Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Friday, July 10, 2009

SubhanAllah!

Bismillahhirrahmanirrahim…
Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah…udara yang disedut masuk dan dihembus keluar ini membolehkan ana untuk terus meneruskan kehidupan di muka bumi ciptaan Allah SWT. Semua yang berlaku dengan izinNya dan tidaklah ada sesuatu itu yang berlaku tanpa suruhanNya. Bahkan seekor semut yang mencari rezeki juga telahpun ditulis qisah hidupnya… Maha Suci Allah…Maha Berkuasa…

Basahkanlah lidah dengan zikrullah…
Fikirlah ke jalan Allah…
Berfikirlah untuk agama Allah…
Lakukanlah apa saja atas nama Allah…
Lailahaillallah Muhammadurrasulullah...
.
SubhanAllah… nikmat iman itu cukup susah untuk dikecapi. Walaupun sekali merasai, namun cukup manis sekali… Tapi, memang sudah menjadi lumrah… Keimanan kita ada turun naiknya.. Apabila naik, memang ‘josh’… Namun sekali kita terlalai dan alpa, syaitan mula memasuki hati kita dan akan terus menumpaskan anak-anak Adam… Ya Allah, peliharalah kami dari bisikan syaitan yang menyesatkan... Ameen Ya Rabbal AlAmeen…

Sebenarnya, dalam hidup ni, manusia selalu inginkan sesuatu yang terzahir dan dapat dilihat dan dinikmati dengan mata kasar. Kerna itu, manusia mengejar-ngejar kekayaan dan kecantikan, sesuatu yang takkan dapat membantu kita ketika disoal Mungkar Nangkir, meniti Titian Sirat, apatah lagi menempah saham dan tiket untuk memasuki syurga Firdausi…

Namun, ana bersyukur…menjalani kehidupan di Universiti Islam Antarabangsa (walaupun baru asasi…), sedikit sebanyak membantu ana mencintai dan terus mencintai agama Allah… Terus berusaha untuk memperbaiki, menambah baik apa yang terkurang… Alhamdulillah… semuanya kuasa Allah… hanya Dia lah yang berkuasa untuk memberikan petunjuk dan hidayah kepada hambaNya… Syukur… Alhamdulillah, Walailahaillallah, AllahuAkbar…

Hari ini, kuasa Allah sekali lagi (dan akan terus lagi) terpampang di depan mata ana. Sejak hari Isnin yang lalu, laluan di Plaza UIA telah terhidang beberapa booth seperti booth peralatan komputer/laptop, kaca mata dan buku-buku ilmiah. SubhanAllah… iman ana sedikit tergugat… Kenapalah tatkala scholar belum masuk, bermacam-macam benda yang lazat menghidangi meja nikmat? Ujian…semata-mata ujian Allah…

Kebetulan memang ana berniat nak beli Al-Qur’an terjemah yang baru, justeru pada hari pertama lagi, ana telah menggunakan beberapa not berwarna merah untuk membeli Al-Qur’an terjemah (moga ana dapat memanfaatkan Al-Qur’an tersebut sebaik mungkin… ameen…). Alhamdulillah… umi ana sudi men‘sponsor’ ana. Syukran umi… =) Dan hari-hari yang seterusnya, ana lalui dengan kelaparan mata dan tangan… Dalam hati berkata, “Allah Maha Besar… mujurlah duit scholar masuk lambat… Kalau tak, entah berapa banyak dah habis…”

Sememangnya kita manusia telah diciptakan berbagai-bagai rupa dan bermacam-macam perangai. Ada yang merungut waktu scholar masuk lambat, tapi ana hanya berdiam kerana ana yakin dan pasti dengan firman Allah, memang ada sebab dan hikmah di sebalik sesuatu itu berlaku. Tatkala sahabat yang lain diburu nafsu berbelanja, membeli kasut baru, handphone baru, pencil case baru, dan macam-macam lagi, ana hanya mampu lihat dan tersenyum… Alhamdulillah…

Namun, dalam pada itu, sekali lagi ana menggunakan not kertas yang berwarna untuk membeli beberapa buah novel islamik dengan niat untuk mempertingkatkan lagi ilmu. Antara tajuk novel atau buku yang ana beli adalah
.
- Syabab Musafir Kasih - Fatimah Syarha
- Duhai Teman Sejatiku - Fatimah Syarha
- Duhai Yang Tersayang - Pahrol Md. Juoi
.

