Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Friday, July 3, 2009

Kes Elaun

Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt.

Pada hari Isnin yang lalu, elaun untuk pelajar CFS IIUM telahpun masuk. Maka ramai yang berwajah ceria dengan adanya wang saku mereka setelah lama menunggu. Tahniah saya ucapkan…Saya mengandaikan, ramai yang akan menggunakan wang tersebut untuk bermacam pekara. Mungkin ada yang menggunakannya untuk bersuka ria. Namun, hanya andaian sahaja. Tetapi rasanya, itulah hakikat sebenar. Waktu ketiadaan wang, ramai yang terpaksa mengikat perut, sanggup berpuasa! Alhamdulillah… sekurang-kurangnya, mereka memperoleh pahala asbab ketiadaan wang yang mencukupi. Secara tak langsung, ramai yang mula menyedari betapa susahnya hidup tanpa wang. Begitulah cara hidup orang susah. Untuk menelan sebutir nasi pun sudah cukup susah. Namun asbab ketiadaan wang, mereka memperoleh pahala… Syukur alhamdulillah… Tapi, yang peliknya, when the money flows in, they make the money flow out, like the river flow into the sea. Don’t you think as I do? But it’s just my opinion. No offense.

Bagi pemegang biasiswa JPA pula, saya dengar khabar elaun mereka akan masuk lebih kurang sebulan dari sekarang iaitu pada 27hb Julai… Takziah buat diri saya sendiri dan pemegang biasiswa yang lain. Nampaknya Allah nak menguji tahap kesabaran dan keimanan kita. Walaupun agak tercabar tahap kesabaran, tapi selagi masih ada upaya, hati ini akan tetap bersabar melayan karenah JPA, KPM dan UIA. Ternyata ketiadaan wang di saat-saat kita sangat memerlukannya, teramatlah susah sedangkan wang tersebut teramatlah diperlukan untuk kehidupan seharian kita. Saya akan tetap bersabar, insyaAllah... Walaupun kenyataannya, rasa agak sedih diperlakukan sedemikian, namun saya pasrah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Seperti firman Allah SWT dalam Surah Al- Baqarah ayat 216,

“Perhaps you may dislike something which is really good for you or like something bad for you, but Allah knows (what is best for you), and you do not,”

Saya terfikir... Sekiranya wang biasiswa yang bernilai RM1250 itu berada dalam tangan saya ketika ini, mungkin saya akan menggunakannya untuk perkara yang tidak penting. Mungkin saya akan membeli sesuatu yang tidak saya perlukan. Dan secara positifnya, dengan kemasukan wang biasiswa pada tarikh tersebut, mungkin wang kami dapat bertahan sehingga Sem 2 sedangkan pelajar lain (bukan pemegang biasiswa) akan mula kering poketnya pada akhir sem ini. Saya cuba dan akan terus berfikiran positif.

Ada yang mengeluh, ada yang naik marah, ada yang kecewa… Saya tahu, tak mudah andai kita perlu hidup tanpa wang. Bukan untuk bersuka ria, tapi untuk menampung keperluan harian. Secara purata, pelajar (ukhti) di sini membelanjakan RM8 sehari. Tarikh hari ini ialah 4hb Julai. Bermaksud, pemegang biasiswa sedang menghitung 24 hari sebelum elaun masuk. Ini bermakna…

RM8 x 23 = RM 184 diperlukan, untuk makan sahaja. Tak termasuk perbelanjaan untuk keperluan lain, seperti tiket bas, keperluan peribadi, nota dan sebagainya. Mungkin RM 300 diperlukan sebelum sempat duit elaun dimasukkan. Bagi mereka yang berkemampuan, saya andaikan perkara ini bukanlah masalah besar kepada mereka. Tapi bagaimana pula dengan sahabat-sahabat kita yang tidak berkemampuan? Tidakkah keadaan ini semakin menyusahkan lagi keadaan mereka? Apa gunanya mereka mendapat biasiswa andai ini yang terjadi akhirnya? Asif... emo di situ…

Namun, ada baiknya perkara ini berlaku. Di saat inilah kita dapat mengenali siapakah kawan dan siapakah lawan, siapakah sahabat suka sahaja, dan siapakah sahabat suka duka, siapakah kawan suka suki, dan siapakah kawan sejati, siapakah sahabat segera dan siapakah sahabat minAllah. =) Buat para sahabat di luar sana, di saat inilah anda perlu mengambil peluang untuk membantu sahabat yang tidak mendapat elaun lagi. Di saat inilah anda patut berkongsi ‘kemewahan’ yang anda dapat dengan sahabat anda supaya kalian sama-sama dapat merasai ‘kemewahan’. Tidak bermaksud anda perlu berikan wang anda begitu sahaja. Apabila wang elaun mereka dah masuk, mereka pasti akan ganti semula. Namun tak ramai yang menyedari hakikat ini. Malah, segelintir pelajar menggunakan wang untuk perkara yang tidak begitu penting. Bukankah Rasulullah saw menyarankan kita membantu antara satu sama lain? Dari situlah, ukhuwah yang terjalin akan bertambah erat, kuat dan padu. Berganda pahala yang akan kita perolehi…

Asif jiddan andai ada yang terasa. Saya tak berniat… Kerana apa yang saya nukilkan di sini hanyalah fikir atas dasar keprihatinan teman yang senasib. Kami tak minta elaun kami masuk lambat, tapi itu semua telah ditentukan Allah. Atas dasar dan sebab apa? Wallahua’lam…Hanya Allah sahaja yang tahu…

InsyaAllah… kepada sesiapa yang tak mampu menghulurkan bantuan kewangan, bantuan tenaga dan simpati yang dihulurkan pun sudah cukup memadai. Dianggarkan mangsa kemasukan biasiswa lambat adalah 300++. Terasa ingin bergotong royong dengan sahabat MRC buat bubur lambuk macam tahun lepas. Walaupun belum masuk bulan puasa, tapi apa salahnya beramal jariah…

Saya rasa setakat ini sahaja. Ini merupakan peringatan buat diri saya sendiri juga… Diharap dapat bersabar dengan apa yang berlaku…


Wassalam..

Cahaya Kegirangan Kemuliaan


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam ziarah.btul ke 27?sedang menunggu jgk n.untung gak msuk lmbt ada alasan lagi nk mintak nga parents.ho3.tp biasiswa sama kn dgn pljr lain 1250 jgk kn??erm.sirru ala barokatillah

    ReplyDelete