Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Monday, July 6, 2009

Ijtimak Malaysia

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... saya masih dapat menghirup udara yang diciptakan Allah SWT untuk meneruskan kehidupan seharian yang saya rasakan semakin menarik dari sehari ke sehari... Semakin banyak ilmu yang dapat saya perolehi, secara formal dan tidak, namun sangat bermanfaat untuk hari yang mendatang selain memperoleh ganjaran pahala dari Allah SWT dengan menimba ilmu... Syukur alhamdulillah...

Pada pagi tadi, ayah saya telah ke Nilai untuk menyertai Ijtimak seluruh dunia yang akan diadakan di Nilai pada 9 Julai hingga 12 Julai 2009. Dengar khabar, pembinaan khemah sahaja telah menelan perbelanjaan sebanyak RM6 juta... Benar atau tidak, wallahua'lam... Rasa tak sabar ingin menunggu kepulangan ayah saya untuk menambah lagi ilmu agama yang menjanjikan nikmat syurga. Rasa nak join... =) Tapi tak mungkin, kerana Ijtimak hanyalah untuk disertai oleh kaum muslimin. Tapi kalau muslimat boleh pergi juga, alangkah bagusnya... =)

InsyaAllah...didoakan segalanya akan berjalan dengan lancar dan dipenuhi dengan keberkatan Allah SWT. Dikhabarkan, ulama seantero dunia akan datang ke sana. Moga dapat berkongsi ilmu, demi agama tanpa mengira bangsa dan bahasa... Ameen...

Setakat ini sahaja post kali ini. Agak pendek sebab saya perlu menyiapkan diri untuk menghadapi kuiz esok pada pukul 12pm-1pm. Doakan ya... Moga Allah melancarkan segalanya, dapat saya menjawab dengan tenang... Ameen...

Wassalam...

p/s: Terfikir untuk menukar kata ganti nama saya kepada ana. Any suggestion or opinion? (^_^)

Cahaya Kegirangan Kemuliaan

8 comments:

  1. Assalamualaikum...tahu x program ijtimak ni bawah siapa?siapa yang urus?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam...
    tak pasti siapa pengajur, tapi memg semua 'bhai', sheikh dan ulama seluruh dunia datang...
    =)

    ReplyDelete
  3. 'bhai' adalah bahasa urdu yg bermaksud brothers. panggilan ni digunakan pendakwah untuk memanggil elder brothers yg berpengalaman...

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah.. Karkunah pun ada blog.. Makin maju dunia ek.. ape2 pun, ijtimak dah berakhir.. jemput ke http://www.raudhah.com/forum/.-laman-agama/ijtima-malaysia.html untuk laporan ijtimak malaysia

    ReplyDelete
  5. salam.uia xda wat taalim masturat ea?

    ReplyDelete
  6. Ana tu merujuk kepada saya dalam bahasa MELAYU. Penggunaan Kata SAYA da cukup elok da. Ikutlah kemahuan diri... Mende tu tak mengubah ape2 pun kalu nak gune... Nak brubah tu mesti ONE by ONE n not too gelojoh. Since it for good things(ISLAMic especially) its ok for me. Fikir-fikirlah, jika penggunaan KGND ini dapat mengubah personaliti diri silakan...

    ReplyDelete
  7. Salam...

    To anonymous 1: MasyaAllah... ana rasa tak layak dengan gelaran tu... InsyaAllah satu hari nanti ana dapat jadi karkunah yang sebenar... Moga menjadi doa... Alhamdulilah ana dah ke sana... Moga kita sama-sama tingkatkan usaha.

    To anonymous 2: Waalaikumussalam... setahu ana takda tapi wallahua'lam... mungkin ana terlepas pandang... Tapi ana pun ada tercari-cari juga. Yang banyaknya usrah...

    To sufiyanato: Syukran atas pandangan anta... Akan ana fikir-fikirkan untuk kebaikan masa hadapan... InsyaAllah... (^_^)

    ReplyDelete