Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Sunday, June 21, 2009

Tribute buat Sahabat

Assalamualaikum...

Bermonolog...

Selalu kurasakan yang aku tak layak bersahabat dengan sesiapa, tidak layak berteman, malah lebih patut hidup berseorangan. Kerana aku tak mahu menyakiti dan aku takut disakiti. Aku rela bersendiri daripada menghadapi perkara yang terkadang-kadang orang rasakan remeh, namun buat diriku, cukup besar. Pengalaman pahit sewaktu kecil cukup membuatkan aku merasa trauma...Selalu disisihkan dan tiada siapa menyedari kewujudanku. Waktu kecil yang mengajar aku untuk menjadi seorang yang introvert, dan kelihatannya berterusan sampai kini...

Aku menghargai orang lebih dari yang mereka fikirkan. Cuma, aku tak pandai meluahkannya... Maaf... aku menjadi sebegitu bukan kerana aku mengkehendakinya... Aku menyayangi orang lebih dari yang mereka tahu, dan mungkin kerana itu, sahabatku rimas dengan kehadiranku.

Aku bukan seorang yang bermesej, menelefon orang tanpa urusan. Ya, mungkin kelemahan di situ. Cukup menunjukkan yang aku tak pandai keep in touch dengan sahabat sendiri. Tapi aku begitu kerana aku takut, takut mengganggu hidup orang yang terkadang-kadang terlalu busy dengan kehidupan mereka...Malah aku menyedari siapa diriku, yang bukan siapa-siapa dalam hidupmu...

Kerna itu, aku selalu berdiam diri, tidak berkata apa-apa, namun pada hakikatnya, aku cukup merindui sahabat-sahabatku yang mungkin...sudah tidak mengingati aku... ="(

Tak mengapa, aku sudah terbiasa... Bersendirian... Tidak diingati, dilupai, tidak dihargai, tidak disayangi... Tapi yang pasti, aku tidak melupai, sentiasa mengingati, menghargai dan menyayangi orang yang pernah aku gelar mereka mahupun sekali, sebagai kawan dan sahabat... Walau apa pun tanggapan yang mereka buat pada diriku... Aku pasrah...

Wasalam

Cahaya Kegirangan Kemuliaan
(Seorang yang terlalu kerdil dalam hidupmu, umpama sebutir zarah yang tidak kamu kelihatan dengan mata kasarmu, justeru kamu menganggap aku tidak wujud, mungkin juga tidak pernah wujud)

2 comments:

  1. farah, i always remember you, dear =)

    ReplyDelete
  2. salam...
    syukran sahabati...
    kte ingat kat faiqa juga..
    windu kamuu.. (^_*)

    ReplyDelete