Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Friday, November 27, 2009

A'iesya, Puteri Sultan El-Farabi

Bismillah...
Assalamualaikum wbt.

Ini merupakan karya Islamik ana yang pertama setelah beberapa purnama meninggalkan pentas penulisan kreatif. MasyaAllah...dah lama sungguh ana tak menulis novel mahupun cerpen. Serasa macam otak dah berkarat. =D Anyway, I hope you enjoy it. JazakAllah Khairan.
[InsyaAllah andai punya kesempatan waktu, ana akan garap cerpen ini dengan lebih detail dan menjadi sebuah novel... Doakan... =) ]

Publisher: http://courageofthenewborn.blogspot.com/
Author: Dr. NadF Izza
Date:27th November 2009 (created in 2 hours and 30 minutes) <---- Bahana buat research EAP =P

Title: A'iesya Sang Puteri Sultan El-Farabi
(open for suggestion from anybody)

Suasana malam itu cukup dingin... Serasa damai...namun sepi.. Di pertengahan istana mahligai Sultan Syeikh El-Farabi, terletak sebuah kamar yang dihias indah dengan perhiasan mewah kelihatan berseri menghiasi keluasannya. Di situlah tempat sang puteri anakanda Sultan beradu dan di situ jugalah tempat sang puteri meluangkan masa hidupnya..

Di malam itu, sang puteri El-Farabi, A'iesya menongkah wajah melihat sayu ke arah bulan yang menerangi malam, seolah-olah menemani dirinya yang keseorangan. Adakala nafas berat dilepaskan... Dari kamarnya, sang puteri melihat kehidupan manusia yang lain. Oh, bahagianya andai aku bisa menjadi seperti mereka, bergurau senda, bergelak ketawa, hidup mereka bebas! Tidak seperti diriku... Walaupun rupa parasku cantik jelita, punya susuk tubuh yang cukup indah hasil kurnianNya, namun aku tetap bersendirian. Tiada teman untuk berbual bicara, tiada jenaka yang menjengah telinga...Aku kesepian. Aku keseorangan!


Sang puteri mengangkat wajahnya melihat langit yang terbentang luas. Kelihatan bintang-bintang dengan bahagianya bergemerlapan sehinggakan mampu menarik perhatian setiap mata yang melihatnya.

Sudah tiba masanya aku melakukan ITU.

Berteleku di atas sejadah, sang puteri menadah tangan di depan Yang Maha Esa.

"Ya Allah... kenapakah Engkau menciptakan aku sebegini? Kenapakah Engkau membiarkan daku bersendiri? Kenapakah aku tidak bisa menjalani hidup seperti manusia biasa yang bisa bergelak ketawa dan menikmati masa muda mereka dengan bahagia? Apakah dosaku Ya Allah? Sesungguhnya Engkau yang menciptakan aku sebagai seorang puteri namun Engkau pula yang membiarkan aku terseksa keseorangan di sini" esakan kecil mula kedengaran. Pipinya yang lembut mula dibasahi air mata.


Lihatlah mereka! Lihatlah manusia yang lain! Engkau b
erikan mereka kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang hati mereka dan akal mereka inginkan. Engkau kurniakan sahaja apa yang mereka mahukan. Sedangkan merekalah yang lupa bersujud padaMu, merekalah yang lupa mensyukuri nikmatMu, merekalah yang sering mengabaikan suruhanMu, wanita di luar sana yang mendedahkan aurat yang diperintahkan olehMu untuk mereka tutupi dengan kain yang bisa memelihara maruah mereka, merekalah yang melakukan maksiat walaupun matahari yang menyinari terang sudah tenggelam menidurkan dirinya.

Namun kenapakah aku? Kenapakah aku yang perlu keseorangan? Sedangkan akulah yang beribadah kepadaMu Ya Allah... Akulah yang senantiasa berzikir memanjatkan kesyukuran kepadaMu, akulah yang tidak pernah meninggalkan suruhanMu, tubuhku lukisanMu ini tidak pernah dijamah oleh mata sesiapapun, malah akulah juga yang sentiasa berjaga sepertiga malam untuk beribadah kepadaMu"

Matanya mengalirkan air mata yang kian deras.

Apakah dosaku Ya Allah? Tidak cukup lagikah apa yang aku telah lakukan buatMu? Kenapakah aku sering diuji sebegini Ya Allah? Aku tidak mengerti... Aku tidak memahami...

