Jangan mudah putus asa! Tahun ke-2 yang akan tiba menjanjikan sesuatu yang lebih mencabar. Bak kata umi, DO study SMART, DON'T study HARD. Perbanyakkan lagi ibadah dan terus melakukannya dengan istiqamah (InsyaAllah). Jangan lupa janji pada diri sendiri (rahsia).

Setakat ini sahaja nukilan saya pada kali ini. Alhamdulillah. Sesungguhnya, memang sesuatu yang terjadi itu mempunyai hikmah disebaliknya. Umi saya kata, kalau saya tak berhadapan dengan 'kegagalan' seperti itu, mungkin saya tak mendapat result seperti ini (pada saya, sememangnya suatu kejayaan yang tak ternilai harganya) Alhamdulillah... semoga saya tak mudah 'lupa diri'.

Sekian sahaja,
Wasalam...

Cahaya Kegirangan Kemuliaan

4 comments: