Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Friday, July 24, 2009

)':

Sutera Kasih
Group: In-Team
-
Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta
.
Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
.
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
.
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi
.
Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa
.
Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan
.
Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan
.
Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan
.
Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya
Okay. For once, just let me cry... )':

Thursday, July 23, 2009

Perahan Akal Tahap Maksima (Separa)

Bismillah...
Assalamualaikum wbt...

Minggu lepas adalah minggu yang sangat-sangat menguji keimanan, kesabaran, ketabahan dan kekuatan mental dan fizikal ana. Tak keterlaluan andai kata ana melabelkan minggu lalu merupakan minggu yang paling teruji buat diri ana... Berikut merupakan kronologi peristiwa dari 13hb Julai- 18hb Julai...

13hb Julai
Duit scholar JPA dah masuk. Alhamdulillah... akhirnya penantian selama ini yang cukup menyeksakan berakhir... (tak lah seksa mana sebenarnya. Lebih kepada umi dan ayah ana yang terseksa sebab kena sara dan supply duit... Asssiifffff.....)

14hb Julai
Teman sahabat ana ke PPUM lagi kerana nak buat pembedahan. Tapi akhirnya cancel sebab doktor kata tak perlu.

Doctor: (seeing the 3cm x 5cm lump on the left clavicle) Do you want to make operation? I think this is not that serious
Y : What do you think doctor? If this happen to you, what will you do?
Doctor: I will just leave it. It's not that serious tho.
Y : What if I operate?
Doctor: It will leave a scar
Y : What if I don't?
Doctor: It might gets bigger
(in my mind: U said it's not serious, but if Y just leave it, it might gets bigger? =.=" )
Y : Izza, what do you think?
Me: I think you should operate. If u just leave it, it will gets bigger. If then only you want to operate, the scar will be bigger than 3cm x 5cm ok...
Y : *Confused*
Doctor: I think you don't have to operate. But you just make another appointment, just in case you've made up your mind to operate
Y : Ok. Thank you doctor.

Okay, I still think that this doctor want to save his time from using it to operate you, Yun. Negative thinking, I know. But seriously, just operate it now! Do you want to wait until that lump become as big as a burger?! Okay, just frightening you out. =P

15hb Julai
Setelah habis kelas dari pukul 8pg-4ptg (direct with only one hour gap), ana gunakan masa pada waktu petang untuk study Chemistry 2 sebab ana ada 3 kuiz pada keesokan hari iaitu Chem, Comp dan Bio. Pada pukul 6 ptg, ana dapat mesej daripada sahabat menyatakan bahawa Mdm Bio nak buat kuiz bio sebanyak 3 kuiz serentak! (Umi...~ (T.T) )

16hb Julai
Hari yang paling sukar buat ana

10.15pg-11.05pg - Berhempas pulas menjawab 3 kuiz Biology. Hanya Allah yang tahu betapa 'tercederanya' akal dan emosi ana pada waktu itu.
Kemudian, ana mintak keluar kelas lab awal sebab ana nak study Computer pula.
2.10ptg-2.25ptg - Ana jawab kuiz Computer dengan kadar segera sebab ana nak study Chemistry pula.
4.05ptg-4.25ptg - Masuk lambat sebab ada miscommunication dengan sahabat. Masuk masuk je, orang dah start jawab quiz. Memang sangat-sangat menguji... Dah la hanya diberikan masa 20 minit...

Dan akhirnya, Alhamdulillah... ana berjaya tempuhi hari yang paling sukar. Pertama kali dalam sejarah, ana terpaksa jawab 5 kuiz sehari! Memang ujian Allah yang sangat besar buat diri ana selaku pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar sederhana...