Esakan sang puteri kedengaran semakin memilukan... Tiba-tiba, kedengaran alunan suara yang cukup merdu.
Siapakah itu? Dari manakah datangnya dia? Cukup merdu sekali suara jejaka itu.

Sang puteri mendengarkan bait-bait syairnya dengan begitu cermat sekali. Suara itu menyebut...

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ
Your Lord has neither forsaken you nor hated you
(Ad-Dhuha 93:3)

وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الْأُولَىٰ
And indeed the Hereafter is better for you than the present (life of this world).
(Ad-Dhuha 93:4)
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ
And verily, your Lord will give you (all i.e. good) so that you shall be well-pleased
(Ad-Dhuha 93:5)
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
And proclaim the Grace of your Lord (i.e. the Prophethood and all other Graces).
(Ad-Dhuha 93:11)
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Verily, with the hardship, there is relief
(Al-Insyirah 94:6)
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ
And to your Lord (Alone) turn (all your intentions and hopes and) your invocations
(Al-Insyirah 94:8)

Ya Allah...adakah aku bermimpi? Siapakah jejaka itu yang bisa menjawab persoalan yang berlegar di fikiranku? Bagaimanakah dia boleh menjawabnya dengan tepat menggunakan ayat-ayat cinta dariMu Ya Allah? Siapakah gerangannya? Ingin sekali aku mengenalinya... Ingin sekali aku berterima kasih padanya kerana telah menyedarkan aku akan kekhilafanku padaMu Ya Allah... Sungguh! Aku berdosa padaMu Ya Allah. Ampunilah dosaku walaupun sekecil manapun. Ampunilah aku Ya Rabbi! Astaghfirullah Al-azim... Sesungguhnya aku telah lupa menghargai apa yang telah Engkau kurniakan. Ighfir zunuubi... Ighfir zunuubi Ya Rabbi...

Suara itu sekali lagi menjengah telinga dengan menghidangkan ayat berikut,

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ َوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"
(Surah An-Nur 24:31)

Matanya menitiskan air mata lagi yang cukup hangat terasa di pipi.

Lalu A'iesya melangkah pantas ke kamar beradu ayahandanya. Dibukanya pintu yang tersergam indah itu dengan berhati-hati. Lalu dia mendekati ayahandanya dengan cermat.

"Assalamualaikum Ya Abi..."

Ayahandanya Sultan Syeikh El-Farabi terkejut melihat kehadiran anakandanya di malam yang dingin itu. Matanya kelihatan bengkak. Pasti anakandaku A'iesya menangis lagi, kata hatinya.

"Waalaikumussalam. Ya A'iesya puteriku sayang. Kenapakah anakanda menangis? Apakah yang telah mengganggu ketenteraman puteriku sayang ini? Khabarkanlah kepada ayahanda wahai anakanda puteriku"

"Wahai ayahanda. Sesungguhnya aku telah banyak berdosa kepada Allah!"

Sultan Syeikh El-Farabi begitu terkejut dengan pengakuan anakandanya. Dia menekan punat lampu untuk membiarkan cahaya menyinari kamarnya. Penatnya mentadbir negara dan menyelesaikan masalah negara masih lagi bersisa. Namun demi puteri kesayangannya yang satu ini, dia sanggup mengorbankan apa sahaja untuk menenangkan hati puterinya. Ditarik tangan lembut anaknya dan dibiarkan A'iesya bersimpuh di atas katilnya.

"Apakah yang telah kau lakukan wahai anakandaku A'iesya? Kemurkaan apakah yang telah puteriku ini terbitkan pada Allah?

"Wahai ayahanda, sesungguhnya aku malu dengan diriku. Aku telah banyak berdosa kepada Allah. Setelah solat Isya' ku sempurnakan, aku berdoa kepada Allah. Aku bertanya kenapakah Dia membiarkan aku hidup keseorangan tanpa teman sedangkan aku telah banyak beribadah kepadanya. Setelah aku menyatakan sekian dan sekian, aku terdengar seorang jejaka bersyair kepadaku, seolah-olah menjawab persoalan yang telahku ajukan pada Allah. Aku malu wahai ayahanda. Aku malu pada Allah.. dan aku malu pada jejaka itu"

"Wahai puteriku sayang, jangan bimbang. Khabarkanlah kepadaku. Apakah yang kamu inginku lakukan demi mendapatkan kembali kedamaian hatimu yang telah gelisah?"

