Salam'alaykum wbt...
Semalam kita di kejutkan dengan berita tanah runtuh dekat Rumah Anak Yatim di Hulu Langat. Kesian sungguh dengan diorang. Di katakan 13 orang telah syaheed di sana. Dan 3 orang lagi hilang. Semoga Allah ketemukan mereka dalam keadaan selamat. Semuanya adalah dari ketentuan Allah swt.
Korang tahu tak betapa Afdalnya anak yatim..?? Anak yatim adalah anugerah dari allah swt kepada kita. Anak yatim sangat mulia di sisi allah swt. Rasulullah saw sendiri juga seorang anak yatim. Anak yatim adalah asbab kepada kita utk beramal. Kita boleh bersedekah. Nasib mereka memang Allah telah tentukan begini. Sebenarnya mereka tidak mengharap pun kasih sayang dari kita. Kerana mereka tahu dunia itu kejam. Tapi, kita sebagai orang awam sebaiknya memberi kasih sayang kepada mereka. Letakkan tangan kita di atas kepada anak yatim ni sudah cukup untuk di ampunkan dosa kita.
“Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap.”
~ bersyukurlah dengan nasib kita sekarang.
Dikatakan dalam quran, sebanyak 23 kali di sebutkan perkataan yatim. Kalau boleh kita cuba menghulurkan tangan untuk bantu mereka. Kita takkan rugi. Kerana di situ ada Janji Allah swt dan Rasulullah saw.
Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik.
Ancaman Allah swt jika kita buat benda yang tak baik dengan anak yatim. Di antara dosa dosa Besar adalah Apabila kita makan harta Anak Yatim. Harta anak yatim ni afdal.
Jangan demikian, (sebenarnya kata- kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Dia berhak menerimanya) Surah Adh-Dhuha Ayat 9
Jgn lah terlalu kedekut sehingga nak derma singgit pun tak boleh. Allah akan balas anda 10 kali lebih besar dari apa yang di dermakan. Dan jgn pula kita mengharapkan balasan dunia. Harapan kita adalah balasan di akhirat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada suatu pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah)
credit to: http://nafeeskata.com/
No comments:
Post a Comment