Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Sunday, February 21, 2010

Pencinta bertemu Pencipta


Assalamualaikum. Nama saya Babygirl. =.=
.
Babygirl dibelai dengan penuh kasih sayang sejak beberapa tahun yang lalu. Setelah selesai peperiksaan SPM, ana dan keluarga tinggal bersama abang di Penang selama beberapa minggu. Setahun yang lalu, Babygirl diperkenalkan kepada ana oleh kakak ipar. Ana mengambil keputusan untuk menumpahkan kasih sayang yang tak terhingga kepada Babygirl walaupun kakinya tempang disebabkan kenakalan yang terlampau sehinggakan kakinya terkepit di sangkarnya.

Once upon a time, I was a very fubby (fat and chubby) winter white species of hamster. =D
.
Disebabkan kesian melihatnya ke'seorang'an, abang ana belikan pasangan untuknya, yang diberikan nama Boboy. (tiada gambar)
Saya comel kan? Saya tau... =)
.
Mereka hidup bahagia bersama dan beberapa bulan yang lalu, telah melahirkan 4 ekor zuriat. Seekor mati dan alhamdulillah 3 ekor survive. 2 ekor daripadanya telah diberikan kepada ibu saudara ana. Tinggal seekor sahaja lagi yang diberikan nama Black.
.
Beberapa minggu kemudian, Babygirl melahirkan lagi 4 ekor zuriat, yang masih sangat kecil dan comel. Zuriat terkini berwarna emas, brown, white stripe grey dan white stripe brown. Ternyata Babygirl dan Boboy adalah species winter white yang ber'gene'kan heterozygous. =)
.
Setelah exam, ana meluangkan masa dengan keluarga Babygirl dan Boboy bersama abang dan isterinya yang tercinta di Kuala Lumpur. Anaknya sangat comel. Kecil lagi... Suka main 'earthquake' dengan mereka. Mulanya ingatkan nak bawa pulang ke Kuantan. Tapi tak jadi sebab kena balik naik bas.
.
Dan tadi dapat panggilan, "Babygirl, Boboy, anak-anak dia, satu family MATI kecuali Black. Mati kepanasan dalam kereta waktu abang dan Kak Rina pergi beli barang tadi"
.
Innalillahhi wa innailaihi roji'un.....
.
Sedihnya... sangat sangat sedih... Ana cuba tenangkan diri. Tarik nafas dalam-dalam... Sesungguhnya setiap sesuatu itu adalah milik Allah... dan kepada Allah jualah mereka kembali. Segalanya sudah ditetapkan di Luh Mahfuz. Perlu redha...
.
Semoga kalian semua tenang di sana... Tidur dengan aman ya sayang... ='(

No comments:

Post a Comment