"Wahai ayahandaku, sesungguhnya engkau adalah seorang pemerintah yang adil lagi bijaksana, malah cukup menyayangi rakyatmu sehinggakan mereka sangat mengasihimu. Aku teringin sekali berjumpa dengan jejaka itu. Inginku tahu siapakah gerangannya yang begitu dikasihi Allah"

Ayahandanya melepaskan nafas yang berat.

"Wahai puteriku sayang, sesungguhnya wajahmu terpelihara dari panahan mata yang berbisa. Aku takut jejaka itu ingin mengambil kesempatan di atas kecantikan, kebijaksanaan dan kekayaanmu. Aku tidak mahu puteriku ini hidup merana. Andai kamu menyukainya, adakah kamu mahu aku nikahkanmu dengan si jejaka itu? Namun, biarku selidiki dahulu siapakah gerangannya tuan punya badan itu dan adakah dia yang paling secocok untukmu sehingga bisa membahagiakanmu di dunia ini dan juga di syurga nanti"

Pipi A'iesya sudah kemerah-merahan menahan malu. Dia tersenyum lalu memandang ayahandanya.

"Wahai ayahandaku, andai dia seorang yang baik, alim, malah mentaati segala perintah Allah, aku sudi menerimanya. Itupun sekiranya dia muncul dalam mimpiku setelah aku menunaikan solat istikharah bagi mendapatkan petunjuk dari Yang Maha Esa"

"Baiklah anakandaku. Janganlah kau khuatir lagi. Hilangkan kegelisahanmu. Beradulah dengan lena"

"Terima kasih wahai ayahandaku. Maafkanlah anakandamu ini kerana telah mengganggu waktu rehatmu yang sangat berharga"

"Demi untukmu A'iesya, apa sahaja bisa ayahanda lakukan kerana kamulah puteri kesayanganku satu-satunya"

Siapakah jejaka itu? Adakah...?? Mungkinkah...? Mungkin dia orangnya...


********************************

Sultan Syeikh El-Farabi telah mengarahkan mamandanya untuk menyiasat siapakah gerangan jejaka itu. Dan hasilnya, mereka menjemput jejaka itu menghadap Sultan.

"Assalamualaikum wahai Sultan yang Mulia, Adil dan Saksama. Semoga tuanku dan negara senantiasa berada di bawah limpahan kurnia dan rahmat Allah SWT. Nama patik adalah Hassan Al-Alim. Rakyat biasa yang merupakan anak seorang Qadi. Patik merupakan lulusan Al-Azhar dalam bidang kedokteran, juga seorang Al-Hafiz. Kehadiran patik di sini adalah atas jemputan Tuanku yang ingin mendengar bacaan Al-Quran setelah kita pernah bertemu suatu ketika dahulu di istana Sultan Syeikh Abdeil Azhari"

SubhanAllah.. ternyata tekaanku benar! Dia adalah jejaka yang inginku nikahkan dengan puteri kesayanganku A'iesya. Dialah pemuda yang paling bagus akhlaknya, taat kepada kedua orang tuanya, seringkali beribadah kepada Yang Maha Esa. Dan yang paling penting, inginku nikahkannya dengan A'iesya kerana agamanya! AllahuAkbar... Ya Allah... andai mereka berjodoh, Engkau satukanlah mereka dengan cara yang Engkau redhai Ya Allah.

"Patik ingin memohon ampun sekiranya patik telah mencetuskan ketidak senangan hati Tuanku. Bukanlah niat patik untuk menjawab kata-kata Tuan Puteri, Tuanku. Kebetulan patik terdengar rintihannya yang cukup sayu. Lalu untuk menghilangkan kegelisahan hatinya, patik mengalunkan beberapa ayat Al-Quran yang patik kira bisa menenangkan hati Tuan Puteri. Ampunkanlah patik andai kelakuan patik itu seolah-olah menderhaka Tuanku"

Sultan Syeikh El-Farabi tersenyum. Katanya,
"Wahai pemuda, mahukah kau aku nikahkan dengan puteriku A'iesya?"

Jejaka itu terkejut mendengarkan kata-kata Sultan.
"SubhanAllah..."

