Bismillah...
Assalamualaikum Ya Ahlul Jannah (Ameen)
Sekarang ni, ana sedang cuti mid semester (Wah tak sangka dah final sem before masuk 1st Year Medic di Kuantan. Ameen...). Selepas cuti yang akan berakhir pada hari Ahad ini, ana perlu menduduki 3 lagi paper (Physic dah lepas. Alhamdulillah...). Sepatutnya ana perlu study, tapi yang sebaliknya terjadi. Ana agak busy dengan perkara lain. Apakah dia? Walimatul Urus... bukan ana, tapi abang ana. InsyaAllah akan bernikah pada hari Jumaat ini (Awal Muharram) dan majlis diteruskan pada hari Sabtu. Mohon doa dari semua agar majlis berjalan dengan lancar. Ameen.
Siapa yang tinggal berdekatan dengan Penang, ataupun mana-mana yang rasa nak datang, dijemput hadir. Sangat dialu-alukan. (^_^)
Wassalam
Walimatul Urus
Away for Mid Sem Exam
Bismillah...
Assalamualaikum sahabat sekalian. Semoga kita semua senantiasa berada di bawah penjagaan Allah SWT dan dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara dimurkaiNya.
Memandangkan peperiksaan Mid Sem akan bermula pada 10hb Disember, mungkin ana tak dapat nak 'update' blog selalu. First thing comes first. Just a short post here.
Anyway, ana ucapkan Bitaufiq wa Najjah fi Kulli Imtihan kepada semua sahabat.
Wallahua'lam. Wassalam.
Ya Allah, permudahkanlah urusanku semoga daku berjaya mencapai cita-citaku. Ameen Ya Rabbal Al-Amin.
Istighfar Wahai Hati
A'iesya, Puteri Sultan El-Farabi
Assalamualaikum wbt.
Ini merupakan karya Islamik ana yang pertama setelah beberapa purnama meninggalkan pentas penulisan kreatif. MasyaAllah...dah lama sungguh ana tak menulis novel mahupun cerpen. Serasa macam otak dah berkarat. =D Anyway, I hope you enjoy it. JazakAllah Khairan.
[InsyaAllah andai punya kesempatan waktu, ana akan garap cerpen ini dengan lebih detail dan menjadi sebuah novel... Doakan... =) ]
Publisher: http://courageofthenewborn.blogspot.com/
Author: Dr. NadF Izza
Date:27th November 2009 (created in 2 hours and 30 minutes) <---- Bahana buat research EAP =P

Di malam itu, sang puteri El-Farabi, A'iesya menongkah wajah melihat sayu ke arah bulan yang menerangi malam, seolah-olah menemani dirinya yang keseorangan. Adakala nafas berat dilepaskan... Dari kamarnya, sang puteri melihat kehidupan manusia yang lain. Oh, bahagianya andai aku bisa menjadi seperti mereka, bergurau senda, bergelak ketawa, hidup mereka bebas! Tidak seperti diriku... Walaupun rupa parasku cantik jelita, punya susuk tubuh yang cukup indah hasil kurnianNya, namun aku tetap bersendirian. Tiada teman untuk berbual bicara, tiada jenaka yang menjengah telinga...Aku kesepian. Aku keseorangan!

Sang puteri mengangkat wajahnya melihat langit yang terbentang luas. Kelihatan bintang-bintang dengan bahagianya bergemerlapan sehinggakan mampu menarik perhatian setiap mata yang melihatnya.
Sudah tiba masanya aku melakukan ITU.
Berteleku di atas sejadah, sang puteri menadah tangan di depan Yang Maha Esa.