Dan pada 18hb Julai...
Kemuncak segala-galanya. Ana mati-mati ingatkan Exam Computer ISM 2112 mula pukul 2.30ptg-3.30ptg. Akibatnya, ana masuk lewat 20 minit. Nasib baik soalan ok, dapat juga ana jawab dengan baik. Alhamdulillah... Allah bagi petunjuk dan bantuan pada ana... Tapi ana tetap nak quiry dengan Mdm... sebab kat website Mdm tulis exam start 2.30ptg... (T.T)

Secara jujur, saat ini ana masih terasa lemah mental. Dengan adanya exam mid term lagi... Ya Allah... berikanlah aku kekuatan Ya Allah... sesungguhnya aku hambaMu yang lemah dan tak berdaya melakukan sesuatu tanpa bantuanMu Ya Allah...

Wasalam

Cahaya Kegirangan Kemuliaan

p/s: Rasanya ada benda yang Allah nak tunjuk ni... Kena buat solat taubat... Mungkin dah buat dosa besar dalam tak sedar... Astaghfirullah al-azim... Dan lagi satu pengajaran, jangan study last minute.
'Tahniah' kepada diri sendiri. Diharap result kuiz ok... Ameen...

=.="

Ayah ada blog, sekarang umi pulak?
=.="
Maju betul famili terchentaku~
Apa-apa pun, SAYANG UMI N AYAH!!!
(^_*)

Wednesday, July 22, 2009

Will Be Right Back

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt...
Currently, I'm on the way to Penang. I have lots of things to share with antum and antunna. But I'll be posting it after this. Sorry for abandoning this blog quite some time. Syukran.
Wassalam

Sunday, July 12, 2009

"Susahnya jadi orang Islam di Malaysia!"

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Dalam keadaan yang keletihan, ana gagahkan juga untuk postkan kisah ini... =)

Semalam, family ana datang secara surprise ke UIA PJ dan terus membawa ana bermalam di luar (maaf Mdm Nafisa, tak plan... jadi tak ambil overnight card...). Famili ana bawa ana bermalam di Sunway Pyramid Hotel kerana akhi ana ada urusan di situ. Al-kisahnya, setelah kami check in hotel, kami keluar semula untuk mengisi perut yang sudah berzikir minta diisi... Kami pusing satu Sunway city tapi yang kelihatannya, majoriti restoran yang ada adalah restoran non-muslim. Ya Allah... susahnya nak cari tempat makan walaupun ni negara sendiri... Kesian family ana yang kebetulan memang tak makan lagi dan sedang kelaparan...

Ana jadi naik geram... Nama saja Malaysia negara Islam. Tapi di tempat itu, memang tiada satu pun restoran Muslim. Yang ada, restoran Cina, Thai dan Indonesia. Untuk makan di restoran Indonesia atau Thai, rasa tak selesa kerana kami tak pasti akan kehalalannya. McD, KFC, Pizza? Boikot... Mamak? Betul ke mamak atau India? Dahlah tiada kalimah bismillah... Kalau ada pun, masih lagi ragu-ragu.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk makan di restoran Melayu...insyaAllah halal...

Ana saja nak berkongsi cerita... Tapi memang terasa sangat susah untuk hidup di Malaysia sebagai seorang Muslim walaupun Malaysia adalah negara yang beragama rasmikan agama Islam. (teruknya B. Melayu ana...) Ini yang membuatkan ana rasa nak bukak restoran atau francais yang halal ni! Barulah senang... Kerana makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Andai kita makan makanan tak halal, ketika seolah-olah menempah saham untuk membiarkan anggota badan dibakar neraka jahannam! Nauzubillah...

Sekadar luahan... Maaf andai tidak mengandungi ilmu yang bermanfaat...

Wassalam...

Cahaya Kegirangan Kemuliaan

Friday, July 10, 2009

SubhanAllah!