Lalu Sultan Syeikh El-Farabi berkata lagi,
"Sebenarnya, kehadiranmu di sini bukanlah sekadar untuk memperdengarkan alunan bacaan Al-Quran, tetapi juga,aku berniat untuk menikahkanmu dengan satu-satunya puteriku, A'iesya. Aku telah lama mempertimbangkan soal ini, dan aku kira, kaulah jejaka ang paling layak untuk memiliki puteriku. Aku tidak memaksa kau untuk menerimanya. Cukuplah sekadar menyedapkan hatiku si tua ini dengan menyatakan yang kau akan mempertimbangkannya,"

"Sedangkan Tuanku telahpun bertitah sedemikian. Demi Allah, patik tidak mahu dianggap cuba mengambil kesempatan. Namun tidak pula patik ingin menyakiti hati Tuanku. Membicarakan soal jodoh, patik berpegang kepada hadith Rasulullah saw iaitu,

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Dari Abu Hurairah a.s dari Nabi s.a.w, baginda bersabda "Perempuan itu dinilai kerana EMPAT perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia" (Muttafaqun Alaihi)

Oleh itu, patik ingin memohon Tuanku memberikan patik sedikit waktu untuk memikirkannya. Setelah patik menunaikan solat istikharah dan mendapat petunjuk dari Allah SWT, akan patik berikan Tuanku jawapannya. InsyaAllah" jawab jejaka itu.


Di sepertiga malam A'iesya bersendirian menunaikan solat istikharah di kamarnya untuk mendapatkan petunjuk dari Allah. Begitu juga Hassan Al-Alim.




Atas kekuasaan Allah SWT yang Maha Berkuasa, keduanya terdengar alunan ayat Al-Quran yang berikut,


وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.


Alhamdulillah...




The End.

p/s: Andai ada kesilapan dalam ayat Al-Quran mahupun hadith, diharap dapat beritahu ana. Akan ana betulkan. InsyaAllah.

Cahaya Kegirangan Kemuliaan

Thursday, November 26, 2009

Salam Eidhul Adha


Ahsanul Kalam

"Wahai Puteriku, Demi Allah... Jangan engkau percaya kata-kata SEBAHAGIAN lelaki bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Bicara denganmu seperti SAHABAT dan apabila bercinta denganmu seperti teman akrab. Sebenarnya mereka BOHONG!! Jika engkau mendengar sendiri perbualan mereka, pasti engkau takut dan ngeri. Hanya ditanganmu pintu segala kebaikan dan bukan ditangan kaum lelaki." -Ali Thantawi-


Perjuangan Secebis Jihad.Terkadang Meruntun hati, Menguji rasa. Namun... Setiap kegetiran yang melanda, Renungkanlah kembali satu hakikat, Kitalah MUJAHIDAH ALLAH.. Senyum..dan menangislah hanya Kerana DIA.. La tahzan..Innallaha ma 'ana.

Apabila kita disakiti, janganlah kita bersedih.
Dalam perasaan bersedih itu, mesti ada terselitnya hikmah.
Hati kita umpama kaca, rapuh dan keras, maka semailah hati kita dgn iman dan takwa.
Keimanan menguatkan hati kita, mengatasi segala kesedihan, apabila nikmat iman dan ketakwaan, memberikan kita kemanisan tak terhingga ..

Berkorbanlah utk kebahagiaan org lain selagi boleh brtahan
Jika kita sanggup berkorban perasaan semata-mata menjaga hati kawan,
InsyaAllah, akan dibalas dgn ganjaran yg brnilai berkali2 gnda dr yg kita korbankan
(pegangan diri sendiri)

"Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan kerana demikianlah hidup ini diciptakan."
-Imam Syafi'e-

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
Yang mencipta segalanya,
Yang menimpakan ujian,
Yang menjadikan sakit hatimu,
Yang membuat keinginanmu terhalang,
Serta menyusahkan hidupmu,
Pasti akan damailah hatimu...
Kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,
Retaknya hatimu,
Tapi mungkin itulah yang Allah mahukan
Kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan akrab denganNya...


"Beruntunglah ketika orang yang diberi nikmat dia bersyukur, ketika ditimpa musibah dia bersabar, ketika berbuat dosa dia meminta keampunan, ketika marah dia bermurah hati dan ketika menghukum dia berlaku adil"
( Dr Aidh Abdullah Al-Qarni )

Hidup ini susah untuk diduga.. kadang2 kita rasa dekat sangat dengan seseorang itu tapi sebenarnya jauh,
Walaupun kita dapat melihat senyuman manis dia tapi belum tentu hati dia kita dapat selami..
Mungkin kadang2 kita dapat tengok dia ketawa tapi kita tak tahu apa makna disebalik senyumannya..
Bila dia menangis kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya,walhal kehadiran kita langsung tak disenangi..
Rencah dunia, kita takkan tahu siapa kawan & siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita akan jatuh..
Adakah tangan itu menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkan..
ALLAH Maha Mengetahui..


