Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Saturday, June 6, 2009

Dunia Masa Kini..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..akhirnya dapat juga saya meng'update' blog ini. 5 hari yang lalu cukup busy saya rasakan. Tapi biasalah... lumrah hidup seorang pelajar.. =)

Semalam, saya diambil oleh umi dan ayah saya untuk pulang ke rumah (saya sudah homesick..huhu..). Kami singgah sebentar di Klang kerana umi dan ayah saya ada urusan di sini. Ketika kami sedang makan, datang seorang budak kecil meminta sedekah. Sebelum menghulurkan bantuan, saya sempat bertanya pada kanak-kanak lelaki tersebut,
"Adik tak sekolah ke? Sekolah kat mane?"
Jawabnya, "Sekolah pagi, ni mak suruh datang mintak tolong untuk saya dan adik saya. Kami dua beradik"
"Owh..."
Kemudian ayah saya menghulurkan not ringgit Malaysia kepada budak tersebut dan dia pun pergi.

Saya terfikir... Budak itu cakap, dia sekolah pagi dan datang sini pada waktu malam. Tapi bukankah cuti sekolah sudah bermula pada minggu ini? Mungkinkah dia silap jawab ataupun menipu?? Astaghfirullah al azim...

Saya kasihan melihat kanak-kanak kecil yang perlu meminta sedekah sebegitu. Namun saya rasa, perlukah ibubapa menyuruh anaknya berbuat begitu hanya untuk mencari sesuap nasi? Sedangkan ibubapa lah yang perlu berusaha mencari rezeki. Tapi 'trend' masa kini, ibubapa yang tidak mampu, 'menggunakan' anak mereka untuk mendapatkan belas kasihan dan simpati orang, lalu memperoleh wang dengan cara meminta sedekah. MasyaAllah... apa nak jadi... Situasi yang cukup meruntun jiwa...

Ketika sedang makan juga, saya terdengar seorang budak lelaki menjerit memarahi ibunya. Cukup kuat hinggakan semua orang yang berada di situ memandang ke arah mereka. Kalau tak silap saya, kanak-kanak lelaki tersebut baru berusia dalam lingkungan 6-8 tahun. Astaghfirullah al azim... Budak sekecil itu sudah berani berbuat begitu pada ibunya yang mengandungkan, melahirkan, membesarkan, dan memberinya makan. Apa akan jadi setelah dia membesar suatu hari nanti? Ya Allah... berikanlah aku anak-anak yang soleh dan solehah Ya Allah dan jauhkanlah aku daripada melahirkan anak-anak yang menderhakai ibubapanya..

Kebetulan saya baru sahaja belajar FIM dan sedikit sebanyak ada berkaitan dengan kejadian di atas. Hadith riwayat Muslim, Hadith 40 ada menyatakan,
".... He ( Malaikat Jibril) said ' Tell me the signs of the Hour'. He ( Nabi Muhammad saw) said ' That the slave girl will give birth to her mistress'.... "

Subhanallah... Tanda-tanda akhir zaman sangat dekat dengan kita. Cukup dekat sehinggakan tanda-tanda sebegini (anak-anak menderhakai ibubapa mereka) berleluasa di mana-mana sahaja. Ya Allah, lindungilah aku daripada menderhakai ibubapaku Ya Allah..Amin...

Diharap kita sebagai muslimin dan muslimat mengambil iktibar di atas kejadian yang berlaku. Didiklah anak kita dengan baik supaya mereka dapat menggegarkan dunia dengan kalimah Allah SWT... InsyaAllah..

Sebelum mengundur diri, saya nak mintak maaf andai kata ada tersilap bicara. Saya hanyalah insan biasa yang cukup cetek ilmunya... Pandangan kalian akan saya terima dengan baik... (^_^)

Sekian,
Wasalam.

Cahaya Kegirangan Kemuliaan

7 comments:

  1. Hi Farah!
    Yup, bila baca entri ni teringat pulak yang Ustazah cerita waktu kelas FIM tu.
    Kanak-kanak lelaki tu dlm lingkungan 6-8 tahun?
    Bukan nak kata, tapi sepatutnya ibu bapa budak tu sendiri yang kena tegur dan didik budak itu.
    Takut bila dh besar perangai makin menjadi-jadi.
    Tak boleh manjakan sangat diorang tu, walaupun still budak kecik.
    Saya rasa, kalau saya dlm posisi budak tu, rasa-rasanya, dh kena cubit depan orang ramai. Hahahaha

    ReplyDelete
  2. Hi SaRah..huhuh..
    btul..memg terkejut sgt time budak tu menjerit kat mak dye.. haih..ape nk jadi budak zaman skarg..kecik2 dh wat cm 2, besar nt, xtaw la...

    Kalu sy pun, same jgak, mesti kna dgr 'tazkirah special'... (^_^)

    ReplyDelete
  3. pergh....sampai bgitu....pnah jygak jumpe golongan begini...tp x taw nak wat ape...adeih...

    ReplyDelete
  4. dalam keadaan umat sudah rosak, kita(da'i) perlu menyumbang walau sedikit

    berdiam diri akan merosakkan lagi keadaan

    ReplyDelete
  5. to bdk flat: 2 la pasl, memg terkedu waktu kejadian berlaku.. perut pulang berzikir minta di isi.. =D

    To jiwamelayu: Syukran atas peringatan tu..
    InsyaAllah ana cuba baiki diri supaya lepas ni ana kuat dan berani untuk mencegah perkara sebegitu melalui mulut, bukan sekadar hati... =)

    ReplyDelete
  6. jangan salah faham, menulis juga sebenarnya satu usaha mencegah...

    berdiam diri tu majazi je laa~
    :)

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah..kita akn cuba yang terbaik..
    =)

    ReplyDelete