Bismillahhirrahmanirrahim…
Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah…udara yang disedut masuk dan dihembus keluar ini membolehkan ana untuk terus meneruskan kehidupan di muka bumi ciptaan Allah SWT. Semua yang berlaku dengan izinNya dan tidaklah ada sesuatu itu yang berlaku tanpa suruhanNya. Bahkan seekor semut yang mencari rezeki juga telahpun ditulis qisah hidupnya… Maha Suci Allah…Maha Berkuasa…

Basahkanlah lidah dengan zikrullah…
Fikirlah ke jalan Allah…
Berfikirlah untuk agama Allah…
Lakukanlah apa saja atas nama Allah…
Lailahaillallah Muhammadurrasulullah...
.
SubhanAllah… nikmat iman itu cukup susah untuk dikecapi. Walaupun sekali merasai, namun cukup manis sekali… Tapi, memang sudah menjadi lumrah… Keimanan kita ada turun naiknya.. Apabila naik, memang ‘josh’… Namun sekali kita terlalai dan alpa, syaitan mula memasuki hati kita dan akan terus menumpaskan anak-anak Adam… Ya Allah, peliharalah kami dari bisikan syaitan yang menyesatkan... Ameen Ya Rabbal AlAmeen…

Sebenarnya, dalam hidup ni, manusia selalu inginkan sesuatu yang terzahir dan dapat dilihat dan dinikmati dengan mata kasar. Kerna itu, manusia mengejar-ngejar kekayaan dan kecantikan, sesuatu yang takkan dapat membantu kita ketika disoal Mungkar Nangkir, meniti Titian Sirat, apatah lagi menempah saham dan tiket untuk memasuki syurga Firdausi…

Namun, ana bersyukur…menjalani kehidupan di Universiti Islam Antarabangsa (walaupun baru asasi…), sedikit sebanyak membantu ana mencintai dan terus mencintai agama Allah… Terus berusaha untuk memperbaiki, menambah baik apa yang terkurang… Alhamdulillah… semuanya kuasa Allah… hanya Dia lah yang berkuasa untuk memberikan petunjuk dan hidayah kepada hambaNya… Syukur… Alhamdulillah, Walailahaillallah, AllahuAkbar…

Hari ini, kuasa Allah sekali lagi (dan akan terus lagi) terpampang di depan mata ana. Sejak hari Isnin yang lalu, laluan di Plaza UIA telah terhidang beberapa booth seperti booth peralatan komputer/laptop, kaca mata dan buku-buku ilmiah. SubhanAllah… iman ana sedikit tergugat… Kenapalah tatkala scholar belum masuk, bermacam-macam benda yang lazat menghidangi meja nikmat? Ujian…semata-mata ujian Allah…

Kebetulan memang ana berniat nak beli Al-Qur’an terjemah yang baru, justeru pada hari pertama lagi, ana telah menggunakan beberapa not berwarna merah untuk membeli Al-Qur’an terjemah (moga ana dapat memanfaatkan Al-Qur’an tersebut sebaik mungkin… ameen…). Alhamdulillah… umi ana sudi men‘sponsor’ ana. Syukran umi… =) Dan hari-hari yang seterusnya, ana lalui dengan kelaparan mata dan tangan… Dalam hati berkata, “Allah Maha Besar… mujurlah duit scholar masuk lambat… Kalau tak, entah berapa banyak dah habis…”

Sememangnya kita manusia telah diciptakan berbagai-bagai rupa dan bermacam-macam perangai. Ada yang merungut waktu scholar masuk lambat, tapi ana hanya berdiam kerana ana yakin dan pasti dengan firman Allah, memang ada sebab dan hikmah di sebalik sesuatu itu berlaku. Tatkala sahabat yang lain diburu nafsu berbelanja, membeli kasut baru, handphone baru, pencil case baru, dan macam-macam lagi, ana hanya mampu lihat dan tersenyum… Alhamdulillah…

Namun, dalam pada itu, sekali lagi ana menggunakan not kertas yang berwarna untuk membeli beberapa buah novel islamik dengan niat untuk mempertingkatkan lagi ilmu. Antara tajuk novel atau buku yang ana beli adalah
.
- Syabab Musafir Kasih - Fatimah Syarha
- Duhai Teman Sejatiku - Fatimah Syarha
- Duhai Yang Tersayang - Pahrol Md. Juoi
.