"Ya Allah... kenapakah Engkau menciptakan aku sebegini? Kenapakah Engkau membiarkan daku bersendiri? Kenapakah aku tidak bisa menjalani hidup seperti manusia biasa yang bisa bergelak ketawa dan menikmati masa muda mereka dengan bahagia? Apakah dosaku Ya Allah? Sesungguhnya Engkau yang menciptakan aku sebagai seorang puteri namun Engkau pula yang membiarkan aku terseksa keseorangan di sini" esakan kecil mula kedengaran. Pipinya yang lembut mula dibasahi air mata.

Lihatlah mereka! Lihatlah manusia yang lain! Engkau berikan mereka kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang hati mereka dan akal mereka inginkan. Engkau kurniakan sahaja apa yang mereka mahukan. Sedangkan merekalah yang lupa bersujud padaMu, merekalah yang lupa mensyukuri nikmatMu, merekalah yang sering mengabaikan suruhanMu, wanita di luar sana yang mendedahkan aurat yang diperintahkan olehMu untuk mereka tutupi dengan kain yang bisa memelihara maruah mereka, merekalah yang melakukan maksiat walaupun matahari yang menyinari terang sudah tenggelam menidurkan dirinya.
Namun kenapakah aku? Kenapakah aku yang perlu keseorangan? Sedangkan akulah yang beribadah kepadaMu Ya Allah... Akulah yang senantiasa berzikir memanjatkan kesyukuran kepadaMu, akulah yang tidak pernah meninggalkan suruhanMu, tubuhku lukisanMu ini tidak pernah dijamah oleh mata sesiapapun, malah akulah juga yang sentiasa berjaga sepertiga malam untuk beribadah kepadaMu"
Matanya mengalirkan air mata yang kian deras.
Apakah dosaku Ya Allah? Tidak cukup lagikah apa yang aku telah lakukan buatMu? Kenapakah aku sering diuji sebegini Ya Allah? Aku tidak mengerti... Aku tidak memahami...
Esakan sang puteri kedengaran semakin memilukan... Tiba-tiba, kedengaran alunan suara yang cukup merdu.
Sang puteri mendengarkan bait-bait syairnya dengan begitu cermat sekali. Suara itu menyebut...
Suara itu sekali lagi menjengah telinga dengan menghidangkan ayat berikut,
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ َوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Matanya menitiskan air mata lagi yang cukup hangat terasa di pipi.
Lalu A'iesya melangkah pantas ke kamar beradu ayahandanya. Dibukanya pintu yang tersergam indah itu dengan berhati-hati. Lalu dia mendekati ayahandanya dengan cermat.
"Assalamualaikum Ya Abi..."
Ayahandanya Sultan Syeikh El-Farabi terkejut melihat kehadiran anakandanya di malam yang dingin itu. Matanya kelihatan bengkak. Pasti anakandaku A'iesya menangis lagi, kata hatinya.
"Waalaikumussalam. Ya A'iesya puteriku sayang. Kenapakah anakanda menangis? Apakah yang telah mengganggu ketenteraman puteriku sayang ini? Khabarkanlah kepada ayahanda wahai anakanda puteriku"
"Wahai ayahanda. Sesungguhnya aku telah banyak berdosa kepada Allah!"
Sultan Syeikh El-Farabi begitu terkejut dengan pengakuan anakandanya. Dia menekan punat lampu untuk membiarkan cahaya menyinari kamarnya. Penatnya mentadbir negara dan menyelesaikan masalah negara masih lagi bersisa. Namun demi puteri kesayangannya yang satu ini, dia sanggup mengorbankan apa sahaja untuk menenangkan hati puterinya. Ditarik tangan lembut anaknya dan dibiarkan A'iesya bersimpuh di atas katilnya.
"Apakah yang telah kau lakukan wahai anakandaku A'iesya? Kemurkaan apakah yang telah puteriku ini terbitkan pada Allah?
