Assalamuaikum buat anda yang sedang membaca...
Sejak tahun lepas, ana kembali ke zaman kegemilangan kanak2 dengan belajar menulis kembali. Semangat sungguh sampaikan ana beli beberapa buah buku ABC untuk berlatih menulis. Kenapa semangat sangat? Patah tangan ke? Terseliuh jari? Atau buang tebiat? Huhuh... Entahlah... bila fikir2 kan balik, apa agaknya punca ana nak belajar menulis guna tangan kiri yea? Saja... nak manfaatkan dua2 belah tangan... =)
Sebenarnya, beberapa hari sebelum hari kejadian, ana terfikir... "What IF tiba2 aku patah tangan dan tak dapat menulis lagi menggunakan tangan kanan?" Sebagai seorang pelajar, tangan umpama senjata utama yang mana kalau tangan kanan ana tak dapat berfungsi lagi, maka ana dah tak dapat menulis mahupun menjawab peperiksaan dah. Ada rasa takut, gementar, risau dan macam2 lagi perasaan menjengah... Kerana selama ini, hidup terlalu bergantung pada tangan kanan. Kalau takda, macam mana??? Maka ana pun mngambik inisiatif untuk belajar menulis menggunakan tangan kiri untuk kesenangan masa depan andai ditimpa sebarang musibah yang tak diingini.
Seterusnya, ana belajar menulis menggunakan tangan kiri supaya otak bahagian kanan turut aktif di dalam kelas, selain dapat meningkatkan tahap kecerdasan otak, ana dapat mengelak daripada mengantuk dalam kelas. Huhuh... Alhamdulillah, setakat ni rasanya membantu. Bila mana ana mengantuk dalam kelas, ana akan menulis nota dengan menggunakan kedua2 belah tangan, SERENTAK. Jadi bila nak salin nota tu, rasa lebih semangat dan kuranglah mengantuk dalam kelas waktu tengah lecture.
Sebab yang ke-3. Nak rasa special berbanding dengan orang lain. Bukan nak bangga diri.Tapi sebab orang lain ada kelebihan masing2 yang tak dapat ana kecapi, maka ana develop kelebihan sendiri dengan menjadi seorang yang boleh menulis menggunakan kedua2 belah tangan. Alhamdulillah... semua kuasa Allah... Kalau Dia tak izin, maka sampai sekarang pun takkan mampu menulis menggunakan kedua2 belah tangan.
Dan sebab yang terakhir adalah, untuk stabilkan tangan kiri supaya mudah untuk melaksanakan tugas sebagai seorg doktor terutamanya kalau perlu menggunakan tangan kiri untuk urusan pembedahan, yang mengambil masa agak lama.
Wallahua'lam. Semoga kelebihan yang ada ni menjadikan diriku seorang hamba yang BERSYUKUR pada Penciptaku dan semoga daku terhindar dari sifat riya', takabbur dan sebagainya. Ameen Ya Rabbi...
Wassalam...
End block exam: 18 days left. Allah...
~Sebuah perjalanan dalam mencari keBENARan yang Hakiki, keTENANGan diri & keREDHAan Ilahi~
Hamba Allah
- Nad Izza
- Kuantan, Pahang, Malaysia
- Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.
Thursday, March 31, 2011
Monday, March 28, 2011
After a REALLY LONG time...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Alhamdulillah, 1st Year Medic batch Zenith 14th menang overall Inter-batch Sports Carnival... mengalahkan 5th Year yg dah menang 4 tahun berturut2... Huhuh~ Tahniah dan takziah. =D
Basically, esok ana ada Tutorial Microbiology... kemungkinan besar mengenai tajuk Virology. Tajuk yg sangat complicated tapi simple dan menarik. Ha macam mana tu? Huhuh... Kalau kalian rajin, silakan google dan bukak Wikipedia.. insyaAllah, tambah ilmu dapat pahala besar, kan? (^_^)
Banyak sangat benda yang nak dikongsi tapi tak terluah, tak tau nak mulakan dengan yang mana satu. InsyaAllah hujung minggu ni akan update satu per satu.
17 Mac lepas merupakan Hari Lahir salah seorang sahabat baik ana, Amiera. Wish dia lambat sikit sebab kebetulan ana pun baru habis exam waktu tu. Jadi, ana call.. Ingatkan nak call sekejap ja.. Tapi biasalah... Dah lama tak berborak... Sangat2 rindu dengan teman2 rapat waktu di CFS dulu... Sahabat2 yang banyak memberikan pengajaran dan pengalaman pada diri ini untuk improve seboleh mungkin. Boleh dikatakan sahabat DUNIA dan AKHIRAT. Susah nak jumpa sahabat2 macam ni kan? Dan ana bersyukur dan beruntung dapat mengenali mereka. Walaupun ada masa kami argue dan bergaduh sesama sendiri, (hahah~) tapi tu antara pengalaman yang takkan dilupakan... insyaAllah takkan lupa... melainkan hilang ingatan.. =)
Oh. Ada sorang junior minta ana tolong create satu cerpen mengenai Chronic Mucocutaneous Candidiosis... Ala2 sakit kulit yang sangat2 chronic. Boleh google untuk tahu dengan lebih lanjut. InsyaAllah, tengah dalam proses. Tapi perlukan masa yang lebih sebab ana perlu utamakan yang utama terlebih dahulu memandangkan ada exam lagi... Kali ni End Block Exam yang ke-3. Semoga Allah bantu dan permudahkan...
=) Kepada sahabat2ku, walau dimana jua kalian berada, jaga diri! Semoga Allah merahmati kalian dan melimpahkan segala kurniaan yang baik. Semoga kalian diberikan ketabahan dalam menghadapi segala ujian. Jika tidak di dunia, semoga kita bertemu di Syurga Allah kelak. Ameen.

Sunday, March 27, 2011
Bismillah
Assalamualaikum...
Ya Rabbi.. dah setahun tak post apa-apa dekat blog ni... Ada sebab musababnya... Asif jiddan buat follower2 sebab ana tak dapat bagi komitmen sejak setahun lalu. InsyaAllah akan mula aktif kembali... Mungkin ini yang terbaik. Wallahua'lam...
Nak minta diri untuk ke UIA. Ada Interbatch Sports competition. Nak pergi sokong sahabat2 ana...

Subscribe to:
Posts (Atom)