Mendamba cinta dalam suJud nan Suci...
nyayian zikrullah mendamaikan hati...
syair azan sentiasa dirindui....
merimbunlah keimanan di taman hati...
moga kasih Allah bersamamu selalu...

Orang yang jatuh gagal berkali-kali sebelum berjaya lebih tinggi kualitinya daripada orang yang mudah mendapat kejayaan tanpa ada halangan kerana orang yang gagal berkali-kali sebelum berjaya itu telah merasai betapa peritnya untuk menggenggam sebuah kejayaan dan pasti akan menghargai kejayaan yang diperolehinya......

Tawaduk bukan bererti lemah,
Tegas bukan bererti kasar,
Beralah bukan bererti kalah,
Kalah bukan bererti salah,
Menang bukan bererti menang......

Jangan sekali-kali menyesali takdirmu kerana mungkin Allah swt sengaja mentakdirkan begitu supaya Dia mempunyai sebab untuk melimpahkan pahala sabar padamu. Akhirnya, mungkin pahala sabar itu nanti akan memimpinmu ke darjat yang tinggi di syurga dan dianugerahi pasangan yang lebih baik di sana...


~Edited by Nad Izza~

Saturday, November 21, 2009

Padah Bersahabat

Sedih kan(?) apabila yang dikasihi itu, terpaksa kita biarkan berlalu pergi hanya kerana kita takut menyakitinya lagi? Seolah-olah diluah mati mak, ditelan mati bapak.
.
Sebab tu ana kata jangan berkawan dengan ana. Ana takut menyakiti orang lain. And I should have realise that at the first place. I shouldn't be anybody's friend. *big sigh*
.
Kepada yang berkenaan, ana nak mintak maaf tahap petala infinity (bukan trinity). Jika berputus sahabat adalah yang terbaik, walaupun hanya memberikan kebaikan 0.00001% lebih daripada keburukan, ana redha (ke?) melepaskan. Walaupun sebenarnya, dengan mengguris hatimu, ana turut merasai lukanya...malah lebih dalam daripada yang dapat dirimu rasai..
.
But believe me, my voice doesn't follow what my heart says. So you know.
.
Wassalam.
.
Cahaya Kegirangan (sekarang sedang kesedihan) Kemuliaan (muliakah?)
-
-
-
-
-
)"=

Tuesday, November 17, 2009

Innalillahhiwainna Ilaihi Rajiun

Bismillah...

Takziah diucapkan kepada kakak saudara ana di atas pemergian suaminya (jodoh selama setahun setengah) ke Rahmatullah pada pagi semalam. Jenazah telah selamat dikebumikan pada pukul 12.00 tengah mlm tadi. Sesungguhnya yang hidup itu pasti akan merasai kesakitan Sakratul Maut untuk menghadap Maha Pencipta. Diharap Kak Ana dan keluarga tabah dan bersabar menghadapi ujian Allah.

="(

Betapakah jodoh terkadang-kadang singkat dari yang kita harapkan dan sangkakan.

Saturday, November 14, 2009

Epilog Tinta Da'ie

Bismillah..
Assalamualaikum wbt..

Apa khabar hati dan iman kalian?(termasuk diri sendiri juga) Ana harap semakin hari semakin bertambah, dan kita sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki hati dan iman yang kadang-kadang tercela tanpa kita sedari...InsyaAllah...

Pagi tadi ana telah menyertai sebuah program anjuran Culture & Arts Club yang diberi nama Kursus Penulisan Tinta Da'ie. Program ini telah mengundang 2 jemputan yang istimewa diberi nama Ustaz Pahrol Md. Juoi, seorang penulis novel, buku motivasi serta artikel dan Haji Muhammad Zakaria, Managing Editor Telaga Biru Sdn Bhd. Ana yakin kalian familiar dengan 2 insan ini malah kalian juga familiar dengan syarikat Telaga Biru yang telah menerbitkan buku-buku yang cukup mengubat hati kita seperti Tautan Hati, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, Nota Hati Seorang Lelaki, Majalah Solusi dan sebagainya.

