Lama benar ana meninggalkan blog ni bersendirian tanpa sebarang post. Ribuan maaf diucapkan kerana keadaan diri yang sangat sibuk dan perlu memberikan komitmen kepada perkara yang lebih penting.
Rasanya belum terlambat untuk ana ucapkan Salam Eid- Mubarak kepada seluruh umat Islam memandangkan hari raya di sambut sebulan lamanya . Kepada sahabat handai, ana ingin mohon jutaan kemaafan andai ada salah dan silap, telanjur bicara, terkasar bahasa dan perbuatan. ( yang ni general, tak kira bulan apa ya... ^_^ )
Sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, ana menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang cukup menguji mental dan fizikal. Dengan kuiz yang datang bertimpa... Dengan presentation FIM... Namun, alhamdulillah... akhirnya ana berjaya menempuhi semua itu dengan pertolongan Allah SWT. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah dan Dia tidak akan sesekali meninggalkan hambanya sendirian kecuali hambanya yang meninggalkanNya....
Cuti Study Week pula rasa tak macam study week langsung. Al-Maklumlah, dah mood nak raya. Tapi ana sempatlah membelek buku sedikit. Ana mula berjihad pada hari raya ke-6. Balik ke UIA pada hari raya ke-4. Memang tahun ni, ana tak rasa macam raya langsung. Sedih... ='( Tapi tak mengapa. Diharap semua itu terbalas dengan keputusan dan pointer yang cemerlang. Amin...
Semasa minggu peperiksaan, ana teramatlah stress kerana ana perlu menduduki peperiksaan sebanyak 6 subjek. Jadualnya pula...kussss semangat.... 4 subjek straight kemudian gap sehari dan disambung lagi dengan 2 subjek. So far, pada ana, soalan ok la... Ada yang susah, ada yang senang, ada yang tak boleh jawab... Huhu... Tapi insya-Allah... ana berserah je pada Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana.
Sekarang, ana sedang menenangkan fikiran dan melapangkan dada supaya ana dapat bersedia untuk menempuhi semester akan datang yang lebih mencabar dan paling utama. Harap-harap, tercapailah cita-cita ana... Amin...
Sekian sahaja. Ana ni tak banyak cakap... Tak reti nak olah apa lagi di sini... Maaf andai tak dapat berkongsi ilmu dalam post kali ini. Fikiran sedang kusut...
Wassalam
Cahaya Kegirangan Kemuliaan
No comments:
Post a Comment