Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Saturday, July 4, 2009

Pembedahan- Tikus vs Manusia

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt...

Pada sem yang lalu, saya telah membedah 2 ekor tikus kecil yang sangat comel. Terasa amat bersalah untuk membedah si kecil putih itu. Namun, niat perlu dibetulkan. Saya membedah si kecil itu dengan niat untuk belajar, bukan untuk menzaliminya.

Masih teringat lagi, ketika saya membedah kedua-dua tikus putih itu, jantungnya masih lagi berdegup! SubhanAllah... betapa si kecil itu memperjuangkan hidupnya... Sepanjang sesi dissection dilakukan, jantung si kecil masih lagi berdegup walaupun pada kadar yang perlahan. Namun cukup membuatkan saya tersentap, tergugat seketika... Adakah saya perlu meneruskan dissection yang akan menyebabkannya mati atau menjahitnya kembali?


"Kalau awak jahit balik pun, dia tak boleh hidup dah. Intestines dah kena cabut, pancreas dah pecah, diaphragm dah dibuang. Takkan dapat survive even if awak nak jahit balik. Betulkan niat... Belajar kerana Allah" kata-kata Madam masih terngiang-ngiang di telinga saya. Astaghfirullah al azim...

Jantung si putih yang pertama tetap berdegup sehinggalah sesi dissection berakhir kerana saya berjaya membedah si kecil itu tanpa memecahkan mana-mana pembuluh darahnya. Namun jantung si putih yang kedua terhenti di saat saya perlu memecahkan tengkoraknya untuk mengeluarkan otaknya. Astaghfirullah...maafkan saya si kecil... Saya harus melakukannya... Lillahitaala...

Kenapa agaknya saya tiba-tiba membincangkan soal dissection si kecil putih sedangkan kes ini sudah berlaku kira-kira 3 bulan yang lalu?

Al-kisahnya, seorang kanak-kanak telah menghidap penyakit tonsil sejak berumur 2 tahun akibat tertelan tulang ikan merah sewaktu kecil. Di saat itu, dia terpaksa dihantar ke hospital untuk membuang tulang yang menusuk dan menembusi tonsilnya. Berdarah, luka dan membengkak. Setelah pembedahan dijalankan, kanak-kanak itu selamat dari sebarang bahaya. Alhamdulillah...

Namun, siapa sangka kejadian itu menyebabkan tonsilnya membengkak dan bengkak itu tak surut-surut. Mujurlah bengkakkan itu tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Kanak-kanak itu menghidap penyakit tonsil dari kecil sehinggalah dia yang kini sudah bergelar remaja. Bengkak itu, tidak pernah sekalipun surut. Malah, semakin dia membesar, semakin tonsil itu membengkak. Andai salur makanan di tekak orang biasa bersaiz 4cm, salur makanannya hanya bersaiz 1.5cm.



Antara effect tonsil yang bengkak tersebut adalah:

- Tidak boleh makan coklat dan aiskrim dalam kuantiti yang banyak kerana akan menyebabkan tonsil panas, bengkak dan kadang kala berdarah.
- Tidak dapat menelan pil kerana saiz saluran yang kecil, menyebabkan dia menjadi seorang yang sangat malas untuk makan ubat walaupun dilanda demam yang teruk.
- Sering kali demam akibat tonsil yang sebesar 2.5cm (sila ambil pembaris untuk melihat betapa besarnya bengkak tonsil tersebut).
- Kadang kala pengsan kerana tonsil yang membengkak menyebabkan suhu badannya panas dan tak stabil.
- Bakat semulajadi yang dapat mengalunkan syair dan bertaranum dengan lembut dan merdu terpaksa dikuburkan.
- May lead to cancer (not sure)

Sejak berumur 16 tahun, dia dinasihatkan oleh doktor untuk melakukan pembedahan untuk membuang tonsil yang bengkak itu. Tetapi dia menolak. Kerana apa? Side effect pembedahan tersebut adalah:

- Mengambil masa sebulan untuk recover
- Suara akan menjadi perlahan
- Syair buat halwa telinga ahli keluarganya mungkin tidak dapat dialunkan lagi, apatah lagi bertaranum.
- Kemungkinan jahitan terbuka sangat tinggi
- Tidak dapat menikmati makanan sesedap rasa lagi
- Surprisingly, pembedahan tersebut boleh menyebabkan nyawanya melayang (note that, hanya Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu)

Dan baru-baru ini, dia diserang demam sekali lagi. Dan buat kali kelima, doktor menasihatkannya untuk menjalani pembedahan, buang tonsil yang mungkin akan menyebabkan keadaannya bertambah parah. Namun dia keliru. Lalu mengambil keputusan untuk tidak menjalankan pembedahan. Degil? Keras kepala? Tak sayang diri? Wallahua'lam...

Sekadar di sini sahaja perkongsian pada post kali ini.

Wassalam...

Cahaya Kegirangan Kemuliaan

1 comment: