Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Wednesday, August 24, 2011

KEMPEN MEROKOK.

Salam'alaykum wbt.

Ya. Tajuk itu telah ditaip menggunakan CAPITAL LETTER atau HURUF BESAR untuk menunjukkan betapa serius, tegas dan tegarnya ana sebagai seorang ANTI-SMOKING dan ANTI-SMOKER.

Al-kisahnya...... Alhamdulillah, hari ni, kami sekeluarga telah berbuka puasa di luar untuk menyambut ketibaan Syeikh Ameer Saab (ayah) yang baru sahaja tangguh jemaah 40 hari selain ulang tahun kelahiran ayahanda tercinta. Mengambil keputusan untuk berbuka puasa di Tanjung Lumpur setelah sekian lama tidak makan di luar, ummi dan ayah tumpas dan cair dengan pujuk rayu 2 orang anak gadis kesayangan mereka.... Ana dan kakak ana la.. (^_^) Kami berbuka puasa di Restoran Tanpa Nama (Baca: Anonymous, Unnamed, tak nak letak nama yang sebenar). Lalu ditakdirkan kami duduk di sebelah meja kaum Adam kesemuanya. Allah... waktu tu dah rasa tak best dah. Tapi ummi ayah kata, takpa, mereka tolong lindungkan... *hearts* Kami pun menjamu selera di sana... Memesan ikan bakar, ikan masak sweet sour, tomyam campur, sayur campur, dan udang celup tepung. Tu menu yang kakak ana la nak... Dia teringin makan makanan tu. Jadi order ja la.... Alhamdulillah... semuanya sedap2 belaka... Allah yang bagi rezeki makan makanan sedap... =)



Setelah azan berkumandang dan kami berbuka puasa, belum sempat melicinkan segala pinggan yang ada, kaum Adam ini mula MEROKOK di situ. Bukan seorang, tapi EMPAT orang. Dengan kedudukan meja mereka yang dekat dengan kipas, boleh kalian bayangkan betapa ramai yang TERPAKSA menghidu dan menghirup udara TIDAK SEGAR dan yang dah TERCEMAR dengan bakteria serta racun yang mereka isap itu?? Ana pun 'berasap' juga... Dalam hati berkata, "Agak-agak la bro kalau nak merokok kat sini pun. Dah la tempat awam, orang tengah makan kot? Baru sudah berbuka puasa. rokok jugak yang dicarinya!"


Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

Baiklah. Sabar... Sabar... Aku sedang berpuasa... Eh silap, aku sedang berbuka puasa.


Dahi dikerutkan, mata menjeling tajam. Salah seorang dah perasan yang ana tidak selesa mereka merokok di situ. Ummi dan kakak ana pun tak selesa. Sebab kami memang tak boleh menghidu asap rokok. Pening dan tidak suka! Ana belum pun sempat menghabiskan makanan. Terus putus selera. Lalu terus membasuh tangan dan mengambil 2-3 helai tisu untuk menutup hidung yang memang sudah tersedia tertutup! Mereka perasan tapi masih berlagak TIDAK TAHU. Itu yang membuatkan ana bertambah panas dan hati semakin membara. Geram sungguh. Tapi ana rasa iman lemah sangat... Kerana ana hanya mampu menegur dan membenci di dalam hati... Ana tak mampu untuk mengeluarkan kata-kata dan menegur mereka. Patutnya ana tegur... Kerana apa? Terang-terang mereka memberikan mudharat pada orang lain... Tapi yang paling utama, mereka memberikan mudharat pada DIRI SENDIRI.

Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.


Terus terang ana katakan, sungguh ana tidak dapat membendung kebencian dan kemarahan di dalam hati ini pabila melihat mereka seronok menyedut asap yang tidak mengenyangkan itu dan sedap pula menghembuskannya keluar lalu dibiarkan orang lain yang tidak berkait dengan mereka secara tidak langsung menjadi passive second hand smoker. Ini TIDAK ADIL. Rasanya sudah ramai yang tahu dan belajar akan bahaya menjadi perokok mahupun menjadi perokok pasif. Tindakan yang mereka ambil ini dengan merokok di tempat awam sungguh MEMENTINGKAN DIRI mereka sendiri. Secara jujur, ana TIDAK MEMBENCI orang yang merokok itu tapi ana MEMBENCI perbuatan mereka dengan merokok di sana sini.