"Wahai ayahanda, sesungguhnya aku malu dengan diriku. Aku telah banyak berdosa kepada Allah. Setelah solat Isya' ku sempurnakan, aku berdoa kepada Allah. Aku bertanya kenapakah Dia membiarkan aku hidup keseorangan tanpa teman sedangkan aku telah banyak beribadah kepadanya. Setelah aku menyatakan sekian dan sekian, aku terdengar seorang jejaka bersyair kepadaku, seolah-olah menjawab persoalan yang telahku ajukan pada Allah. Aku malu wahai ayahanda. Aku malu pada Allah.. dan aku malu pada jejaka itu"
"Wahai puteriku sayang, jangan bimbang. Khabarkanlah kepadaku. Apakah yang kamu inginku lakukan demi mendapatkan kembali kedamaian hatimu yang telah gelisah?"
"Wahai ayahandaku, sesungguhnya engkau adalah seorang pemerintah yang adil lagi bijaksana, malah cukup menyayangi rakyatmu sehinggakan mereka sangat mengasihimu. Aku teringin sekali berjumpa dengan jejaka itu. Inginku tahu siapakah gerangannya yang begitu dikasihi Allah"
Ayahandanya melepaskan nafas yang berat.
"Wahai puteriku sayang, sesungguhnya wajahmu terpelihara dari panahan mata yang berbisa. Aku takut jejaka itu ingin mengambil kesempatan di atas kecantikan, kebijaksanaan dan kekayaanmu. Aku tidak mahu puteriku ini hidup merana. Andai kamu menyukainya, adakah kamu mahu aku nikahkanmu dengan si jejaka itu? Namun, biarku selidiki dahulu siapakah gerangannya tuan punya badan itu dan adakah dia yang paling secocok untukmu sehingga bisa membahagiakanmu di dunia ini dan juga di syurga nanti"
Pipi A'iesya sudah kemerah-merahan menahan malu. Dia tersenyum lalu memandang ayahandanya.
"Wahai ayahandaku, andai dia seorang yang baik, alim, malah mentaati segala perintah Allah, aku sudi menerimanya. Itupun sekiranya dia muncul dalam mimpiku setelah aku menunaikan solat istikharah bagi mendapatkan petunjuk dari Yang Maha Esa"
"Baiklah anakandaku. Janganlah kau khuatir lagi. Hilangkan kegelisahanmu. Beradulah dengan lena"
"Terima kasih wahai ayahandaku. Maafkanlah anakandamu ini kerana telah mengganggu waktu rehatmu yang sangat berharga"
"Demi untukmu A'iesya, apa sahaja bisa ayahanda lakukan kerana kamulah puteri kesayanganku satu-satunya"
Siapakah jejaka itu? Adakah...?? Mungkinkah...? Mungkin dia orangnya...
Sultan Syeikh El-Farabi telah mengarahkan mamandanya untuk menyiasat siapakah gerangan jejaka itu. Dan hasilnya, mereka menjemput jejaka itu menghadap Sultan.
"Assalamualaikum wahai Sultan yang Mulia, Adil dan Saksama. Semoga tuanku dan negara senantiasa berada di bawah limpahan kurnia dan rahmat Allah SWT. Nama patik adalah Hassan Al-Alim. Rakyat biasa yang merupakan anak seorang Qadi. Patik merupakan lulusan Al-Azhar dalam bidang kedokteran, juga seorang Al-Hafiz. Kehadiran patik di sini adalah atas jemputan Tuanku yang ingin mendengar bacaan Al-Quran setelah kita pernah bertemu suatu ketika dahulu di istana Sultan Syeikh Abdeil Azhari"
SubhanAllah.. ternyata tekaanku benar! Dia adalah jejaka yang inginku nikahkan dengan puteri kesayanganku A'iesya. Dialah pemuda yang paling bagus akhlaknya, taat kepada kedua orang tuanya, seringkali beribadah kepada Yang Maha Esa. Dan yang paling penting, inginku nikahkannya dengan A'iesya kerana agamanya! AllahuAkbar... Ya Allah... andai mereka berjodoh, Engkau satukanlah mereka dengan cara yang Engkau redhai Ya Allah.
