Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Saturday, May 23, 2009

Menukar Penampilan- Hidayah Allah Buat Diriku

Assalamualaikum...

Secara jujur, terasa diri ni bukan siapa2...

Rasanya, saya punya 2 personaliti... Mungkin.. (huhu..) Personaliti satu, saya ingin menjadi budak yang nakal, bukan dengan lelaki, tp dengan sahabat2... Saya suka mengusik orang sampai kadang2 ada yang mrajuk.. Maafkan saya ya... Atas kekurangan tu... Manakala personaliti yang satu lagi, nak jadi seorang gadis yang solehah dan baik. Teringin sekali nak berteman dengan ukhti Darul Quran secara jujurnya. Tapi tak tahu nak mulakan mcm mana.

Personaliti Pertama
Seorang yang degil, keras kepala, nakal, suka membuang masa. Namun Alhamdulillah, umi dan ayah dah didik saya sejak kecil untuk berpakaian menutup aurat dengan sempurna. Saya selalu buat umi dan ayah marah. Tak dengar cakap... Maafkan adik ya... Adik tahu adik memang anak yang teruk... =( Sebagai seorang sahabat, personaliti pertama tak banyak berbeza. Saya cuma banyak berbicara ketika ada perkara penting. Kalau tak, saya lebih suka berdiam diri. Saya juga suka bergosip. Bukan bergosip tentang apa, cuma saya suka memberi komen tentang sisters yang berpakaian tak menutup aurat sangat (Ampun ye. Saya tahu saya tak sempurna. Saya memang tak layak 'mengutuk' sisters di luar sana. InsyaAllah saya akan cuba mengubah diri.) Namun walau apa pun, personaliti pertama tetap membuatkan saya 'menjaga mata'. Saya tak mahu tertarik dengan insan yang bergelar lelaki. Kerana saya tak layak. Sesungguhnya hanya cinta Allah yang ingin saya kejar... InsyaAllah... Kau kuatkanlah hati dan imanku Ya Allah.

Personaliti kedua
Mungkin personaliti ini wujud kerana status umi dan ayah bergelar orang tabligh. Umi bertudung labuh, ayah berjanggut panjang. Katalah apa pun, saya bangga dengan umi dan ayah saya. =) Niat untuk memakai tudung labuh sebenarnya sudah wujud dalam diri saya sejak menjadi lepasan SPM setahun setengah yang lalu. Kerana selalu pergi usrah, dengar taklim dan ikut keluar 3 hari. Waktu tu lepas SPM, pertama kali umi dan ayah bawa saya pergi usrah jemaah Masturat. Memang pada mulanya, saya enggan. Kerana saya memang seorang yang keras kepala, degil. Asyik nak mengadap internet 24 jam. Entah apa yang saya lakukan ketika itu. Tapi, semua yang bermula dengan 'paksaan' umi dan ayah akhirnya sedikit demi sedikit bertukar menjadi keikhlasan. Alhamdulillah... Mungkin Allah dah buka pintu hati saya yang selama ni terlalu lalai saya fikir.

Bermula dari situ, saya berniat, nak bertudung labuh, dan insyaAllah sekiranya Allah mengurniakan iman yang kuat buat saya, saya teringin skali memakai purdah. InsyaAllah... semuanya sudah tersedia, cuma sekarang sedang mengumpul kekuatan untuk memakainya. Tambahan pula CFS tak membenarkan sisters memakai purdah. Entah kenapa, saya kurang pasti. Tapi saya fikir positif. Kerana pasti mereka tahu apa yang mereka lakukan...

Jadi, dua minggu sebelum Sem 3 berakhir, saya 'terpanggil' untuk memakai tudung labuh.. Alhamdulillah... mungkin Allah sudah memberikan kekuatan buat diri saya untuk memakai tudung labuh. InsyaAllah, saya akan cuba... Cuba untuk istiqamah... Dan terus berusaha memperbaiki diri... Doakan...=)