.
Buku yang pertama, dah satu Kuantan ana cari tapi tak jumpa. Kat sini baru berjodoh dan ada rezeki untuk beli. Mungkin telah tertulis di Loh Mahfuz, rezeki yang ana baru dapat hanyalah tersandar seketika sebelum diserahkan kepada yang lebih berhak iaitu pemilik kedai buku. =)

Disebabkan ana beli banyak buku, pemilik dengan bermurah hatinya menghadiahkan 2 pasang stokin wudhu kepada ana. SubhanAllah… kebetulan ana memang nak beli stokin baru. Dapat pula stokin baru, malah memudahkan muslimat untuk mengambil wudhu, free pulak tu! AllahuAkbar… Alhamdulillah…

Pada pukul 11.00 pagi, ana dan sahabat ana menemani sahabat kami ke PPUM kerana ada urusan di sana. Kami mengambil keputusan untuk mengambil beberapa helai medical mask untuk dipakai memandangkan PPUM ada kes H1N1. Sekadar langkah berjaga-jaga… Kalau telah ditakdirkan kena juga, semua itu kuasa Allah SWT yang Maha Berkuasa… kita hanya mampu berusaha...

Alhamdulillah… ana bersyukur sangat dapat memakai mask tu. Nikmat yang dirasai seolah-olah ana pakai purdah!! SubhanAllah… AllahuAkbar… Alhamdulillah… sempat mata mengalirkan air mata kesyukuran… Sepanjang perjalanan ana pakai mask tersebut. Hanya dibuka di dalam surau ketika hendak menunaikan kewajipan bersolat…
Sahabat

Sebaik sahaja ke PPUM, ana dan sahabat menuju ke Ampang kerana ada urusan tertentu. Setelah itu, kami ke Masjid Jamek. Cukup memenatkan… Tapi terasa berbaloi… Dengan izin Allah, akhirnya ana jumpa buku Tautan Hati karya Fatimah Syarha! Hanya Allah yang tahu betapa lama ana berusaha mencari buku tersebut di serata tempat. Akhirnya, Alhamdulillah… syukur Ya Allah… Dalam pada itu, ada beberapa orang asyik menyebut 'H1N1' pada ana dan sahabat... Lucu...

(^_^)

Ana rasa bersyukur sangat… terlalu banyak nikmat yang Allah limpahkan… Sesungguhnya Allah Maha Pemurah… Diharap ana tak lupa diri, malah terus berusaha memperbaiki diri agar hidup diberkati Allah SWT… Ameen…

Segala kepenatan fizikal dan mental yang ana lalui beberapa minggu ni terasa terbalas. Ya Allah… memang ana tak tahu nak luahkan betapa bersyukurnya bertuhankan Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa! Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah… SubhanAllah… Lailahaillallah… AllahuAkbar…

Panjang sungguh post ana kali ini… Maaf buat pembaca andai rasa mengantuk atau kepenatan mata untuk membaca post kali ini. Andai ada tersilap kata, tersalah bicara, dimohon agar dapat menegur ana supaya ana dapat terus perbaiki diri. Teguran yang berhemat dan berhikmat itu lebih berkesan daripada teguran yang boleh mengguris hati walau sekelumit…

Wallahua’lam…
Wassalam…

Cahaya Kegirangan Kemuliaan

Monday, July 6, 2009

Ijtimak Malaysia

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... saya masih dapat menghirup udara yang diciptakan Allah SWT untuk meneruskan kehidupan seharian yang saya rasakan semakin menarik dari sehari ke sehari... Semakin banyak ilmu yang dapat saya perolehi, secara formal dan tidak, namun sangat bermanfaat untuk hari yang mendatang selain memperoleh ganjaran pahala dari Allah SWT dengan menimba ilmu... Syukur alhamdulillah...