Maaf, ini adalah pandangan peribadi seorang hamba Allah yang masih lemah iman dan tiada daya. Tapi pada ana, walau setinggi mana pendidikan dan jawatan seseorang itu, jika dia MEROKOK, dia tetap seorang yang low educated kerana dia masih tak dapat memahami bahawa merokok itu MEMBAHAYAKAN diri dan orang lain. As simple as that, tapi masih tak boleh faham dan ambil tindakan sewajarnya. Maaf, ini pandangan peribadi... Maaf andai ada yang terasa... Maaf sangat sangat... Tapi cuba kalian fikirkan. Jika kita melarang kanak-kanak daripada melakukan perkara yang merbahaya, majoriti akan akur dan cuba sedaya upaya untuk mengelak demi keselamatan diri. Dalam isu ini, para perokok terdiri daripada golongan yang dewasa, waras akal fikirannya, tau membezakan yang haq dan batil. Tapi masih tidak faham? Masih tidak mahu akur? Sungguh pelik. =)


Ada yang memberi alasan, "Alaa, biasa laa.. dah nama pun umat akhir zaman. Tu hat perempuan tu wajib pakai tudung, ramai jugak yang tak pakai. Hat laki perempuan dok couple siap jalan pegang tangan. Tu depan orang.. Belakang orang tak tau la depa buat apa lagi. Haram tu.. Harammm... Akhir zaman biasa la kalau ramai yang ingkar perintah Allah. Nak buat macam mana lagi? Biaq pi la kat depa nak buat lagu mana pun. Yang hang nak sibuk-sibuk tu pasai pa? Tok sah cara la..."

Disebabkan umat akhir zaman ni la kena perlu saling tegur menegur antara satu sama lain. Dengan syarat, tegur dengan cara yang BERHEMAH. Kerana kita tidak mahu menjadi punca orang semakin JAUH daripada agama Allah, bukan? Tegur dengan perkataan yang baik dan nada yang tidak memaki hamun itu adalah penting. Kalau bagi nasihat bagus mana pun tapi memaki hamun orang, takda makna jugak. Orang makin lari ada la.



Hadith dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud : “Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.” (Riwayat Muslim).

Masih tidak mahu endah? Merokok itu HARAM hukumnya. Betul... Ana tak tipu, apatah lagi mengada-adakan hukum... Tak percaya? Ini buktinya. Boleh klik pada ayat tersebut untuk pergi pada laman web e-fatwa.


Sudah 16 tahun lamanya fatwa ini dikeluarkan. Tetapi ulang tahun ke-16 ini akan terus disambut dengan begitu dingin sekali kerana rata-rata masih ramai orang Islam khasnya tidak mengetahui atau buat-buat tidak tahu tentang kewujudan fatwa ini. Malah, tabiat merokok semakin berleluasa walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk membasmi tabiat ini. Kedinginan hebahan fatwa ini perlu diperbaiki segera sekiranya orang-orang Islam khasnya yang perihatin tentang kedudukan ummah terutama sekali di kalangan kaum remaja. Sayang sekali. Sayang seribu kali sayang...


Bulan Ramadhan, bulan tarbiyah yang amat baik, tidak seharusnya berlalu begitu saja tanpa sebarang kesungguhan untuk penagih rokok mengambil kesempatan bulan yang penuh berkat ini supaya berhenti daripada satu bentuk kemungkaran iaitu pembaziran sekurang-kurangnya. Duit yang mereka 'bakar' itu jika disalurkan pada tempat dan orang yang betul, pasti lebih banyak manfaatnya. Palestine, Afghanistan, Somalia malahan di Malaysia juga, masih terdapat golongan yang lebih memerlukan wang yang di'bakar' oleh perokok. Ada juga yang tidak segan silu untuk membeli rokok tapi cukup LIAT untuk memberikan sadaqah. Bukankah sadaqah itu amalan yang mulia dan ganjarannya sangatlah besar di sisi Allah. Rugi... Rugi... Sangat rugi! Ramai yang menilai dengan apa yang mereka dapat lihat... Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah. Allahhuakbar...

Ana sangat-sangat berharap bilangan perokok semakin menurun. Tapi harapan ini hanya tinggal harapan kerana tidak mudah untuk kita perbaiki sikap seseorang melainkan dia berusaha ingin memperbaiki diri sendiri. Semoga Allah membantu penagih rokok di luar sana yang ingin berhenti merokok. Semoga dipermudahkan dan diberikan kekuatan untuk menempuhi cabaran yang bakal mendatang demi menggapai keredhaan Yang Maha Esa. InsyaAllah, Ameen.