Mungkin kerana perubahan saya secara drastik telah membuatkan rakan-rakan 'terkejut' dengan perubahan yang saya lakukan. Pelbagai jenis reaksi yang saya terima. Ada yang positif(Alhamdulillah, syukran) dan ada juga yang negatif... Entah di mana silapnya, saya pun tak tahu. Saya menyalahkan diri saya... Cukup menyedihkan apabila teman rapat ketika saya dalam jurusan engineering (sekarang sudah bertukar pada medic, sejak Sem 2) kelihatan tak dapat menerima saya yang 'baru'. Ada yang pandang semacam malah ada juga yang memperli... Saya tak salahkan mereka. Mereka punya hak untuk berkata-kata. Mungkin mereka tak sangka saya yang 'dulu'nya banyak berkata-kata sudah berpenampilan begitu sedangkan sebelum ini, saya tak pernah sekalipun mengenakan baju yang ketat sehinggakan menampakkan susuk tubuh yang sepatutnya dipelihara untuk tatapan bakal suami sahaja. Saya sedih... namun ketika saya menerima respon yang 'negatif' seperti itu, hanya ayat ini sahaja yang muncul di hati dan fikiran saya.
"Ya Allah, Kau tabahkanlah hatiku. Kau kuatkanlah imanku dalam menghadapi dugaanMu Ya Allah. Kuatkanlah imanku. Bimbinglah daku. Bantulah daku Ya Allah"

Air mata saya tak mengalir, namun hati saya menjerit, menangis. Bukan kerana diperlakukan begitu. Tapi kerana sahabat seperti tak dapat menerima saya yang 'baru'. Mungkin inilah yang dikatakan ujian Allah. Kerana Allah akan menguji setiap hambaNya yang beriman. Saya redha. Saya terima. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.. bibir masih dapat mengukir senyuman.


Saya ingin teruskan.. teruskan memburu kebaikan, kerana saya teringin malah sangat ingin memasuki syurga. Bukanlah maksud saya bahawa wanita yang masuk syurga hanyalah wanita yang bertudung labuh. Tapi ini sebagai peringatan buat diri saya. Saya sedar yang saya ini terlalu rendah di mata Allah. Terlalu banyak dosa... sama ada saya lakukan dalam sedar mahupun tidak. Saya ingin sekali berada disamping mereka yang dekat dengan Allah...

Mengenai Darul Quran, ayah selalu menyatakan hasratnya untuk menjadikan saya seorang hafizah (menghafal Al-Quran). Dulu saya tak mahu. Mungkin kerana saya tak terfikir untuk menghafal Al-Quran dan saya tak bersedia. Saya takut saya tak mampu. Kerana saya tahu, mereka yang menghafal Al-Quran bukanlah calang-calang orang. Hati mereka bersih. Kerana cahaya itulah yang membuatkan mereka dapat menghafal Al-Quran. Malah mereka perlu istiqamah. Kalau tidak, isi ayat Al-Quran akan hilang begitu sahaja. Sayang bukan sekiranya berlaku sebegitu... Kerana itulah setiap kali kita melihat pelajar DQ, mereka punyai wajah yang bersih dan tenang. Saya suka melihat wajah mereka... Sungguh... terasa insaf... ='(

Sebaik sahaja saya masuk CFS, barulah saya tahu UIA ada menawarkan Darul Quran yang menerima masuk pelajar lepasan SPM untuk menghafal Al-Quran dalam masa setahun setengah. Sungguh, saya menyesal... Kalaulah saya tahu... Saya berharap sangat saya tahu lebih awal... Saya teringin sangat menjadi seorang hafizah (perasaan yang timbul setelah saya keluar 3 hari). Saya menyesal. Sampai sekarang.. Kerana saya telah terlepas peluang itu... Namun tiada apa yang dapat saya lakukan ketika ini. Tapi itu tak bermakna saya tak boleh menjadi hafizah kerana peluang itu sentiasa ada di mana2 asal HATI punya NIAT dan USAHA.

Saya sangat ingin bersahabat rapat dengan ukhti Darul Quran. Kerana di situlah saya akan mendapat peluang untuk berdamping dengan orang yang tinggi ilmu agamanya (harap-harap saya juga begitu suatu hari nanti. Amin...) Doakan ya... =) Tapi saya tak punya peluang untuk mendekati mereka. Mungkin kerana saya ni jenis yang susah untuk mula bergaul dengan orang. Bukan sombong tapi segan. Segan kerana terasa diri ini terlalu lemah. Namun saya akan mencuba...cuba untuk mendampingi mereka. Harap2 mereka dapat menerima saya... =) Harap2 begitulah...

Kepada sahabat sekalian, saya harap kalian dapat menerima diri saya yang 'baru'. Tak bermakna saya sudah berubah penampilan menunjukkan saya sudah bukan sahabat kalian. Saya masih lagi sahabat kalian yang 'dulu' tapi sedang berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Katakan apa saja yang kalian mahu...saya terima seadanya. Saya redha...kerana saya tahu saya bukanlah sempurna. Saya juga punya kelemahan. Tegurlah saya sekiranya saya ada membuat kesalahan, sekiranya saya membuat kalian terluka. Maafkan saya atas kekhilafan saya.

