Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Thursday, April 21, 2011

Haiya Binaa!

Salam'alaykum wbt...

Alhamdulillah... Akhirnya telah selamat berjihad di medan peperiksaan 18-20 April 2011 untuk blok ke-3 Tahun 1 di UIA. Ya Allah... Secara jujur, rasa 'peperangan' kali ni yang paling mencabar kekuatan mental. Menuntut ilmu bukannya susah... Sangat best sebenarnya bila dapat belajar benda baru... Sangat2 enthusiastic! Tapi bila nak exam, memang rasa macam... "Habis la... Lingkup!" Huhuh~

Tapi satu ja... Bukan kecerdikan yang menjadi kayu ukur kejayaan. Tapi sama ada kita berjaya mengawal emosi, mempunyai daya ketahanan mental yang tinggi dan terutama sekali, jaga hubungan dengan Ilahi. Tapi itu bukan satu tiket untuk dekat dengan Allah waktu nak exam ja. Ingat Allah, dekat dengan Dia sepanjang masa. Itu yang terbaik. Maka bila kita susah, PASTI Allah akan tolong. Kan Dia dah janji... Remember? (^_^) Tak nak komen banyak2 pasal exam... Sebab dah lepas... Yang berlalu biarkan pergi, jangan dikenang lagi. Hahah~ InsyaAllah.... Tawakkal 'alaAllah. Usaha la macam mana pun... Kejayaan itu terletak di tangan Allah. Dia yang Pilih siapa yang dikehendakiNya. Allah mampu lakukan Segala-galanya! Terimalah dengan hati terbuka... InsyaAllah berjaya... bukan sahaja di dunia, tapi insyaAllah di akhirat sana jua. Ameen. =)

KLIBF- Book Fair datang lagi! As usual, memang acara tahunan, memang pasti pergi. Tapi tak tahulah macam mana tahun ni... Harap2 dapat pergi juga. Semoga Allah izinkan... =)

Hahh... memandangkan cuti selama 12 hari (je? =P), plan nak buat banyak benda tapi end up duduk rehat2 dekat rumah. Tapi memang tak nak bazirkan masa lapang yang ada ni. Apa kata kembali baca buku! Ingat nak ulang balik baca novel karya Hlovate... Huhuh... Dah baca tapi nak ulang balik sebab ter'influence' dengan seorang sahabat ni, yang baca novel time nak exam hari tu. Mantap kan? Huhuh... Ceq tak mampu nak buat lagu tu... Tahap Moksha! (depa la kata lagu tu. Sampai la ni ceq tak tau maksud Moksha tu pa dia. Huhuh~ ) XP

......................*dah hilang idea nak tulis apa*.......................

Anyways, Selamat Bercuti pada semua sahabat tak kira di mana jua anda berada. Semoga diri dipelihara Allah sentiasa, lakukan aktiviti yang bermanfaat untuk diri dan agama. Jom mantapkan iman! Dah jihad untuk dunia, jangan lupa jihad untuk akhirat juga! Kan itu destinasi utama kita.... Jannatul Firdausi... Ameen Ya Rabbi... =)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment