Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Saturday, June 13, 2009

Sekilas Pandang

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..saya masih lagi dapat bernafas dan menikmati kurniaan Allah yang saya rasakan tidak ternilai...

Dalam masa seminggu, pelbagai perkara yang telah saya alami. Suka, duka dan sebagainya. Namun saya akan lupakan apa yang pahit, sekadar bersabar dan muhasabah diri dengan apa yang telah berlaku. Saya tak mahu ulas dengan lebih panjang. Saya rasakan ianya tidak perlu diukirkan di sini.

Pada masa saya sedang menaip papan kekunci laptop ini, saya sedang berada di rumah, bersama umi, ayah dan kakak saya. Saya bersyukur saya masih dapat bersama dengan keluarga. Memang benar kata orang, keluarga akan sentiasa berada di sisi kita walau apapun yang terjadi kerana mereka lebih mengenali kita yang sebenarnya.

Mengenai pelajaran, alhamdulillah, so far segalanya masih berjalan dengan lancar. Cuma, ada beberapa perkara yang saya kurang faham dengan subjek Chemistry 2 Organic Compounds. InsyaAllah, saya akan berusaha untuk memahaminya. Saya akan berusaha menghadapi liku-liku hidup sebagai seorang pelajar dan juga sebagai seorang anak, muslimah dan hamba Allah.

Saya rasa, sekadar ini sahaja. Terlalu banyak ilmu yang saya perolehi dan insyaAllah, saya akan cuba kongsikan di post yang akan datang. Buat masa sekarang, saya ingin memanfaatkan masa yang ada bersama keluarga sebaik-baiknya sebelum saya pulang ke UIA esok, insyaAllah...

Wasalam.

Cahaya Kegirangan Kemuliaan

No comments:

Post a Comment