Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Friday, August 28, 2009

Ramadhan + "Voice of Charity" Night

Bismillah...
Assalamualakum...

Setelah sekian lama tak meng'update' blog ini atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, akhirnya ana punya peluang untuk menambah post di blog ini sewaktu ana sedang berada di rumah abang ana di Penang kini.

Belum terlambat untuk ana ucapkan Ahlan Ya Ramadhan, bulan yang penuh rahmat, keampunan dan insyaAllah dapat memberikan kita jaminan jauh dari Neraka Jahannam! (Ameen)

Pejam celik, rupanya dah seminggu kita berpuasa. InsyaAllah, kita banyakkan amalan di bulan yang penuh keberkatan ini untuk menambahkan saham di akhirat kelak. InsyaAllah, kita akan menjadi penghuni Syurga Firdausi. (Ameen Ya Rabbal Al-Amin...)

Semalam, ana dan sahabat ana menyertai "Voice Of Charity" Night di AMF Hall UIA anjuran Culture and Arts Club. Setelah berbuka puasa mengikut sunnah Rasulullah saw iaitu menjamah tamar dan air kosong [kalau ikutkan, tambah air dengan sedikit garam =) ], ditambah dengan sepotong kek pisang yang menyelerakan, kami menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Alhamdulillah, ana rasa juadah berbuka semalam iaitu nasi ayam dapat memuaskan hati semua orang yang menyertai iftar tersebut. Syukur... Setelah itu, kami menunakan solat Isya' dan solat Tarawikh secara berjemaah, diimamkan oleh 2 orang sahabat Darul Quran yang cukup ana hormati.

Memandangkan malam tersebut merupakan program bagi meraikan adik-adik dari salah sebuah rumah anak yatim di Gombak, pelbagai persembahan telah disediakan. Malangnya, adik-adik yang seramai 40 orang itu terpaksa pulang awal sebelum sempat persembahan dapat dilakukan, mungkin kerana perlu bersekolah pada keesokan harinya. Namun persembahan yang dirancang tetap diteruskan.

Nyanyian dari artis tempatan iaitu Bro Hafiz Hamidun dan Muadz cukup memuaskan hati semua pihak. Ana tak tahu pula lagu Stand Up yang sering dimainkan sewaktu LeadTrain adalah nyanyian Bro Muadz. Memang patut dikagumi... range suara beliau sangat tinggi. Tak keterlaluan andai ana mengatakan bahawa ianya cukup untuk meniupkan roh berjihad ke dalam hati para pendengar lagu tersebut.

Setelah itu, group nasyeed dari UIA PJ dan Nilai mula mempamerkan bakat masing-masing. Salah seorang sahabat ana sangat meminati kumpulan Etika yang memberikan persembahan yang memuaskan.

Ana pula tertarik dengan group D'Ilham yang memulakan persembahan mereka dengan lagu Wonderpets. (^_^) Sangat comel... Memang kartun Wonderpets sangat popular sekarang ini...(Seperti yang diketahui umum). Seterusnya, kumpulan ini menyampaikan beberapa buah lagu lagi. Dan ana paling tertarik dengan lagu Devotees bertajuk Tika Dinihari. Syukran diucapkan kepada mereka kerana menyampaikan lagu ini. Cukup bermakna dan mendalam maksud lirik lagu ini...
p/s: Kagum dengan brother yang menyampaikan not paling tinggi--> Pedang Allah

Tika Dinihari
Album : Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

(Not paling tinggi) Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

Komen ana untuk group D'Ilham... Tahniah kerana menyampaikan lagu tersebut dengan baik walaupun ada sedikit kelemahan dari segi penyampaian maksud lagu yang tak berapa sampai kerana mikrofon kurang jelas. Tapi juadah telinga tersebut sudah cukup sedap untuk telinga ana. Syukran sekali lagi... (^_^) Keep up the good work and never stop improving towards the better. Ana doakan kejayaan semua. (=

Secara keseluruhan, ana sangat-sangat berpuas hati dengan program yang dianjurkan CAC pada malam semalam. Tahniah kepada committees yang sudah bekerja keras memerah otak dan keringat untuk memberikan yang terbaik. InsyaAllah ana akan berikan sokongan selagi hayat dikandung badan... Ameen...

Sekian sahaja dari ana untuk kali ini. InsyaAllah ana akan cuba meng'update' blog ini di masa akan datang. Mungkin post akan berkurangan kerana ana sedang menyiapkan diri untuk menghadapi Final Exam pada hari raya ke-4. Doakan kejayaan ana dan sahabat-sahabat ya! (^_^)

Infinity kemaafan ana pohon pada sesiapa yang pernah diguris atau dilukai hatinya kerana ana. Ana tidak berniat apatah lagi merancang untuk berbuat sedemikian. Ampunkan kesilapan dan kelemahan diri ini.

InsyaAllah bertemu lagi di masa akan datang...
Wasalam...

Cahaya Kegirangan Kemuliaan

p/s 2: Ana telah 'ter'addicted dengan lagu Tika Dinihari...

No comments:

Post a Comment