*editedBismillahhirrahmanirrohim...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulilah, setelah menunggu selama beberapa hari, akhirnya AGM Engenius tiba. Hari yang cukup saya nantikan untuk bertemu dengan sahabat seperjuangan sebelum saya menukar kos dulu. Ada sahabat saya bertanya, kenapa saya masih mahu datang ke program yang dianjurkan Engineering Society sedangkan I WAS an engineering student. Now, I'm a HMS student, no longer Engin. What so special about them?
Saya tersenyum... Dalam hati, saya merasakan satu perasaan yang sangat bahagia... Saya berkata kepada sahabat saya, "I want to support them. They are my friends. Fi dunnya wal akhirah. Once they are my friends, they will always and always be my friends. This is the time for me to meet them. Nak harapkan berjumpa waktu nak ke kelas, takkan pernah dapat jumpa kerana jadual yang cukup berbeza. At least, by attending such an event, I can see them... Even from far away... That's the only way for me to cure the deep part of my heart, who have been missing them for a very long time... ="(
[Dan deria penglihatan mula kabur dek rembesan cecair yang tak dipinta untuk dialirkan keluar...]Saya mula terlibat dengan Engenius sejak Sem 1 08/09, tergolong dalam kumpulan yang digelar Black Hawk Team. Kemudian, setelah saya bertukar kos, saya mula keliru. Apa yang harus saya lakukan? Sedangkan saya memegang jawatan yang agak penting untuk FESTIVEN Sem 2 08/09. Letak jawatan? Atau terus berpegang pada jawatan tersebut atas rasa tanggungjawab terhadap amanah yang telah dikurniakan? Pelbagai pendapat yang saya terima, pelbagai aspek yang perlu dipertimbangkan. Jelas...bukan suatu keputusan yang mudah untuk dilakukan...
Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk terus memegang jawatan tersebut sehinggalah FESTIVEN selamat dijalankan dengan jayanya. Walaupun kedengaran suara-suara sumbang yang agak menggugat perasaan, saya tekad untuk meneruskan amanah. Alhamdulillah...saya berjaya lalui cabaran walaupun ada masanya, kaki tidak lagi mampu menanggung beban yang cukup berat, terutama kes kesalahfahaman dan disisihkan ahli biro sendiri
(kerana dah tukar kos --> sehingga kini saya masih tak faham, kenapa???). Saya pasrah...
Dan KINI,
Penantian berakhir. Melihat para sahabat saya membuat tugasan dengan cukup bersemangat, saya rasa sangat terharu. Teringin sekali rasanya untuk terlibat bersama mereka. Untuk bekerja dengan mereka, adalah sesuatu yang saya impikan... Moga peluang itu muncul lagi.. Ameen...
Dengan lafaz bismillah...
AGM Engenius mengucapkan Selamat Datang kepada para pelajar Engineering sesi 2009/2010
Saya ingin ucapkan tahniah kepada semua committees AGM Engenius. Saya sangat berbahagia dapat datang ke majlis kalian. Maaf... saya tahu saya sudah tidak layak untuk menghadiri majlis tersebut, namun saya masih turun padang. I just can't resist to see u guys eventhough just from far away... Bak kata seorang sahabat, saya mahukan IKATAN MINALLAH, bukan IKATAN SEGERA. =)
Alhamdulillah, segalanya kelihatan berjalan dengan lancar walaupun Kak Thirah kata, ada beberapa masalah, tu semua perkara biasa. Tiada manusia yang sempurna... kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan. Mungkin ada silap sana sini, tapi dari situ, kita belajar dari kesilapan.. InsyaAllah...
Mesti sahabat sekalian dah penat, setelah mengerahkan segala tenaga mental dan fizikal untuk program ini. Diharap selepas ini, dapat rehatkan dan hilangkan semua kepenatan. Moga kalian diberkati Allah selalu... Saya doakan... Kita sama-sama doakan... InsyaAllah...
Gambar AGM Engenius akan di postkan pada post akan datang. InsyaAllah... Tahniah kepada mainboard baru first year. Yang paling saya ingat, Bro Afifi... Mungkin kerana beliau ramai penyokong dan membuat persembahan deklamasi sajak sewaktu AGM tadi... Moga mainboard 2nd year dapat mengasah
(*credit to Bro Saifullah who detected the mistake) bakat junior supaya mereka dapat berfikir secara "thinking out of the box" seperti kalian..
Sekian sahaja post kali ini.. InsyaAllah gambar dan komen akan di postkan kemudian..
Wassalam...
Cahaya Kegirangan Kemuliaan