Namun, ana agak terkilan kerana sekitar 50 peserta sahaja yang sudi hadir ke Rhaudatul Jannah di Lecture Hall B ini sedangkan hari ini adalah hari Sabtu bertarikh 14 November 2009. Bermakna hari ini, semua pelajar CFS IIUM tiada kelas sehingga membolehkan kalian hadir ke majlis ilmu ini. Ana musykil, di mana perginya semua bakal-bakal penulis yang berbakat? Adakah program ini kekurangan publisiti? Jawapannya tentulah tidak, kerana flyers yang ditampal di papan notis adalah 'sebesar alam' sehinggakan boleh menarik perhatian mata yang memandang!

Dan yang paling mengecewakan lagi, ana sebenarnya mengandaikan sahabat2 pemilik blog turut hadir ke majlis tersebut supaya kita sama2 dapat berkongsi ilmu dan menambahbaikkan lagi mutu penulisan kita di masa akan datang (InsyaAllah...moga orang yang berkata ni cakap serupa bikin...). Namun dari pemerhatian ana, tiada seorang pun (penulis blog yang ana kenal) hadir ke majlis tersebut.

Apakah khabarnya sahabat sekalian? Balik rumahkah? Kalau balik rumah, tak mengapa... Atau outing kah? Spend time untuk tidur kah? Atau sekadar membuat benda tak bermanfaat di bilik seperti menonton movie dan sebagainya? Kalau yang ni...masyaAllah...ana tak boleh nak kata apa lah... Ana pun tak sempurna sehinggakan boleh 'menegur' kalian... Ini sekadar buah fikiran ana yang terhasil sejak dari awal program diadakan.

Program ini mengenakan bayaran RM5, sedangkan seperti yang semua maklum, duit elaun atau scholar tak masuk-masuk lagi (sedihnya..bila nak masuk?). Ana faham keadaan ni sebab ana sedang mengalaminya seiring dengan kalian... Mungkin ada yang rasa berat nak mengeluarkan nilai sebanyak itu (banyak ke?). Tapi pada ana, memang TAK BERBALOI ana bayar RM5 kerana program ini memang TAK TERNILAI harganya!

Cuba kalian bayangkan...
-Kalian dapat bertemu dengan salah seorang penulis yang kalian kagumi
-Kalian dapat berkongsi pengalaman dengan beliau
-Kalian dapat tips2 cara menghasilkan karya yang baik daripada Managing Editor syarikat Telaga Biru
-Kalian diberikan peluang untuk menerbitkan karya kalian sendiri di Telaga Biru
-And the list goes on and on.

Cuba bandingkan ilmu yang kalian dapat dengan nilai RM5. Yang mana lebih besar? Bukan setakat ilmu, pahala juga kalian berjaya kumpulkan andai kalian menghadirinya dengan hati yang ikhlas!

Pada ana, orang yang tidak dapat menghadiri program ini tersangatlah rugi besar. Pada yang punyai sebab kukuh untuk tidak menghadiri program ini, tak mengapa. Tapi pada yang tidak menghadirinya hanya kerana alasan yang dicipta untuk mengelak daripada menghadiri program ini, sangatlah tidak patut.
Umpama kata Ustaz Pahrol Md Juoi,

"Mereka yang mencipta alasan untuk tidak menghadiri majlis ilmu, perlulah kalian bertakbir 4 kali kepadanya, yakni seumpama bertakbir ketika solat jenazah ditunaikan. Dan sesungguhnya orang yang tidak menghadiri sebarang majlis ilmu selama 40 hari, akan menjadi rosaklah 'software'nya yang paling penting iaitu hati"

Kalian renung-renungkanlah... Ana tak berniat untuk menegur sesiapa. Harap tiada yang terasa. Ana sekadar ingin berkongsi idea dang pemikiran ana. Mungkin idea ini ada yang diberikan hidayah dari Allah SWT (insyaAllah) dan mungkin ada yang dipesongkan oleh syaitan Laknatullah. Wallahua'lam.

Sekadar epilog untuk kali ini. Andai punyai kesempatan, ana akan cuba mencuri masa untuk berkongsi ilmu yang ana perolehi sepanjang program dijalankan. InsyaAllah...

Adab Belajar
-Berterusan
-Rendah diri (Tawadhu')
-Niat untuk sampaikan

"Rasa tak berilmu adalah rasa orang yang berilmu"

"Sesamar-samar tulisan adalah lebih baik dari sekuat-kuat ingatan"

"Menulis sampai syurga"

Wassalam.

