Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Sunday, July 3, 2011

Love Doctor

Salam'alaykum wbt...

Love Doctor = Doktor Cinta?

Alhamdulillah... Masih lagi bernafas di bumi Allah malah dalam keadaan yang masih diberi nikmat sihat jasad, fikiran dan iman. Ameen. Buat kesekian kalinya ana update blog ni. Ya, hari ini ana akan berbicara mengenai Love Doctor. BUKAN Doktor Cinta TAPI Cintailah Doktor! =D

Ana masih lagi bercuti sekarang ni... malah akan terus bercuti sehingga bulan September insyaAllah. Memandangkan cuti kali ni agak lama (terlampau lama rasanya. uhuh..) berbanding kebiasaannya (selalunya sekitar 10 hari ja), ana mati kutu, tak tahu nak buat apa... walaupun sebenarnya banyak ja benda yang ana boleh buat...=) Sahabat ana ada yang bekerja (alasan ana: umi ayah tak bagi), ada yang melancong (alasan ana: tak mau manfaatkan fulus untuk ber'enjoy') malah ada yang tak buat apa (alasan ana: err... entah).


Maka ana membuat keputusan untuk mengulangkaji pelajaran. YA. Kalian tidak silap baca mahupun rabun mata. Dengan ini ana mengisytiharkan, ana sedang mengulangkaji pelajaran di rumah. T_T


InsyaAllah... banyak manfaatnya. Memandangkan akhir tahun 2 nanti ana perlu menghadapi Professional Exam, maka ana rasa sangatlah wajar untuk ana mengulangkaji pelajaran di saat ini. Bukan kerana itu saja sebabnya mengapa ana mengambil keputusan untuk mengulangkaji pelajaran... Mungkin juga kerana tak biasa bercuti panjang... Makanya bila cuti lebih dari 2 minggu, secara automatik ana mula study balik sebab dah terbiasa dengan habit macam tu. Tak salah kan? (^_^)


"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal solih dan saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam (menetapi) kesabaran"
(ShadaqaAllah hul azim-All that Allah had said is True)

Dari Surah apakah ini?

Surah yang semua orang sangat familiar... Surah Al-Asr (103: 1-3). Surah ini malah menyokong kuat tindakan ana untuk mengulangkaji pelajaran memandangkan ana mempunyai masa untuk berbuat sedemikian. Jika ana membazirkan masa yang Allah berikan pada ana dengan begitu sahaja, kan ana rugi! Makanya... Jom study! Hehee...

Buat masa ini, ana sedang membaca, memahami dan menghafal kembali topik Lower Limb subjek Anatomy. Ya... bila belajar balik waktu cuti ni, barulah sedar sebenarnya mereka ini (read: subjek medik) tidaklah sesusah yang ana fikirkan selama ni... Hihiii... InsyaAllah... bila kita belajar balik apa yang kita pernah belajar, insyaAllah semakin bertambah kefahaman kita mengenai subjek tersebut malah bertambah bersyukur kita dan terkagum dengan kebesaran Allah! (^_^)


Jadi apa kaitannya semua ini dengan Love Doctor aka Cintailah Doktor?

Love Doctor sebenarnya slogan yang ana gunakan buat diri sendiri untuk meningkatkan motivasi yang sememangnya ada dalam diri. Ada ketika, ana rasa...

"Ya Allah, susahnya jadi student medic. Kalau ambil kos lain (engineering ka...) mungkin tak sesusah ini"
=)

Ya, ana pernah berkata begitu pada diri sendiri waktu mula-mula bergelar "The Pelajar Medic". Tapi sekarang, insyaAllah tidak... Setakat ni, Allah paling menguji ana dengan masalah emosi atau stress. Alhamdulillah masih lagi stabil segala neuron yang ada dalam brain ini. =) Walau apa jua rintangan dan cabaran serta liku kehidupan yang ana perlu lalui demi menggapai cita-cita untuk bergelar seorang doktor, ana sedia berhadapan dengannya. InsyaAllah! Asalkan sentiasa berada disampingNya dan mendapat kekuatan yang dibekalkan olehNya, ana pasti dapat berdepan dengan segala ujian yang telah dan bakal melanda.

Allah bagi kita sesuatu keadaan yang susah supaya kita belajar melaluinya, ambil ibrah atas kejadian yang berlaku. Begitu juga ana belajar medic, insyaAllah Allah akan permudahkan urusan. Kerana keberadaan ana di tahap ini adalah dengan izinNya. Kalau tidak, usahalah macam manapun, andai rezeki ana berada di tempat lain, maka di tempat lain itulah yang ana akan dapat rezeki. Jadi, yakinlah dengan Allah! Dia tak pernah memungkiri janji... =")

Love Allah.
Love Rasulullah.
Love My Family.
Love Myself.
Myself = Doctor (soon-to-be).
So,
Love Myself = Love Doctor
(^_^)

Wallahua'lam. Wassalam.

p/s: Oh tak lupa juga, jom tingkatkan AMAL IBADAH!
Tahajjud dan hafal Al-Quran.
Banyak masa yang ada ni.
Jom! Jom!
(^_*)

No comments:

Post a Comment