Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Monday, June 1, 2009

Short story

Assalamualaikum...

3 hari yang lalu, saya ke Penang untuk meraikan hari bahagia abang saya yang bertunang dengan Kak Rina. InsyaAllah, mereka akan dinikahkan pada 19hb Disember tahun ini.

Sem 1 2nd year pula sudah pun bermula. Namun saya pulang pada hari ini, Isnin. Agak lewat kerana abang saya bertunang semalam, pada hari Ahad. InsyaAllah, saya akan bertolak pukul 10.30 nanti menaiki bas...

Terlalu banyak peristiwa yang ingin saya kongsikan bersama. Namun kerana kesuntukan masa, saya perlu menguruskan pembelajaran sayaterlebih dahulu memandangkan subjek yang sepatutnya saya ambil untuk sem ini tidak direkodkan oleh sistem. Mungkin kerana saya student yang tukar kos. Dah 3 sem saya terpaksa belajar menguruskan jadual sendirian. Namun tidak mengapa. InsyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... Sekurang-kurangnya, saya ada pengalaman untuk menguruskannya di main campus Kuantan nanti.

Saya perlu meminta diri dahulu buat sementara waktu. InsyaAllah, saya akan cuba memberikan komitmen terhadap blog ini. Mungkin saya akan update 2-3 kali seminggu jika diizinkan Allah.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim... Moga saya mendapat pointer yang lebih baik dari yang sebelumnya. Amin...

Sekian,
Wasalam

Cahaya Kegirangan Kemuliaan

No comments:

Post a Comment