.
Buku yang pertama, dah satu Kuantan ana cari tapi tak jumpa. Kat sini baru berjodoh dan ada rezeki untuk beli. Mungkin telah tertulis di Loh Mahfuz, rezeki yang ana baru dapat hanyalah tersandar seketika sebelum diserahkan kepada yang lebih berhak iaitu pemilik kedai buku. =)

Disebabkan ana beli banyak buku, pemilik dengan bermurah hatinya menghadiahkan 2 pasang stokin wudhu kepada ana. SubhanAllah… kebetulan ana memang nak beli stokin baru. Dapat pula stokin baru, malah memudahkan muslimat untuk mengambil wudhu, free pulak tu! AllahuAkbar… Alhamdulillah…

Pada pukul 11.00 pagi, ana dan sahabat ana menemani sahabat kami ke PPUM kerana ada urusan di sana. Kami mengambil keputusan untuk mengambil beberapa helai medical mask untuk dipakai memandangkan PPUM ada kes H1N1. Sekadar langkah berjaga-jaga… Kalau telah ditakdirkan kena juga, semua itu kuasa Allah SWT yang Maha Berkuasa… kita hanya mampu berusaha...

Alhamdulillah… ana bersyukur sangat dapat memakai mask tu. Nikmat yang dirasai seolah-olah ana pakai purdah!! SubhanAllah… AllahuAkbar… Alhamdulillah… sempat mata mengalirkan air mata kesyukuran… Sepanjang perjalanan ana pakai mask tersebut. Hanya dibuka di dalam surau ketika hendak menunaikan kewajipan bersolat…
Sahabat

Sebaik sahaja ke PPUM, ana dan sahabat menuju ke Ampang kerana ada urusan tertentu. Setelah itu, kami ke Masjid Jamek. Cukup memenatkan… Tapi terasa berbaloi… Dengan izin Allah, akhirnya ana jumpa buku Tautan Hati karya Fatimah Syarha! Hanya Allah yang tahu betapa lama ana berusaha mencari buku tersebut di serata tempat. Akhirnya, Alhamdulillah… syukur Ya Allah… Dalam pada itu, ada beberapa orang asyik menyebut 'H1N1' pada ana dan sahabat... Lucu...

(^_^)

Ana rasa bersyukur sangat… terlalu banyak nikmat yang Allah limpahkan… Sesungguhnya Allah Maha Pemurah… Diharap ana tak lupa diri, malah terus berusaha memperbaiki diri agar hidup diberkati Allah SWT… Ameen…

Segala kepenatan fizikal dan mental yang ana lalui beberapa minggu ni terasa terbalas. Ya Allah… memang ana tak tahu nak luahkan betapa bersyukurnya bertuhankan Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa! Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah… SubhanAllah… Lailahaillallah… AllahuAkbar…

Panjang sungguh post ana kali ini… Maaf buat pembaca andai rasa mengantuk atau kepenatan mata untuk membaca post kali ini. Andai ada tersilap kata, tersalah bicara, dimohon agar dapat menegur ana supaya ana dapat terus perbaiki diri. Teguran yang berhemat dan berhikmat itu lebih berkesan daripada teguran yang boleh mengguris hati walau sekelumit…

Wallahua’lam…
Wassalam…

Cahaya Kegirangan Kemuliaan

No comments:

Post a Comment