Pada pagi tadi, ayah saya telah ke Nilai untuk menyertai Ijtimak seluruh dunia yang akan diadakan di Nilai pada 9 Julai hingga 12 Julai 2009. Dengar khabar, pembinaan khemah sahaja telah menelan perbelanjaan sebanyak RM6 juta... Benar atau tidak, wallahua'lam... Rasa tak sabar ingin menunggu kepulangan ayah saya untuk menambah lagi ilmu agama yang menjanjikan nikmat syurga. Rasa nak join... =) Tapi tak mungkin, kerana Ijtimak hanyalah untuk disertai oleh kaum muslimin. Tapi kalau muslimat boleh pergi juga, alangkah bagusnya... =)

InsyaAllah...didoakan segalanya akan berjalan dengan lancar dan dipenuhi dengan keberkatan Allah SWT. Dikhabarkan, ulama seantero dunia akan datang ke sana. Moga dapat berkongsi ilmu, demi agama tanpa mengira bangsa dan bahasa... Ameen...

Setakat ini sahaja post kali ini. Agak pendek sebab saya perlu menyiapkan diri untuk menghadapi kuiz esok pada pukul 12pm-1pm. Doakan ya... Moga Allah melancarkan segalanya, dapat saya menjawab dengan tenang... Ameen...

Wassalam...

p/s: Terfikir untuk menukar kata ganti nama saya kepada ana. Any suggestion or opinion? (^_^)

Cahaya Kegirangan Kemuliaan

Saturday, July 4, 2009

Pembedahan- Tikus vs Manusia

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt...

Pada sem yang lalu, saya telah membedah 2 ekor tikus kecil yang sangat comel. Terasa amat bersalah untuk membedah si kecil putih itu. Namun, niat perlu dibetulkan. Saya membedah si kecil itu dengan niat untuk belajar, bukan untuk menzaliminya.

Masih teringat lagi, ketika saya membedah kedua-dua tikus putih itu, jantungnya masih lagi berdegup! SubhanAllah... betapa si kecil itu memperjuangkan hidupnya... Sepanjang sesi dissection dilakukan, jantung si kecil masih lagi berdegup walaupun pada kadar yang perlahan. Namun cukup membuatkan saya tersentap, tergugat seketika... Adakah saya perlu meneruskan dissection yang akan menyebabkannya mati atau menjahitnya kembali?


"Kalau awak jahit balik pun, dia tak boleh hidup dah. Intestines dah kena cabut, pancreas dah pecah, diaphragm dah dibuang. Takkan dapat survive even if awak nak jahit balik. Betulkan niat... Belajar kerana Allah" kata-kata Madam masih terngiang-ngiang di telinga saya. Astaghfirullah al azim...

Jantung si putih yang pertama tetap berdegup sehinggalah sesi dissection berakhir kerana saya berjaya membedah si kecil itu tanpa memecahkan mana-mana pembuluh darahnya. Namun jantung si putih yang kedua terhenti di saat saya perlu memecahkan tengkoraknya untuk mengeluarkan otaknya. Astaghfirullah...maafkan saya si kecil... Saya harus melakukannya... Lillahitaala...

Kenapa agaknya saya tiba-tiba membincangkan soal dissection si kecil putih sedangkan kes ini sudah berlaku kira-kira 3 bulan yang lalu?

Al-kisahnya, seorang kanak-kanak telah menghidap penyakit tonsil sejak berumur 2 tahun akibat tertelan tulang ikan merah sewaktu kecil. Di saat itu, dia terpaksa dihantar ke hospital untuk membuang tulang yang menusuk dan menembusi tonsilnya. Berdarah, luka dan membengkak. Setelah pembedahan dijalankan, kanak-kanak itu selamat dari sebarang bahaya. Alhamdulillah...

Namun, siapa sangka kejadian itu menyebabkan tonsilnya membengkak dan bengkak itu tak surut-surut. Mujurlah bengkakkan itu tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Kanak-kanak itu menghidap penyakit tonsil dari kecil sehinggalah dia yang kini sudah bergelar remaja. Bengkak itu, tidak pernah sekalipun surut. Malah, semakin dia membesar, semakin tonsil itu membengkak. Andai salur makanan di tekak orang biasa bersaiz 4cm, salur makanannya hanya bersaiz 1.5cm.