"Patik ingin memohon ampun sekiranya patik telah mencetuskan ketidak senangan hati Tuanku. Bukanlah niat patik untuk menjawab kata-kata Tuan Puteri, Tuanku. Kebetulan patik terdengar rintihannya yang cukup sayu. Lalu untuk menghilangkan kegelisahan hatinya, patik mengalunkan beberapa ayat Al-Quran yang patik kira bisa menenangkan hati Tuan Puteri. Ampunkanlah patik andai kelakuan patik itu seolah-olah menderhaka Tuanku"
Sultan Syeikh El-Farabi tersenyum. Katanya,
"Wahai pemuda, mahukah kau aku nikahkan dengan puteriku A'iesya?"
Jejaka itu terkejut mendengarkan kata-kata Sultan.
"SubhanAllah..."
Lalu Sultan Syeikh El-Farabi berkata lagi,
"Sebenarnya, kehadiranmu di sini bukanlah sekadar untuk memperdengarkan alunan bacaan Al-Quran, tetapi juga,aku berniat untuk menikahkanmu dengan satu-satunya puteriku, A'iesya. Aku telah lama mempertimbangkan soal ini, dan aku kira, kaulah jejaka ang paling layak untuk memiliki puteriku. Aku tidak memaksa kau untuk menerimanya. Cukuplah sekadar menyedapkan hatiku si tua ini dengan menyatakan yang kau akan mempertimbangkannya,"
"Sedangkan Tuanku telahpun bertitah sedemikian. Demi Allah, patik tidak mahu dianggap cuba mengambil kesempatan. Namun tidak pula patik ingin menyakiti hati Tuanku. Membicarakan soal jodoh, patik berpegang kepada hadith Rasulullah saw iaitu,
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Dari Abu Hurairah a.s dari Nabi s.a.w, baginda bersabda "Perempuan itu dinilai kerana EMPAT perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia" (Muttafaqun Alaihi)
Oleh itu, patik ingin memohon Tuanku memberikan patik sedikit waktu untuk memikirkannya. Setelah patik menunaikan solat istikharah dan mendapat petunjuk dari Allah SWT, akan patik berikan Tuanku jawapannya. InsyaAllah" jawab jejaka itu.

Di sepertiga malam A'iesya bersendirian menunaikan solat istikharah di kamarnya untuk mendapatkan petunjuk dari Allah. Begitu juga Hassan Al-Alim.

Atas kekuasaan Allah SWT yang Maha Berkuasa, keduanya terdengar alunan ayat Al-Quran yang berikut,
Alhamdulillah...
The End.
p/s: Andai ada kesilapan dalam ayat Al-Quran mahupun hadith, diharap dapat beritahu ana. Akan ana betulkan. InsyaAllah.
Ahsanul Kalam
Padah Bersahabat
Innalillahhiwainna Ilaihi Rajiun
Takziah diucapkan kepada kakak saudara ana di atas pemergian suaminya (jodoh selama setahun setengah) ke Rahmatullah pada pagi semalam. Jenazah telah selamat dikebumikan pada pukul 12.00 tengah mlm tadi. Sesungguhnya yang hidup itu pasti akan merasai kesakitan Sakratul Maut untuk menghadap Maha Pencipta. Diharap Kak Ana dan keluarga tabah dan bersabar menghadapi ujian Allah.
="(
Betapakah jodoh terkadang-kadang singkat dari yang kita harapkan dan sangkakan.
Epilog Tinta Da'ie
Bismillah..
Assalamualaikum wbt..
Apa khabar hati dan iman kalian?(termasuk diri sendiri juga) Ana harap semakin hari semakin bertambah, dan kita sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki hati dan iman yang kadang-kadang tercela tanpa kita sedari...InsyaAllah...