Cahaya Kegirangan Kemuliaan

Wednesday, November 11, 2009

Balada Palestin feat Demascus

Album: Angkat Mikrofon Vol. 1
Artis: 5FORTY2 (7 members including 4 ex-IIUMian)
Title: Balada Palestin feat Demascus

Untuk palestin dalam cengkaman zionis, Tertuduh teroris tanyalah statistik

Siapa yang mati Siapa yang sadis, Siapa iblis cari pasal tak habis-habis

(x 2)


Cuba bayangkan kita duduk rehat

Kat ruang tamu rumah tangah lepak-lepak

Pastu datang sekumpulan orang

Yang tak kita kenal

Namanya tak terhafal, masuk rumah buat hal

Dia terus mengaku rumah milik dia

Ntah datang dari mana mengaku ikut suka

Selamba dia lepak... usik itu ini

Semua barang kita...buat harta sendiri

Pastu makin lama makin ramai datang

Ceroboh tiap pelusuk rumah sampai penuh

Bila kita cuba usir diorang mula melawan

Kita dituduh ganggu hak diorang untuk aman

Memang tak masuk akal!

Tapi itu yang jadi

Itulah Palestin tuan rumah dizalimi


Bangkitlah bangkit Seruan kebenaran

Bisik berbisik Sampaikanlah pesanan

Rempuh si zalim Janganlah dibiarkan

Walau menitis darah-darah perjuangan


Bang bang boom bukan bunnyi bunga api

Takda warna-warni bukan sambut Aidilfitri

Zionis datang lagi bingitkan malam sunyi

Percikan merah kat dinding selubungi diri

dan memori pikir camna nak lari

Sembunyi anak kecil fobia dengar bunyi

Yang lain tengok pastu sambung bergembira

Hanya bersuara cam guruh kat udara

Rintihan demi rintihan jadi rentetan

Celoreng askar setan igauan mengerikan

Nilah jadi bila Islam hanya fantasi

Nak lawan susah Zionis realiti

Rasa kita seketika buat sementara

Rasa diorang kekal, selamanya

Apa lagi nak cari apa lagi kita selongkar

Nak cari dalam laci semangat yang membakar??


Bangkitlah bangkit Seruan kebenaran

Bisik berbisik Sampaikanlah pesanan

Rempuh si zalim Janganlah dibiarkan

Walau menitis darah-darah perjuangan


Tiada satu darah insan yang gratis

Lihat peperangan egois Zionis

Satu demi satu jiwa diratah kejam

Hari demi hari hidup rasa terancam

Derita tak reda hidup terus tertindas

Das demi das halang erti bebas

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Membatukan hati terus membisu

Mana suara dunia tak kira apa bangsa

Ada mangsa kat sana tunggu nasibnya dibela

Jangan biarkan palestin hidup keseorangan

Atas nama kemanusiaan dan keadilan

Kematian ribuan bukan hanya angka

Tapi ujian pada semua agar bersuara

Kelak bila disoal apa bentuk sumbangan

Pandai-pandailah nak jawab soalan depan Tuhan


Bangkitlah bangkit Seruan kebenaran

Bisik berbisik Sampaikanlah pesanan

Rempuh si zalim Janganlah dibiarkan

Walau menitis darah-darah perjuangan

(x 2)


p/s: Maaf andai bahasa yang digunakan agak kasar. =)


Tuesday, November 10, 2009

Selamat Hari Melahirkan Saya Ummi!

Bismillah...Assalamualaikum...

Sekadar perkongsian idea dan pemikiran...

Di saat kita dilahirkan, tiada kata-kata yang mampu diluahkan oleh seorang ibu yang telah bersabung nyawa seakan selamanya bertarung dengan maut. Hanya kalimat syukur Alhamdulillah dapat terungkap dibibir manisnya yang telah bertukar menjadi pucat akibat kehilangan darah sewaktu melahirkan seorang manusia yang digelar anak. Kita tidak akan pernah dapat memahami penderitaan seorang ibu di saat melahirkan anaknya, hasil dari benih cinta yang suci dan hakiki lagi mulia di sisi Ilahi. Hanya seseorang yang bergelar ibu dapat memahami perasaan suka dan duka seorang ibu.

Tarikh itu telah diabadikan di dalam kad pengenalan kita semua, sebagai tanda kita dilahirkan pada hari keramat tersebut. Dan kerana itu juga, setiap manusia menyambut hari kelahiran mereka dengan penuh suka dan gembira.

