Assalamualaikum...
Alhamdulillah... Allah masih memberikan ana dan sahabat2 peluang untuk bernafas, menikmati setiap saat segala nikmat yang Allah kurniakan pada kita. Kadang2, ana sendiri khilaf. Lupa untuk bersyukur, inginkan lebih daripada yang telah diberikan Allah....
SubhanAllah...begitu banyak nikmat yang Allah berikan. Kita menyedarinya namun adakah kita mensyukurinya setiap saat?? Ataupun saat2 yang dikurniakan Allah telah kita gunakan untuk menonton televisyen, mendengar lagu, memikirkan tentang kerja, mahupun berfacebook..huhuh...Astaghfirullah al-azim... Lagha..lagha... Ana pun sama... Haih... Dan kerana itulah kita dituntut untuk sentiasa mengingati Allah... kerana dengan mengingati Allah, kita akan berzikir..Pernahkah sahabat2 terfikir begitu?
Suatu ketika, ana pernah 'addicted' dengan alunan Asma'ul Husna yang sering disiarkan di astro Oasis... subhanAllah...lihat sahaja tayangannya ketika segment Indahnya Iman, setiap waktu sebelum masuk waktu solat... Tayangan ciptaan planet2... Indahnya bumi ciptaan Allah! Pernahkah kalian menyedarinya? Betapakah Allah memberikan kita nikmat untuk menetap di planet Bumi, bukannya Pluto mahupun Marikh...
Dan ada lagi satu nikmat yang paling besar dan paling berharga dalam hidup kita yang Allah kurniakan. Selain dikurniakan nikmat sihat dan ibubapa, kita lupa betapa besar nikmat menjadi seorang Muslim/ah...
(^_^)
Pernah tak sahabat2 terfikir... Siapakah kita pada hari ini andai kita dilahirkan dalam keluarga bukan Islam? Apa agaknya yang akan kita lakukan ketika ini, andai kita bukan orang Islam? Bagaimanakah kehidupan kita, andai kita bukan orang Islam?
Dari Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw bersabda: Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah suci, maka ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.
Ana teringat akan kata-kata seorang penceramah 'Misconception about Islam' di UIA PJ sem yang lalu...
"Pernahkah kamu terfikir, agak2nya, apa yang orang bukan Islam akan kata depan Allah ketika dihisab? Apa yang akan mereka kata pada Allah sambil melihat kamu. Mereka kenal kamu. Tapi pernahkah kamu berdakwah pada mereka?" soalan itu dibiarkan untuk kami menjawabnya sendiri. Pernahkah? Alhamdulillah...sekurang-kurangnya satu... (Rindu pada sahabat saya Elsie atau nama Islamnya Nur Elsie Ana Abdullah)
Kemudian beliau menyambung kata-katanya, "Keluarga saya orang Cina, penganut buddha. Saya sedih kerana lambat memeluk Islam. Sekarang ibu dan abang saya sudah meninggal. Apa yang mereka akan kata pada Allah sedangkan kami tinggal dalam masyarakat yang majoritinya orang Melayu, orang Islam. Saya takut..ibu dan abang saya akan berkata di hadapan Allah,
"Ya Allah, aku kenal mereka Ya Allah…namun sepanjang hidupku, tiada sepatah perkataan pun yg disampaikan padaku mengenai Islam Ya Allah. Mereka yang menutup pintu agamamu daripadaku Ya Allah! Hukumlah mereka Ya Allah!"
"Mahukah kamu diperkatakan mereka sebegitu di hadapan Allah?" beliau mengakhiri kata-kata dengan keluhan kecil.
Ana tersentak! Astaghfirullah al-azim...Sebegitu hebat dan berat tuduhan yang akan kita terima. Mampukah kita masuk ke Syurga? MasyaAllah...
Begitulah kisahnya... kita lupa untuk mensyukuri nikmat... Pabila diingatkan, kita akan mengingati Allah dan mengucapkan kata-kata syukur kepadaNya. Namun pabila kita lupa, bagaimana pula?
Peringatan untuk diri sendiri... Tiada siapa yang sempurna. Tapi sekurang-kurangnya, kita cuba tingkatkan tahap ke'baik'an kita dan mengurangkan tahap ke'buruk'an kita...
Seperti kata umi ana, "Apa yang ada di hati akan terserlah di mata dan wajahmu..."
Mungkin ada benarnya...Tidak..ana rasa, memang benar... =)
Wallahua'lam...
Wassalam,
Cahaya Kegirangan Kemuliaan
nikmat~setiap detik ada nikmat...persoalan nyer, sejauh mane kite bersyukur, n cara mana kite zahirkan kesyukuran kita kpd Allah swt...zaim>jemput follow blog ana..followed..blogging strengthen brotherhood
ReplyDelete