Pagi tadi ana telah menyertai sebuah program anjuran Culture & Arts Club yang diberi nama Kursus Penulisan Tinta Da'ie. Program ini telah mengundang 2 jemputan yang istimewa diberi nama Ustaz Pahrol Md. Juoi, seorang penulis novel, buku motivasi serta artikel dan Haji Muhammad Zakaria, Managing Editor Telaga Biru Sdn Bhd. Ana yakin kalian familiar dengan 2 insan ini malah kalian juga familiar dengan syarikat Telaga Biru yang telah menerbitkan buku-buku yang cukup mengubat hati kita seperti Tautan Hati, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, Nota Hati Seorang Lelaki, Majalah Solusi dan sebagainya.
Namun, ana agak terkilan kerana sekitar 50 peserta sahaja yang sudi hadir ke Rhaudatul Jannah di Lecture Hall B ini sedangkan hari ini adalah hari Sabtu bertarikh 14 November 2009. Bermakna hari ini, semua pelajar CFS IIUM tiada kelas sehingga membolehkan kalian hadir ke majlis ilmu ini. Ana musykil, di mana perginya semua bakal-bakal penulis yang berbakat? Adakah program ini kekurangan publisiti? Jawapannya tentulah tidak, kerana flyers yang ditampal di papan notis adalah 'sebesar alam' sehinggakan boleh menarik perhatian mata yang memandang!
Dan yang paling mengecewakan lagi, ana sebenarnya mengandaikan sahabat2 pemilik blog turut hadir ke majlis tersebut supaya kita sama2 dapat berkongsi ilmu dan menambahbaikkan lagi mutu penulisan kita di masa akan datang (InsyaAllah...moga orang yang berkata ni cakap serupa bikin...). Namun dari pemerhatian ana, tiada seorang pun (penulis blog yang ana kenal) hadir ke majlis tersebut.
Apakah khabarnya sahabat sekalian? Balik rumahkah? Kalau balik rumah, tak mengapa... Atau outing kah? Spend time untuk tidur kah? Atau sekadar membuat benda tak bermanfaat di bilik seperti menonton movie dan sebagainya? Kalau yang ni...masyaAllah...ana tak boleh nak kata apa lah... Ana pun tak sempurna sehinggakan boleh 'menegur' kalian... Ini sekadar buah fikiran ana yang terhasil sejak dari awal program diadakan.
Program ini mengenakan bayaran RM5, sedangkan seperti yang semua maklum, duit elaun atau scholar tak masuk-masuk lagi (sedihnya..bila nak masuk?). Ana faham keadaan ni sebab ana sedang mengalaminya seiring dengan kalian... Mungkin ada yang rasa berat nak mengeluarkan nilai sebanyak itu (banyak ke?). Tapi pada ana, memang TAK BERBALOI ana bayar RM5 kerana program ini memang TAK TERNILAI harganya!
-Kalian dapat bertemu dengan salah seorang penulis yang kalian kagumi
-Kalian dapat berkongsi pengalaman dengan beliau
-Kalian dapat tips2 cara menghasilkan karya yang baik daripada Managing Editor syarikat Telaga Biru
-Kalian diberikan peluang untuk menerbitkan karya kalian sendiri di Telaga Biru
-And the list goes on and on.
Pada ana, orang yang tidak dapat menghadiri program ini tersangatlah rugi besar. Pada yang punyai sebab kukuh untuk tidak menghadiri program ini, tak mengapa. Tapi pada yang tidak menghadirinya hanya kerana alasan yang dicipta untuk mengelak daripada menghadiri program ini, sangatlah tidak patut.
Umpama kata Ustaz Pahrol Md Juoi,
Kalian renung-renungkanlah... Ana tak berniat untuk menegur sesiapa. Harap tiada yang terasa. Ana sekadar ingin berkongsi idea dang pemikiran ana. Mungkin idea ini ada yang diberikan hidayah dari Allah SWT (insyaAllah) dan mungkin ada yang dipesongkan oleh syaitan Laknatullah. Wallahua'lam.