Seperti biasa, setiap insan di muka bumi ini pasti akan menyambut ketibaan tarikh kelahiran mereka. Ada yang tak sabar-sabar nak dapat hadiah, maka mulalah mereka membuat wishlist agar mereka dapat apa yang diinginkan. Ada juga yang mengingatkan sahabat masing-masing agar tidak lupa akan tarikh lahir mereka. Bahkan ada yang berpesan kepada teman dan keluarga seperti berikut:-

“I want a Sony touch screen camera”

“I want a new hand phone! Much better if it is Nokia Blackberry”

“I want a brand new the bomb shoes. Pink one! “

“I would lurrvvvee to have anything that’s expensive”

“Nak hadiah! Jangan lupa tau. Kalau tak, tak nak kawan dah!”

(And the dialogues goes on and on…)

Semasa ketibaan hari lahir ana baru-baru ini, berbagai sms yang ana terima dari sahabat ana, sekadar untuk mengucapkan Happy Birthday, Selamat Hari Tua, dan sebagainya. Terima kasih kepada yang mengingati. Ana cukup menghargainya. Dan tak lupa juga kepada semua yang sudi berkorban fulus untuk membelikan hadiah untuk ana. JazakAllah…

Ana gembira. Dan ana percaya semua orang turut berbahagia tatkala hari kelahiran mereka menjelma.

Tiba-tiba, minda ana membuahkan suatu pemikiran …

Kenapa setiap kali hari kelahiran kita tiba, KITA yang menerima ucapan Selamat Hari Lahir? Kenapa KITA yang menerima berbagai jenis hadiah? Kenapa KITA? Kenapa bukan UMMI kita semua? Kenapa?

Tidakkah pada tarikh keramat yang ditabalkan sebagai ‘hari kelahiran kita’ itu merupakan tarikh yang sama IBU kita berjaya bertarung nyawa untuk melahirkan kita semua? Kenapa bukan IBU kita yang dihargai? Kenapa KITA yang perlu diberikan hadiah, bukan sebaliknya?

Mungkin kita patut menukar persepsi dan pemikiran kita yang lebih mementingkan diri sendiri… Mungkin KITA harus mula meraikan IBU kita pada hari beliau melahirkan kita. Bukan diri sendiri. Mungkin KITA yang seharusnya memberikan hadiah kepada IBU kita. Mungkin KITA patut menukar phrase Selamat Hari Lahir (sekian nama) kepada Selamat Hari Melahirkan Saya wahai Ummi.

Bukankah syurga terletak ditelapak kaki IBU?(kecuali bagi mereka yang telah bersuami). Bukankah seorang IBU yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan dan 10 hari? Bukankah seorang IBU yang telah menyalurkan nutrisi yang bermanfaat untuk kita di saat kita dikandung oleh beliau? Bukankah setiap titisan susu IBU yang kita nikmati telah memberikan kita immune yang cukup kuat untuk kita gunakan bagi melawan berbagai jenis penyakit? Tidakkah kita ingat bahawa kita akan ber’bin’ dan ber’binti’kan nama IBU kita di akhirat nanti? Bukankah tanpa pertarungan nyawa oleh seorang IBU, KITA takkan berada di muka bumi Allah SWT?

Fikir-fikirkanlah wahai sahabat sekalian. Tidakkah kita patut menghargai seorang IBU, lebih dari yang telahpun kita hargai selama ini? Kerana jasa seorang ibu takkan termampu untuk kita balas… Tidak akan pernah terbayar seumur hidup… mahupun dengan mengorbankan nyawa kita sendiri...

Sekadar buah fikiran yang ana ingin kongsikan bersama kalian. Wallahua’lam.

To UMI,

Selamat Hari Melahirkan Adik! Terima kasih tak terhingga… =') I’m glad and very much grateful that you are my one and only mother, here and hereafter. I love you so much! I'm no one without you... Hugs, kisses and love!

p/s: Post ini tiada kena mengena sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia, mahupun yang hidup segan mati tak mahu. Berdasarkan pengalaman diri sendiri semata. Tidak juga bersangkut paut dengan Hari Ibu. =)


Wassalam,

Cahaya Kegirangan Kemuliaan

Monday, November 9, 2009

Misery

People are moving forward..wayyyy ahead...

But why I'm not? Felt like living in a sin-full dustbin. Never felt as empty and as miserable as this. Why? I just have no idea.

Fullstop.

p/s: SOS.