Antara effect tonsil yang bengkak tersebut adalah:

- Tidak boleh makan coklat dan aiskrim dalam kuantiti yang banyak kerana akan menyebabkan tonsil panas, bengkak dan kadang kala berdarah.
- Tidak dapat menelan pil kerana saiz saluran yang kecil, menyebabkan dia menjadi seorang yang sangat malas untuk makan ubat walaupun dilanda demam yang teruk.
- Sering kali demam akibat tonsil yang sebesar 2.5cm (sila ambil pembaris untuk melihat betapa besarnya bengkak tonsil tersebut).
- Kadang kala pengsan kerana tonsil yang membengkak menyebabkan suhu badannya panas dan tak stabil.
- Bakat semulajadi yang dapat mengalunkan syair dan bertaranum dengan lembut dan merdu terpaksa dikuburkan.
- May lead to cancer (not sure)

Sejak berumur 16 tahun, dia dinasihatkan oleh doktor untuk melakukan pembedahan untuk membuang tonsil yang bengkak itu. Tetapi dia menolak. Kerana apa? Side effect pembedahan tersebut adalah:

- Mengambil masa sebulan untuk recover
- Suara akan menjadi perlahan
- Syair buat halwa telinga ahli keluarganya mungkin tidak dapat dialunkan lagi, apatah lagi bertaranum.
- Kemungkinan jahitan terbuka sangat tinggi
- Tidak dapat menikmati makanan sesedap rasa lagi
- Surprisingly, pembedahan tersebut boleh menyebabkan nyawanya melayang (note that, hanya Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu)

Dan baru-baru ini, dia diserang demam sekali lagi. Dan buat kali kelima, doktor menasihatkannya untuk menjalani pembedahan, buang tonsil yang mungkin akan menyebabkan keadaannya bertambah parah. Namun dia keliru. Lalu mengambil keputusan untuk tidak menjalankan pembedahan. Degil? Keras kepala? Tak sayang diri? Wallahua'lam...

Sekadar di sini sahaja perkongsian pada post kali ini.

Wassalam...

Cahaya Kegirangan Kemuliaan

Friday, July 3, 2009

Kes Elaun

Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt.

Pada hari Isnin yang lalu, elaun untuk pelajar CFS IIUM telahpun masuk. Maka ramai yang berwajah ceria dengan adanya wang saku mereka setelah lama menunggu. Tahniah saya ucapkan…Saya mengandaikan, ramai yang akan menggunakan wang tersebut untuk bermacam pekara. Mungkin ada yang menggunakannya untuk bersuka ria. Namun, hanya andaian sahaja. Tetapi rasanya, itulah hakikat sebenar. Waktu ketiadaan wang, ramai yang terpaksa mengikat perut, sanggup berpuasa! Alhamdulillah… sekurang-kurangnya, mereka memperoleh pahala asbab ketiadaan wang yang mencukupi. Secara tak langsung, ramai yang mula menyedari betapa susahnya hidup tanpa wang. Begitulah cara hidup orang susah. Untuk menelan sebutir nasi pun sudah cukup susah. Namun asbab ketiadaan wang, mereka memperoleh pahala… Syukur alhamdulillah… Tapi, yang peliknya, when the money flows in, they make the money flow out, like the river flow into the sea. Don’t you think as I do? But it’s just my opinion. No offense.

Bagi pemegang biasiswa JPA pula, saya dengar khabar elaun mereka akan masuk lebih kurang sebulan dari sekarang iaitu pada 27hb Julai… Takziah buat diri saya sendiri dan pemegang biasiswa yang lain. Nampaknya Allah nak menguji tahap kesabaran dan keimanan kita. Walaupun agak tercabar tahap kesabaran, tapi selagi masih ada upaya, hati ini akan tetap bersabar melayan karenah JPA, KPM dan UIA. Ternyata ketiadaan wang di saat-saat kita sangat memerlukannya, teramatlah susah sedangkan wang tersebut teramatlah diperlukan untuk kehidupan seharian kita. Saya akan tetap bersabar, insyaAllah... Walaupun kenyataannya, rasa agak sedih diperlakukan sedemikian, namun saya pasrah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Seperti firman Allah SWT dalam Surah Al- Baqarah ayat 216,