Sekadar epilog untuk kali ini. Andai punyai kesempatan, ana akan cuba mencuri masa untuk berkongsi ilmu yang ana perolehi sepanjang program dijalankan. InsyaAllah...
-Berterusan
-Rendah diri (Tawadhu')
-Niat untuk sampaikan
"Rasa tak berilmu adalah rasa orang yang berilmu"
"Sesamar-samar tulisan adalah lebih baik dari sekuat-kuat ingatan"
"Menulis sampai syurga"
Wassalam.
Balada Palestin feat Demascus
Album: Angkat Mikrofon Vol. 1
Artis: 5FORTY2 (7 members including 4 ex-IIUMian)
Title: Balada Palestin feat Demascus
Untuk palestin dalam cengkaman zionis, Tertuduh teroris tanyalah statistik
Siapa yang mati Siapa yang sadis, Siapa iblis cari pasal tak habis-habis
(x 2)
Cuba bayangkan kita duduk rehat
Kat ruang tamu rumah tangah lepak-lepak
Pastu datang sekumpulan orang
Yang tak kita kenal
Namanya tak terhafal, masuk rumah buat hal
Dia terus mengaku rumah milik dia
Ntah datang dari mana mengaku ikut suka
Selamba dia lepak... usik itu ini
Semua barang kita...buat harta sendiri
Pastu makin lama makin ramai datang
Ceroboh tiap pelusuk rumah sampai penuh
Bila kita cuba usir diorang mula melawan
Kita dituduh ganggu hak diorang untuk aman
Memang tak masuk akal!
Tapi itu yang jadi
Itulah Palestin tuan rumah dizalimi
Bangkitlah bangkit Seruan kebenaran
Bisik berbisik Sampaikanlah pesanan
Rempuh si zalim Janganlah dibiarkan
Walau menitis darah-darah perjuangan
Bang bang boom bukan bunnyi bunga api
Takda warna-warni bukan sambut Aidilfitri
Zionis datang lagi bingitkan malam sunyi
Percikan merah kat dinding selubungi diri
dan memori pikir camna nak lari
Sembunyi anak kecil fobia dengar bunyi
Yang lain tengok pastu sambung bergembira
Hanya bersuara cam guruh kat udara
Rintihan demi rintihan jadi rentetan
Celoreng askar setan igauan mengerikan
Nilah jadi bila Islam hanya fantasi
Nak lawan susah Zionis realiti
Rasa kita seketika buat sementara
Rasa diorang kekal, selamanya
Apa lagi nak cari apa lagi kita selongkar
Nak cari dalam laci semangat yang membakar??
Bangkitlah bangkit Seruan kebenaran Bisik berbisik Sampaikanlah pesanan Rempuh si zalim Janganlah dibiarkan Walau menitis darah-darah perjuangan
Tiada satu darah insan yang gratis
Lihat peperangan egois Zionis
Satu demi satu jiwa diratah kejam
Hari demi hari hidup rasa terancam
Derita tak reda hidup terus tertindas
Das demi das halang erti bebas
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Membatukan hati terus membisu
Mana suara dunia tak kira apa bangsa
Ada mangsa kat sana tunggu nasibnya dibela
Jangan biarkan palestin hidup keseorangan
Atas nama kemanusiaan dan keadilan
Kematian ribuan bukan hanya angka
Tapi ujian pada semua agar bersuara
Kelak bila disoal apa bentuk sumbangan
Pandai-pandailah nak jawab soalan depan Tuhan
Bangkitlah bangkit Seruan kebenaran
Bisik berbisik Sampaikanlah pesanan
Rempuh si zalim Janganlah dibiarkan
Walau menitis darah-darah perjuangan
(x 2)
p/s: Maaf andai bahasa yang digunakan agak kasar. =)










