Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Saturday, November 14, 2009

Epilog Tinta Da'ie

Bismillah..
Assalamualaikum wbt..

Apa khabar hati dan iman kalian?(termasuk diri sendiri juga) Ana harap semakin hari semakin bertambah, dan kita sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki hati dan iman yang kadang-kadang tercela tanpa kita sedari...InsyaAllah...

Pagi tadi ana telah menyertai sebuah program anjuran Culture & Arts Club yang diberi nama Kursus Penulisan Tinta Da'ie. Program ini telah mengundang 2 jemputan yang istimewa diberi nama Ustaz Pahrol Md. Juoi, seorang penulis novel, buku motivasi serta artikel dan Haji Muhammad Zakaria, Managing Editor Telaga Biru Sdn Bhd. Ana yakin kalian familiar dengan 2 insan ini malah kalian juga familiar dengan syarikat Telaga Biru yang telah menerbitkan buku-buku yang cukup mengubat hati kita seperti Tautan Hati, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, Nota Hati Seorang Lelaki, Majalah Solusi dan sebagainya.

Namun, ana agak terkilan kerana sekitar 50 peserta sahaja yang sudi hadir ke Rhaudatul Jannah di Lecture Hall B ini sedangkan hari ini adalah hari Sabtu bertarikh 14 November 2009. Bermakna hari ini, semua pelajar CFS IIUM tiada kelas sehingga membolehkan kalian hadir ke majlis ilmu ini. Ana musykil, di mana perginya semua bakal-bakal penulis yang berbakat? Adakah program ini kekurangan publisiti? Jawapannya tentulah tidak, kerana flyers yang ditampal di papan notis adalah 'sebesar alam' sehinggakan boleh menarik perhatian mata yang memandang!

Dan yang paling mengecewakan lagi, ana sebenarnya mengandaikan sahabat2 pemilik blog turut hadir ke majlis tersebut supaya kita sama2 dapat berkongsi ilmu dan menambahbaikkan lagi mutu penulisan kita di masa akan datang (InsyaAllah...moga orang yang berkata ni cakap serupa bikin...). Namun dari pemerhatian ana, tiada seorang pun (penulis blog yang ana kenal) hadir ke majlis tersebut.

Apakah khabarnya sahabat sekalian? Balik rumahkah? Kalau balik rumah, tak mengapa... Atau outing kah? Spend time untuk tidur kah? Atau sekadar membuat benda tak bermanfaat di bilik seperti menonton movie dan sebagainya? Kalau yang ni...masyaAllah...ana tak boleh nak kata apa lah... Ana pun tak sempurna sehinggakan boleh 'menegur' kalian... Ini sekadar buah fikiran ana yang terhasil sejak dari awal program diadakan.

Program ini mengenakan bayaran RM5, sedangkan seperti yang semua maklum, duit elaun atau scholar tak masuk-masuk lagi (sedihnya..bila nak masuk?). Ana faham keadaan ni sebab ana sedang mengalaminya seiring dengan kalian... Mungkin ada yang rasa berat nak mengeluarkan nilai sebanyak itu (banyak ke?). Tapi pada ana, memang TAK BERBALOI ana bayar RM5 kerana program ini memang TAK TERNILAI harganya!

Cuba kalian bayangkan...
-Kalian dapat bertemu dengan salah seorang penulis yang kalian kagumi
-Kalian dapat berkongsi pengalaman dengan beliau
-Kalian dapat tips2 cara menghasilkan karya yang baik daripada Managing Editor syarikat Telaga Biru
-Kalian diberikan peluang untuk menerbitkan karya kalian sendiri di Telaga Biru
-And the list goes on and on.

Cuba bandingkan ilmu yang kalian dapat dengan nilai RM5. Yang mana lebih besar? Bukan setakat ilmu, pahala juga kalian berjaya kumpulkan andai kalian menghadirinya dengan hati yang ikhlas!

Pada ana, orang yang tidak dapat menghadiri program ini tersangatlah rugi besar. Pada yang punyai sebab kukuh untuk tidak menghadiri program ini, tak mengapa. Tapi pada yang tidak menghadirinya hanya kerana alasan yang dicipta untuk mengelak daripada menghadiri program ini, sangatlah tidak patut.
Umpama kata Ustaz Pahrol Md Juoi,

"Mereka yang mencipta alasan untuk tidak menghadiri majlis ilmu, perlulah kalian bertakbir 4 kali kepadanya, yakni seumpama bertakbir ketika solat jenazah ditunaikan. Dan sesungguhnya orang yang tidak menghadiri sebarang majlis ilmu selama 40 hari, akan menjadi rosaklah 'software'nya yang paling penting iaitu hati"

Kalian renung-renungkanlah... Ana tak berniat untuk menegur sesiapa. Harap tiada yang terasa. Ana sekadar ingin berkongsi idea dang pemikiran ana. Mungkin idea ini ada yang diberikan hidayah dari Allah SWT (insyaAllah) dan mungkin ada yang dipesongkan oleh syaitan Laknatullah. Wallahua'lam.

Sekadar epilog untuk kali ini. Andai punyai kesempatan, ana akan cuba mencuri masa untuk berkongsi ilmu yang ana perolehi sepanjang program dijalankan. InsyaAllah...

Adab Belajar
-Berterusan
-Rendah diri (Tawadhu')
-Niat untuk sampaikan

"Rasa tak berilmu adalah rasa orang yang berilmu"

"Sesamar-samar tulisan adalah lebih baik dari sekuat-kuat ingatan"

"Menulis sampai syurga"

Wassalam.

Cahaya Kegirangan Kemuliaan

2 comments:

  1. Support bdak engin kat padang~
    We need to support them...
    hahahahak

    ReplyDelete
  2. https://www.blogger.com/comment.g?blogID=55827017801207585&postID=6305855724417877814&page=1

    ReplyDelete