“Perhaps you may dislike something which is really good for you or like something bad for you, but Allah knows (what is best for you), and you do not,”

Saya terfikir... Sekiranya wang biasiswa yang bernilai RM1250 itu berada dalam tangan saya ketika ini, mungkin saya akan menggunakannya untuk perkara yang tidak penting. Mungkin saya akan membeli sesuatu yang tidak saya perlukan. Dan secara positifnya, dengan kemasukan wang biasiswa pada tarikh tersebut, mungkin wang kami dapat bertahan sehingga Sem 2 sedangkan pelajar lain (bukan pemegang biasiswa) akan mula kering poketnya pada akhir sem ini. Saya cuba dan akan terus berfikiran positif.

Ada yang mengeluh, ada yang naik marah, ada yang kecewa… Saya tahu, tak mudah andai kita perlu hidup tanpa wang. Bukan untuk bersuka ria, tapi untuk menampung keperluan harian. Secara purata, pelajar (ukhti) di sini membelanjakan RM8 sehari. Tarikh hari ini ialah 4hb Julai. Bermaksud, pemegang biasiswa sedang menghitung 24 hari sebelum elaun masuk. Ini bermakna…

RM8 x 23 = RM 184 diperlukan, untuk makan sahaja. Tak termasuk perbelanjaan untuk keperluan lain, seperti tiket bas, keperluan peribadi, nota dan sebagainya. Mungkin RM 300 diperlukan sebelum sempat duit elaun dimasukkan. Bagi mereka yang berkemampuan, saya andaikan perkara ini bukanlah masalah besar kepada mereka. Tapi bagaimana pula dengan sahabat-sahabat kita yang tidak berkemampuan? Tidakkah keadaan ini semakin menyusahkan lagi keadaan mereka? Apa gunanya mereka mendapat biasiswa andai ini yang terjadi akhirnya? Asif... emo di situ…

Namun, ada baiknya perkara ini berlaku. Di saat inilah kita dapat mengenali siapakah kawan dan siapakah lawan, siapakah sahabat suka sahaja, dan siapakah sahabat suka duka, siapakah kawan suka suki, dan siapakah kawan sejati, siapakah sahabat segera dan siapakah sahabat minAllah. =) Buat para sahabat di luar sana, di saat inilah anda perlu mengambil peluang untuk membantu sahabat yang tidak mendapat elaun lagi. Di saat inilah anda patut berkongsi ‘kemewahan’ yang anda dapat dengan sahabat anda supaya kalian sama-sama dapat merasai ‘kemewahan’. Tidak bermaksud anda perlu berikan wang anda begitu sahaja. Apabila wang elaun mereka dah masuk, mereka pasti akan ganti semula. Namun tak ramai yang menyedari hakikat ini. Malah, segelintir pelajar menggunakan wang untuk perkara yang tidak begitu penting. Bukankah Rasulullah saw menyarankan kita membantu antara satu sama lain? Dari situlah, ukhuwah yang terjalin akan bertambah erat, kuat dan padu. Berganda pahala yang akan kita perolehi…

Asif jiddan andai ada yang terasa. Saya tak berniat… Kerana apa yang saya nukilkan di sini hanyalah fikir atas dasar keprihatinan teman yang senasib. Kami tak minta elaun kami masuk lambat, tapi itu semua telah ditentukan Allah. Atas dasar dan sebab apa? Wallahua’lam…Hanya Allah sahaja yang tahu…

InsyaAllah… kepada sesiapa yang tak mampu menghulurkan bantuan kewangan, bantuan tenaga dan simpati yang dihulurkan pun sudah cukup memadai. Dianggarkan mangsa kemasukan biasiswa lambat adalah 300++. Terasa ingin bergotong royong dengan sahabat MRC buat bubur lambuk macam tahun lepas. Walaupun belum masuk bulan puasa, tapi apa salahnya beramal jariah…

Saya rasa setakat ini sahaja. Ini merupakan peringatan buat diri saya sendiri juga… Diharap dapat bersabar dengan apa yang berlaku…


Wassalam..

Cahaya Kegirangan Kemuliaan