Assalamuaikum buat anda yang sedang membaca...
Sejak tahun lepas, ana kembali ke zaman kegemilangan kanak2 dengan belajar menulis kembali. Semangat sungguh sampaikan ana beli beberapa buah buku ABC untuk berlatih menulis. Kenapa semangat sangat? Patah tangan ke? Terseliuh jari? Atau buang tebiat? Huhuh... Entahlah... bila fikir2 kan balik, apa agaknya punca ana nak belajar menulis guna tangan kiri yea? Saja... nak manfaatkan dua2 belah tangan... =)
Sebenarnya, beberapa hari sebelum hari kejadian, ana terfikir... "What IF tiba2 aku patah tangan dan tak dapat menulis lagi menggunakan tangan kanan?" Sebagai seorang pelajar, tangan umpama senjata utama yang mana kalau tangan kanan ana tak dapat berfungsi lagi, maka ana dah tak dapat menulis mahupun menjawab peperiksaan dah. Ada rasa takut, gementar, risau dan macam2 lagi perasaan menjengah... Kerana selama ini, hidup terlalu bergantung pada tangan kanan. Kalau takda, macam mana??? Maka ana pun mngambik inisiatif untuk belajar menulis menggunakan tangan kiri untuk kesenangan masa depan andai ditimpa sebarang musibah yang tak diingini.
Seterusnya, ana belajar menulis menggunakan tangan kiri supaya otak bahagian kanan turut aktif di dalam kelas, selain dapat meningkatkan tahap kecerdasan otak, ana dapat mengelak daripada mengantuk dalam kelas. Huhuh... Alhamdulillah, setakat ni rasanya membantu. Bila mana ana mengantuk dalam kelas, ana akan menulis nota dengan menggunakan kedua2 belah tangan, SERENTAK. Jadi bila nak salin nota tu, rasa lebih semangat dan kuranglah mengantuk dalam kelas waktu tengah lecture.
Sebab yang ke-3. Nak rasa special berbanding dengan orang lain. Bukan nak bangga diri.Tapi sebab orang lain ada kelebihan masing2 yang tak dapat ana kecapi, maka ana develop kelebihan sendiri dengan menjadi seorang yang boleh menulis menggunakan kedua2 belah tangan. Alhamdulillah... semua kuasa Allah... Kalau Dia tak izin, maka sampai sekarang pun takkan mampu menulis menggunakan kedua2 belah tangan.
Dan sebab yang terakhir adalah, untuk stabilkan tangan kiri supaya mudah untuk melaksanakan tugas sebagai seorg doktor terutamanya kalau perlu menggunakan tangan kiri untuk urusan pembedahan, yang mengambil masa agak lama.
Wallahua'lam. Semoga kelebihan yang ada ni menjadikan diriku seorang hamba yang BERSYUKUR pada Penciptaku dan semoga daku terhindar dari sifat riya', takabbur dan sebagainya. Ameen Ya Rabbi...
Wassalam...
End block exam: 18 days left. Allah...
No comments:
Post a Comment