Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Tuesday, May 26, 2009

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya saya masih dapat bernafas di muka bumi yang dicipta olehNya untuk terus mengumpul saham untuk ke syurgaNya setelah roh dipisahkan dari jasad suatu hari nanti... Amin...

Sudah beberapa minggu saya mencari buku tulisan Fatimah Syarha Mohammad Noordin yang bertajuk Tautan Hati dan Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul. Semuanya bermula apabila salah seorang sahabat saya memperkenalkan penulis tersebut kepada saya. Sahabat saya itu juga memiliki buku Tautan Hati. Namun atas sebab-sebab yang tertentu, beliau tidak dapat meminjamkannya kepada saya. Saya berfikiran positif... Mungkin ada nilai sensitiviti buat dirinya.. Saya akur...

Namun, beliau membenarkan saya membelek buku tersebut buat seketika. Apa lagi, hati saya semakin tertarik kerana buku itu mempunyai ilmu yang tak ternilai harganya... Subhanallah... Saya perlu bersabar sehinggalah saya dapat memilikinya sendiri suatu hari nanti. InsyaAllah...

Namun saya agak tertanya-tanya kenapa buku itu cukup susah untuk dijumpai di kedai-kedai buku. Mungkin kerana saya tinggal di Kuantan, maka tidak banyak yang ingin memiliki buku seperti ini. Malah ketika Book Fair PWTC yang lalu, booth Telaga Biru tidak pula membawa buku tersebut ke sana. Kehabisan stok barangkali. Saya cuba berfikir positif lagi.. =) Tidak mengapa, kerana saya akan berusaha untuk memilikinya setelah saya pulang ke UIA PJ. Mungkin MPH mahupun Kinokuniya memiliki buku yang saya cari-cari selama ini.

Semalam, saya berkunjung ke kedai buku Popular yang ada di Megamall. Sengaja saya memilih waktu pagi pada hari Isnin kerana pada waktu tersebut, kurang orang yang mengunjunginya. Jadi, dapatlah saya menjaga mata... InsyaAllah... Saya berkunjung ke sana untuk mencari buku yang saya nyatakan di atas. Ternyata, tiada. Tapi, saya berjaya mendapatkan buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul. Alhamdulillah... Sekurang-kurangnya, terisi masa luang saya dengan membaca buku yang mengandungi ilmu yang bermanfaat...


Buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul sangat bernilai. Ternyata Fatimah Syarha merupakan seorang penulis yang berakhlak dan berilmu tinggi sehinggakan dia berjaya menambat hati pembacanya untuk terus memiliki bukunya dengan cara yang baik. Buku ini mengisahkan seorang gadis bernama Qani'ah yang didatangi lamaran demi lamaran buat dirinya. Namun, banyak yang ditolaknya kerana pada Qani'ah, dia ingin memiliki seorang suami kerana agamanya. Teringat pula saya pada kata-kata yang ada di dalam buku tersebut,

"Suamiku, aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu" (Adaptasi kata-kata Imam Al-Nawawi)


Subhanallah, begitulah nilai sebuah cinta yang dibina kerana Allah. Tiada cinta sebelum kahwin. Cinta setelah membina masjid sememangnya suci dan terpelihara. Sungguh terharu ketika saya membaca buku ini. Bernilai tinggi...

Dan akhirnya, Qani'ah berjumpa dengan jodoh yang diciptakan Allah untuk dirinya, iaitu Dr.Muslih. Seorang pelajar jurusan perubatan yang merisiknya melalui orang perantaraan. Mereka langsung tidak menghubungi antara satu sama lain sehinggalah mereka bernikah. Tiada balasan SMS, emel mahupun surat. Dr.Muslih pula redha dengan rupa paras bakal isterinya. Tidak kisahlah dia tidak cantik, mahupun tua daripadanya, dia terima. Kerana dia ingin mengahwini Qani'ah, juga kerana agamanya. Dan akhirnya, semua itu diredhai Allah SWT. Ternyata kedua-duanya cantik dan beragama. MasyaAllah...

Buku ini berjaya saya habiskan dalam masa kurang sehari. Alhamdulillah... Saya tidak menyesal memiliki buku ini. Tambahan pula, harganya tidaklah mahal mana. RM12.00 cuma. Memang berbaloi... Ya Allah... mampukah aku menjadi gadis yang berakhlak tinggi seperti Qani'ah?

Sungguh, teringin menjadi seperti Qani'ah. Kalau saya mengimpikan untuk menjadi seperti Saidatina Khadijah mahupun Aisyah, MasyaAllah... mampukah tercapai? Wallahua'lam... Terasa diri ini sungguh kerdil di mata Allah... Benar, untuk memiliki cinta seseorang, kita perlu belajar menyintai Allah dan Rasul terlebih dahulu. Lalu, Allah akan mengurniakan kita seseorang yang akan membahagiakan kita di dunia dan di akhirat. InsyaAllah...

Sekadar ini sahaja nukilan kali ini. Buat para sahabat, saya sarankan kalian untuk memiliki buku ini. Sesuai untuk akhi dan juga ukhti. Terutama untuk mereka yang baru nak mengenal erti cinta yang sebenar mahupun yang sedang mencari cinta... Peringatan buat diri saya juga. Semoga kita mendapat manfaat bersama.... InsyaAllah...

Sekian, Wasalam...

Cahaya Kegirangan Kemuliaan

2 comments:

  1. hoho..bace post aku sal buku ni..??but mmg buku ini interesing..insya-ALLAH..kita cuba

    ReplyDelete
  2. baru bace.. =D
    InsyaAllah.. same2 kita berjuang ek shake!
    sayang kamu ya sohabati...
    (*_^)

    ReplyDelete