Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Tuesday, November 10, 2009

Selamat Hari Melahirkan Saya Ummi!

Bismillah...Assalamualaikum...

Sekadar perkongsian idea dan pemikiran...

Di saat kita dilahirkan, tiada kata-kata yang mampu diluahkan oleh seorang ibu yang telah bersabung nyawa seakan selamanya bertarung dengan maut. Hanya kalimat syukur Alhamdulillah dapat terungkap dibibir manisnya yang telah bertukar menjadi pucat akibat kehilangan darah sewaktu melahirkan seorang manusia yang digelar anak. Kita tidak akan pernah dapat memahami penderitaan seorang ibu di saat melahirkan anaknya, hasil dari benih cinta yang suci dan hakiki lagi mulia di sisi Ilahi. Hanya seseorang yang bergelar ibu dapat memahami perasaan suka dan duka seorang ibu.

Tarikh itu telah diabadikan di dalam kad pengenalan kita semua, sebagai tanda kita dilahirkan pada hari keramat tersebut. Dan kerana itu juga, setiap manusia menyambut hari kelahiran mereka dengan penuh suka dan gembira.

Seperti biasa, setiap insan di muka bumi ini pasti akan menyambut ketibaan tarikh kelahiran mereka. Ada yang tak sabar-sabar nak dapat hadiah, maka mulalah mereka membuat wishlist agar mereka dapat apa yang diinginkan. Ada juga yang mengingatkan sahabat masing-masing agar tidak lupa akan tarikh lahir mereka. Bahkan ada yang berpesan kepada teman dan keluarga seperti berikut:-

“I want a Sony touch screen camera”

“I want a new hand phone! Much better if it is Nokia Blackberry”

“I want a brand new the bomb shoes. Pink one! “

“I would lurrvvvee to have anything that’s expensive”

“Nak hadiah! Jangan lupa tau. Kalau tak, tak nak kawan dah!”

(And the dialogues goes on and on…)

Semasa ketibaan hari lahir ana baru-baru ini, berbagai sms yang ana terima dari sahabat ana, sekadar untuk mengucapkan Happy Birthday, Selamat Hari Tua, dan sebagainya. Terima kasih kepada yang mengingati. Ana cukup menghargainya. Dan tak lupa juga kepada semua yang sudi berkorban fulus untuk membelikan hadiah untuk ana. JazakAllah…

Ana gembira. Dan ana percaya semua orang turut berbahagia tatkala hari kelahiran mereka menjelma.

Tiba-tiba, minda ana membuahkan suatu pemikiran …

Kenapa setiap kali hari kelahiran kita tiba, KITA yang menerima ucapan Selamat Hari Lahir? Kenapa KITA yang menerima berbagai jenis hadiah? Kenapa KITA? Kenapa bukan UMMI kita semua? Kenapa?

Tidakkah pada tarikh keramat yang ditabalkan sebagai ‘hari kelahiran kita’ itu merupakan tarikh yang sama IBU kita berjaya bertarung nyawa untuk melahirkan kita semua? Kenapa bukan IBU kita yang dihargai? Kenapa KITA yang perlu diberikan hadiah, bukan sebaliknya?

Mungkin kita patut menukar persepsi dan pemikiran kita yang lebih mementingkan diri sendiri… Mungkin KITA harus mula meraikan IBU kita pada hari beliau melahirkan kita. Bukan diri sendiri. Mungkin KITA yang seharusnya memberikan hadiah kepada IBU kita. Mungkin KITA patut menukar phrase Selamat Hari Lahir (sekian nama) kepada Selamat Hari Melahirkan Saya wahai Ummi.

Bukankah syurga terletak ditelapak kaki IBU?(kecuali bagi mereka yang telah bersuami). Bukankah seorang IBU yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan dan 10 hari? Bukankah seorang IBU yang telah menyalurkan nutrisi yang bermanfaat untuk kita di saat kita dikandung oleh beliau? Bukankah setiap titisan susu IBU yang kita nikmati telah memberikan kita immune yang cukup kuat untuk kita gunakan bagi melawan berbagai jenis penyakit? Tidakkah kita ingat bahawa kita akan ber’bin’ dan ber’binti’kan nama IBU kita di akhirat nanti? Bukankah tanpa pertarungan nyawa oleh seorang IBU, KITA takkan berada di muka bumi Allah SWT?

Fikir-fikirkanlah wahai sahabat sekalian. Tidakkah kita patut menghargai seorang IBU, lebih dari yang telahpun kita hargai selama ini? Kerana jasa seorang ibu takkan termampu untuk kita balas… Tidak akan pernah terbayar seumur hidup… mahupun dengan mengorbankan nyawa kita sendiri...

Sekadar buah fikiran yang ana ingin kongsikan bersama kalian. Wallahua’lam.

To UMI,

Selamat Hari Melahirkan Adik! Terima kasih tak terhingga… =') I’m glad and very much grateful that you are my one and only mother, here and hereafter. I love you so much! I'm no one without you... Hugs, kisses and love!

p/s: Post ini tiada kena mengena sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia, mahupun yang hidup segan mati tak mahu. Berdasarkan pengalaman diri sendiri semata. Tidak juga bersangkut paut dengan Hari Ibu. =)


Wassalam,

Cahaya Kegirangan Kemuliaan

No comments:

Post a Comment