Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Sunday, July 12, 2009

"Susahnya jadi orang Islam di Malaysia!"

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Dalam keadaan yang keletihan, ana gagahkan juga untuk postkan kisah ini... =)

Semalam, family ana datang secara surprise ke UIA PJ dan terus membawa ana bermalam di luar (maaf Mdm Nafisa, tak plan... jadi tak ambil overnight card...). Famili ana bawa ana bermalam di Sunway Pyramid Hotel kerana akhi ana ada urusan di situ. Al-kisahnya, setelah kami check in hotel, kami keluar semula untuk mengisi perut yang sudah berzikir minta diisi... Kami pusing satu Sunway city tapi yang kelihatannya, majoriti restoran yang ada adalah restoran non-muslim. Ya Allah... susahnya nak cari tempat makan walaupun ni negara sendiri... Kesian family ana yang kebetulan memang tak makan lagi dan sedang kelaparan...

Ana jadi naik geram... Nama saja Malaysia negara Islam. Tapi di tempat itu, memang tiada satu pun restoran Muslim. Yang ada, restoran Cina, Thai dan Indonesia. Untuk makan di restoran Indonesia atau Thai, rasa tak selesa kerana kami tak pasti akan kehalalannya. McD, KFC, Pizza? Boikot... Mamak? Betul ke mamak atau India? Dahlah tiada kalimah bismillah... Kalau ada pun, masih lagi ragu-ragu.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk makan di restoran Melayu...insyaAllah halal...

Ana saja nak berkongsi cerita... Tapi memang terasa sangat susah untuk hidup di Malaysia sebagai seorang Muslim walaupun Malaysia adalah negara yang beragama rasmikan agama Islam. (teruknya B. Melayu ana...) Ini yang membuatkan ana rasa nak bukak restoran atau francais yang halal ni! Barulah senang... Kerana makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Andai kita makan makanan tak halal, ketika seolah-olah menempah saham untuk membiarkan anggota badan dibakar neraka jahannam! Nauzubillah...

Sekadar luahan... Maaf andai tidak mengandungi ilmu yang bermanfaat...

Wassalam...

Cahaya Kegirangan Kemuliaan

2 comments:

  1. yer, perjalanan msih jauh n pnjang...khidupan diluar sane jauh lbh mncabar brbnding d alam kampus..n mnjadi t'jwb kite smue sbg Daie...

    ReplyDelete
  2. insyaAllah... selagi hayat dikandung badan, kita perlu sama2 memperjuangkan Islam...
    Lillahita'ala!

    ReplyDelete