Sahabat, doakan saya... saya berharap sangat perubahan ini kekal selamanya. Kekal sehingga akhir hayat saya... Kerana saya terlalu ingin dipelihara oleh Allah SWT sentiasa. Saya ingin merubah segala yang buruk menjadi baik, yang baik menjadi lebih baik. Doakanlah saya supaya saya istiqamah dan ikhlas melakukan perubahan ini kerana Allah SWT. Bukan kerana benda atau orang lain....

Secara jujur, saya punya niat untuk bersuamikan seorang tahfiz. Tapi saya tahu saya tak layak... Mereka lebih layak untuk orang-orang setaraf mereka. Hafizah juga... Memandangkan umi dan ayah punyai ramai kenalan orang tabligh, memang tidak ada masalah untuk mereka mencari calon suami buat saya dan kakak saya. Dan kami adik beradik memang pernah menyatakan hasrat bahawa kami tidak akan mencari jodoh sendiri. Kami serahkan semuanya kepada umi dan ayah. Umi dan ayah senang dan suka begitu.. Kami terima kerana umi dan ayah tahu apa yang mereka lakukan. Mereka tahu siapa yang layak buat anak mereka. Namun apabila saya berfikir kembali, kakak saya punya kelebihan untuk menjadi isteri kepada orang yang soleh. Ilmu agamanya tinggi walaupun dia bukan seorang hafizah (dia bersekolah agama manakala saya sekolah harian biasa). Saya tahu mana-mana lelaki dapat menerima kakak saya dengan baik.

Namun...saya? Tidak... saya tidak sempurna... Alhamdulillah saya cukup sifat, lengkap kaki, tangan dan akal fikiran yang waras. Namun, untuk menjadi seorang isteri kepada seorang yang bergelar tahfiz... cukup tidak layak. Bahkan saya rasakan bahawa untuk mengimpikan sedemikian juga saya tidak layak. Pada saya, seorang yang bergelar tahfiz layak digandingkan dengan seorang hafizah. Benar... kerana kedua-dua mereka punya hati yang suci. Entahlah... saya juga tak tahu kenapa saya berfikiran demikian. Namun saya sangat suka melihat ukhti yang bertudung labuh dan akhi yang berserban dan berjubah. Mungkin kerana kehidupan saya sudah dikelilingi oleh orang yang berpakaian sebegitu... Iaitu umi dan ayah saya... Ya Allah... tabahkanlah hatiku... Berikanlah aku peluang untuk memiliki cintaMu..

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Dari Abu Hurairah a.s dari Nabi s.a.w, baginda bersabda "Perempuan itu dinilai kerana EMPAT perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia" (Muttafaqun Alaihi)


Akanku berusaha ke arah itu... Berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu Ya Allah... Dan janganlah Kau biarkan aku berpaling walau sekelumit dariMu... Amin...

Sampai di sini sahaja nukilan kali ini... InsyaAllah..

Assalamualaikum...
Cahaya Kegirangan Kemuliaan...

p/s: Sebaik sahaja saya beritahu umi dan ayah saya tentang niat saya untuk memakai tudung labuh, mereka terkejut kerana saya merupakan anak yang paling degil dan keras hati. Tapi umi dan ayah sambut khabar berita itu dengan gembira. Mereka cukup senang sekali... Alhamdulillah... Saya bahagia dapat menggembirakan umi dan ayah saya. Terima kasih umi, ayah... atas sokongan yang diberikan selama ini.. Doakan adik berkekalan, terus melakukan perubahan ke arah kebaikan...='(

p/s 2: umi menghadiahkan beberapa helai tudung labuh yang baru. Terima kasih umi... akan adik manfaatkannya dengan baik... InsyaAllah... =)

6 comments:

  1. slm, dik..
    moga terus istiqamah, insyaallah..(^^,)

    ReplyDelete
  2. wasalam...
    InsyaAllah... saya akan terus berusaha..
    terima kasih sudi menjengah ke blog yang tak seberapa ni.. (^_^)

    ReplyDelete
  3. ahlan ya ukhty!!! mabruk alaik..

    kte pnah lalui ape yg farah lalui skang.. di perli, di komen (dgn lelaki lg), pandangan2 pelik, tu suma lumrah bila kta nk berubah..

    berjuang itu tak pernah mudah..

    moga tsabat,ya..

    sayang kamu!!

    p/s: nk kwn ngan kakak dq ke? heheh.. meh,la.. dorg ok je la.. kdg2 tu, 2x5 ja ngn kte.. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. Ahlan jibah!!
    Time kasih sudi jejak blog ni.. =D
    InsyaAllah akan terus istiqamah. Same2 kita berjuang ea...

    (^_^)

    ReplyDelete