Wallahua'lam.
Wassalam.


*Pelayan restoran tu pun membersihkan meja SAMBIL MEROKOK jugak. Bertambah hangin! Kami pulang secepat mungkin. Dua sebab: Nak solat dan nak ELAK semburan RACUN-RACUN itu.

*Berniat untuk membuat flyers dan bawa flyers MENUTUP AURAT SEMPURNA dan ANTI-MEROKOK. Akan disediakan dan diletakkan di dalam beg, di bawa ke mana-mana sahaja. Kalau ada yang 'tertangkap', selamat berdarah telinga untuk mendengarkan kata-kata 'nasihat' daripada ana. Kali ini betul-betul TEKAD.

*Sedang mencari button badges "ANTI-SMOKING" atau "ANTI-SMOKER" untuk dipakai ke mana-mana sahaja. Kalau ada sesiapa pernah jumpa, mohon beritahu ya. Nak beli. JazakAllah hukhairan kathira.



You have your rights to voice out how much you HATES SMOKING. Jangan segan silu untuk menegur perokok jika mereka merokok di depan anda dan mengganggu pernafasan anda. Anda berhak untuk menegur dan menyaman mereka jika anda mahu. Tindakan itu sangat DISOKONG supaya perokok-perokok ini sedar betapa ramai orang yang BENCI perokok.
(Kelakuannya, bukan pelakunya.)

3 comments:

  1. There was once I asked my Malay friend, a girl:
    There are lot's of girl having smoking boyfriend, don't they care?

    She answered:
    Well, they can't do much about it.

    Then I asked again:
    Many guys are smoking, did the Quran mentioned anything about smoking?

    She answered:
    Well, nothing bad, only that they can't get the reward that is prepared for them. If they don't smoke, then they will get the reward when they are in heaven.

    Is this true?

    ReplyDelete
  2. Hi Mr.Gan. It's really nice to see you here... (^_^)

    Well, according to what you friend said, the term in Islam is "Makruh", which means, if a person do certain things, the person wont get the reward or be punished, while if the person didnt do certain things, he/she will get the reward for abstaining from it.

    Many Muslim scholars do have different opinions about smoking... Is it makruh or haram... But then again, great scholars always stated that Muslims should not smoke because it will harm our body. As we all know, long term effects of smoking are lung cancer, mouth cancer and etc.

    In the Quran, Allah didnt directly mentioned that someone should not smoke because 1400 years ago, no one ever created cigars or tobacco. But during those days, many people consume alcoholic drinks (arak)and also they practice gambling in their daily lives. So, Allah SWT did mentioned about alcohol and gambling in the Quran in Surah Al-Baqarah verse 219,

    "They ask you about wine and gambling. Say, "In them is great sin and [yet, some] benefit for people. But their sin is greater than their benefit." And they ask you what they should spend. Say, "The excess [beyond needs]." Thus Allah makes clear to you the verses [of revelation] that you might give thought."

    And also in Surah Al-Maidah verse 90-91,

    "O you who have believed, indeed, intoxicants, gambling, [sacrificing on] stone alters [to other than Allah ], and divining arrows are but defilement from the work of Satan, so avoid it that you may be successful." "Satan only wants to cause between you animosity and hatred through intoxicants and gambling and to avert you from the remembrance of Allah and from prayer. So will you not desist?"

    Allah SWT stated about this two things in Quran because Allah wants to warn us bout bad things that we should avoid in life. Back about smoking, Allah didnt mentioned directly about it. BUT, Allah did mentioned in Surah Al-Baqarah verse 195,

    "And spend in the way of Allah and do not throw [yourselves] with your [own] hands into destruction [by refraining]. And do good; indeed, Allah loves the doers of good."

    So. from this verse in Quran, eventhough there's no one smoking 1400 years ago, Allah is of All-Knowing. He indirectly warn us about bad things that we should avoid and we should believe that smoking is one of it.

    So, clearly someone should avoid from smoking because the harm that it may cause is much greater than benefit. Scientifically, smoking have been proven to cause bad effects to a persons' body and also may cause harm to other people's body as well. So, why should a person choose to pleasure himself with something that only give little benefit? If he/she avoids it, it is much better for the person and people around him... =)

    ReplyDelete
  3. Saya pun benci rokok. Kalu ade jumpe button badges anti rokok tu inform la sy juge ye. Saya juge berminat. Bole emel sy kat nuryatee_7294@rocketmail.com
    :) :)

    ReplyDelete