Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan sampai ke suatu tahap rasa macam mengucapkan syukur tu masih lagi tak cukup untuk meluahkan rasa kesyukuran atas segala nikmat yang Allah limpahkan. Sungguh... Allah Maha Pemurah! Andai manusia menyedari betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan, pasti kalimah "Alhamdulillah", dan "Allahuakbar" takkan lekang dari ucapan di bibir dan juga fikir.
Hari ni, result blok-3 diumumkan. Walaupun tak melihat dengan mata sendiri lagi, tapi dikhabarkan semua sisters pass exam blok-3. Alhamdulillah... Segala penat jerih, pening kepala, tangisan yang mengalir kerana stress, rasa berbayar... Tapi ana sedar. Kejayaan yang Allah kurniakan pada diri ini BUKAN atas usaha diri sendri tapi atas sebab Allah nak bagi. Semuanya nikmat dari Allah. Bahkan kalau Allah tak bagi nikmat, kita nak usaha bukak buku pun tak mampu, kan? Dan akhirnya, Allah yang menentukan segala-galanya. Dan Alhamdulillah... Rasa nak menangis pun ada. Terharu atas segala-galanya.
Dan hari ini juga, anak saudara sulung telah selamat dilahirkan. Alhamdulillah... Dilahirkan secara sihat dan normal pada pukul 10.10 pagi tadi dengan berat 2.9kg. Nama yang diilhamkan adalah Shah Adam Fadly bin ShahRiza Fadly. Heheh~ Sangat comel... InsyaAllah, kalau takda aral yang melintang, akan menerbangkan diri ke Sg.Petani untuk berjumpa dengan anak saudara sulung yang diberi nama panggilan Adam. Tak sabar... =D Rasa terlebih excited macam dapat anak sendiri ja... Tapi normal kot? Sebab anak saudara sulung... Huhuh~ Alhamdulillah... (^_^)
Namun begitu... hari ini keadaan diri tak berapa sihat... Sebenarnya dah beberapa hari... Maka umi dan ayah membawa ana untuk berjumpa dengan optometrist untuk mengetahui keadaan selanjutnya. Ternyata keadaan di Malaysia yang diserang dengan cuaca yang panas memberi kesan yang buruk kepada ana menyebabkan mata tak tahan dengan silauan lalu memaksa diri untuk membuat cermin mata baru jenis transition untuk mengurangkan kadar silauan yang memasuki mata. Terbanglah duit yang agak banyak juga... Kesian dekat umi dan ayah... Haih... Nak buat macam mana... Ana dulu berdegil nak pakai cermin mata. Sekarang, terpaksalah terima bahananya... =.="
Apa pun, Alhamdulillah sangat2... Ya Rabbi... Allah Maha Pemurah... Kalaulah manusia sedar bahawa Allah sering memberikan nikmat kepada kita... Bahkan setiap saat! Macam mana tu? Ha, cuba rasa degupan jantung antum. Agak2 kalau Allah tak bagi nikmat untuk jantung kita berdegup, kita masih dapat hidup lagikah? Dan pabila sudah meninggalkan dunia, atas rahmat Allah jugalah kita dapat masuk syurga. Kerana apa? Kerana andai kita nak masuk syurga berlandaskan amal kita sahaja, takkan termampu untuk masuk syurga kerana amal kita terlalu sedikit kalau nak dibandingkan dengan rahmat Allah... Tapi still, tingkatkan amal kerana mereka yang baik amalnya, Allah menjanjikan syurga buatnya di akhirat kelak! InsyaAllah, Ameen...
Maka, jom ramai2 kita jaga amal kita! Jangan kata NAK ja tapi TAK usaha... Kita kena usaha sedaya upaya, semampu yang boleh. Semoga ana dan antum semua dapat menjadi penghuni Jannatul Firdausi! Ameen...
Wallahua'lam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment