Assalamualaikum wbt...
Dengan kadar degupan jantung yang normal dan saluran pernafasan yang masih lagi dapat menyedut udara masuk dan menghembuskan nafas keluar, syukur dipanjatkan kepada Allah SWT yang masih lagi memberikan peluang roh dan jasad ini untuk terus beribadah kepadaNya dan mengumpul bekalan secukupnya sebelum mengakhiri pengembaraan di dunia ini.
Keadaan seluruh dunia yang diserangi wabak Influenza A H1N1 adalah sangat membimbangkan dan ana rasa, situasi ini telah menimbulkan panik dalam kalangan manusia seluruh dunia. Wahai kaum Muslimin dan Muslimat, janganlah kita lalai dan leka dari memanjatkan doa dan memohon pertolongan Allah, dan janganlah kita berputus asa kerana bantuan Allah SWT pasti akan tiba sama ada cepat mahupun lambat. Ujian Allah, bala yang diturunkan olehNya adalah untuk mengingatkan kita yang terkadang-kadang lalai dari mengingatiNya. Ingatilah Dia dalam setiap perbuatan dan nafasmu, maka Allah akan mengingatimu berkali ganda. Peringatan untuk diri sendiri terutamanya.
Buat para sahabat dan sahabiah yang dikuarantin, diharap kalian dapat kembali menyertai kuliah seperti sedia kala dalam keadaan yang sihat walafiat, jauh dari apa yang tidak dikehendaki. Buat seorang rakan sekelas ana yang dikhabarkan positif H1N1, kami doakan agar anti kembali sihat dan sentiasa diberkati Allah. Diharap dapat bersabar dengan ujian yang Allah berikan.
Berbalik kepada tajuk. Seperti yang sedia maklum, menjadi anak bongsu sering dilabelkan sebagai anak manja, anak emas, spoilt brat dan sebagainya. Nak kata manja, tak dinafikan tapi takda lah sampai tahap annoying atau gedik. Biasalah, kalau tak dengan ibu bapa, nak bermanja dengan siapa lagi?
Dalam keluarga ana, kami memang rapat. Kalau pergi mana-mana, memang selalu bersama. Mungkin kerana kami hanya berlima, iaitu umi dan ayah ana, akhi, ukhti dan ana, menyebabkan kami jadi rapat memandangkan bilangan kami tak ramai. Lagipula, beza umur kami jauh berbeza dari antara satu sama lain menyebabkan kelahiran kami ditunggu-tunggu... Ngee... (betul ke? (^_^) )
So, nak dijadikan cerita, sejak dari kecil lagi ana selalu ditanya oleh saudara mara dengan soalan sepert yang berikut:
"Tak sunyi ke sorang-sorang kat rumah?"
"Tak nak adik ke?"
"Tak best kan main sorang-sorang kat rumah?"
Dan jawapan ana selalunya adalah "tak pun". Menjadi 'anak tunggal' sejak berusia 9 tahun kerana akhi dan ukhti ana masuk SBP menyebabkan ana selalu diserang soalan sebegitu sejak kecil lagi. Lagipun, waktu tu umi ana muda lagi. Tapi mungkin dah takda rezeki, wallahua'lam. Ana jarang keluar rumah sebab memang ana takda teman bermain tapi ana tak rasa sunyi. Selain tu, ana memang tak nak adik sebab ana nak terus bermanja dengan umi dan ayah ana. Dan ana jarang bermain, jadi tak kisah main atau tidak.
Tapi tu dulu. Suatu ketika dahulu, ana memang tak nak adik. Tapi bila dah besar ni, rasa macam best la pulak kalau ada adik. Kan? Takdalah adik menyibuk pegi tempat akak kat Gombak kan akak? =D
Sejak akhir-akhir ni, suka sangat tengok budak-budak kecil. Sangat cumel!! Geram je nak cubit pipi diorang... Hurm...apa tandanya ya? Umi, umi ambil anak angkat boleh tak? Nak sepasang! =D Tapi bila ambil anak angkat, nanti lain pula kisahnya. Akan berbangkit soal nak jaga aurat dan sebagainya. Macam mana ni? Baby dan kanak-kanak sangat cumel! Sangat-sangat!! Betul-betul meruntun jiwa dan lara...
Pada sesiapa yang dapat anak tu, tolong lah hargai mereka. Bayi tu tak berdosa! Boleh pulak anda pergi buang bayi tu di mana-mana. Tak berperikemanusiaan! Sedangkan haiwan pun sayangkan anak! Ni anda pergi buang baby yang cumel dan tak bersalah tu sampai kena makan biawak. Nauzubillah...
Kepada mereka yang telah melakukan dosa besar seperti berzina, bertaubatlah! Andai anda ditakdirkan Allah untuk melahirkan anak luar nikah hasil daripada hubungan haram itu, jagalah dia sebaik-baiknya. Tolonglah... jangan sia-siakan baby yang cumel dan tak bersalah itu. Tolonglah... sesungguhnya dia adalah darah dagingmu sendiri. )'=
Kepada keluarga Pak Ngah, takziah diucapkan atas kehilangan orang yang kita sayang. Perginya Tak Kembali dan kita hanya mampu kirimkan doa yang tak putus agar roh beliau dicucuri rahmat Allah SWT dan semoga ditempatkan di kalangan para solehin. Al- Fatihah...
Sekian sahaja. Wassalam.
Cahaya Kegirangan Kemuliaan
p/s : Oh, malam ni filem Ayat-Ayat Cinta ditayangkan di TV3 pukul 10.00 mlm.
Ternyata, tiada apa yang dapat mengalahkan cinta suci yang berlandaskan agama Islam.
Ternyata, tiada apa yang dapat mengalahkan cinta suci yang berlandaskan agama Islam.
"Suamiku, aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu" (Adaptasi kata-kata Imam Al-Nawawi)
No comments:
Post a Comment