Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Sunday, May 22, 2011

Mereka yang Syahid...

Salam'alaykum wbt...

Semalam kita di kejutkan dengan berita tanah runtuh dekat Rumah Anak Yatim di Hulu Langat. Kesian sungguh dengan diorang. Di katakan 13 orang telah syaheed di sana. Dan 3 orang lagi hilang. Semoga Allah ketemukan mereka dalam keadaan selamat. Semuanya adalah dari ketentuan Allah swt.

Korang tahu tak betapa Afdalnya anak yatim..?? Anak yatim adalah anugerah dari allah swt kepada kita. Anak yatim sangat mulia di sisi allah swt. Rasulullah saw sendiri juga seorang anak yatim. Anak yatim adalah asbab kepada kita utk beramal. Kita boleh bersedekah. Nasib mereka memang Allah telah tentukan begini. Sebenarnya mereka tidak mengharap pun kasih sayang dari kita. Kerana mereka tahu dunia itu kejam. Tapi, kita sebagai orang awam sebaiknya memberi kasih sayang kepada mereka. Letakkan tangan kita di atas kepada anak yatim ni sudah cukup untuk di ampunkan dosa kita.

“Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap.”


~ bersyukurlah dengan nasib kita sekarang.

Dikatakan dalam quran, sebanyak 23 kali di sebutkan perkataan yatim. Kalau boleh kita cuba menghulurkan tangan untuk bantu mereka. Kita takkan rugi. Kerana di situ ada Janji Allah swt dan Rasulullah saw.

Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik.

Ancaman Allah swt jika kita buat benda yang tak baik dengan anak yatim. Di antara dosa dosa Besar adalah Apabila kita makan harta Anak Yatim. Harta anak yatim ni afdal.

Jangan demikian, (sebenarnya kata- kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Dia berhak menerimanya) Surah Adh-Dhuha Ayat 9

Jgn lah terlalu kedekut sehingga nak derma singgit pun tak boleh. Allah akan balas anda 10 kali lebih besar dari apa yang di dermakan. Dan jgn pula kita mengharapkan balasan dunia. Harapan kita adalah balasan di akhirat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada suatu pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah)

credit to: http://nafeeskata.com/

Tuesday, May 10, 2011

Alhamdulillah Ya Rabbi~!

Salam'alaykum wbt.

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan sampai ke suatu tahap rasa macam mengucapkan syukur tu masih lagi tak cukup untuk meluahkan rasa kesyukuran atas segala nikmat yang Allah limpahkan. Sungguh... Allah Maha Pemurah! Andai manusia menyedari betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan, pasti kalimah "Alhamdulillah", dan "Allahuakbar" takkan lekang dari ucapan di bibir dan juga fikir.

Hari ni, result blok-3 diumumkan. Walaupun tak melihat dengan mata sendiri lagi, tapi dikhabarkan semua sisters pass exam blok-3. Alhamdulillah... Segala penat jerih, pening kepala, tangisan yang mengalir kerana stress, rasa berbayar... Tapi ana sedar. Kejayaan yang Allah kurniakan pada diri ini BUKAN atas usaha diri sendri tapi atas sebab Allah nak bagi. Semuanya nikmat dari Allah. Bahkan kalau Allah tak bagi nikmat, kita nak usaha bukak buku pun tak mampu, kan? Dan akhirnya, Allah yang menentukan segala-galanya. Dan Alhamdulillah... Rasa nak menangis pun ada. Terharu atas segala-galanya.


Dan hari ini juga, anak saudara sulung telah selamat dilahirkan. Alhamdulillah... Dilahirkan secara sihat dan normal pada pukul 10.10 pagi tadi dengan berat 2.9kg. Nama yang diilhamkan adalah Shah Adam Fadly bin ShahRiza Fadly. Heheh~ Sangat comel... InsyaAllah, kalau takda aral yang melintang, akan menerbangkan diri ke Sg.Petani untuk berjumpa dengan anak saudara sulung yang diberi nama panggilan Adam. Tak sabar... =D Rasa terlebih excited macam dapat anak sendiri ja... Tapi normal kot? Sebab anak saudara sulung... Huhuh~ Alhamdulillah... (^_^)

Mujahid Da'wah Ilallah sudah menjejak Bumi:
Shah Adam Fadly bin Shah Riza Fadly


Nyenyak tidur~ (^_^)

Namun begitu... hari ini keadaan diri tak berapa sihat... Sebenarnya dah beberapa hari... Maka umi dan ayah membawa ana untuk berjumpa dengan optometrist untuk mengetahui keadaan selanjutnya. Ternyata keadaan di Malaysia yang diserang dengan cuaca yang panas memberi kesan yang buruk kepada ana menyebabkan mata tak tahan dengan silauan lalu memaksa diri untuk membuat cermin mata baru jenis transition untuk mengurangkan kadar silauan yang memasuki mata. Terbanglah duit yang agak banyak juga... Kesian dekat umi dan ayah... Haih... Nak buat macam mana... Ana dulu berdegil nak pakai cermin mata. Sekarang, terpaksalah terima bahananya... =.="


Apa pun, Alhamdulillah sangat2... Ya Rabbi... Allah Maha Pemurah... Kalaulah manusia sedar bahawa Allah sering memberikan nikmat kepada kita... Bahkan setiap saat! Macam mana tu? Ha, cuba rasa degupan jantung antum. Agak2 kalau Allah tak bagi nikmat untuk jantung kita berdegup, kita masih dapat hidup lagikah? Dan pabila sudah meninggalkan dunia, atas rahmat Allah jugalah kita dapat masuk syurga. Kerana apa? Kerana andai kita nak masuk syurga berlandaskan amal kita sahaja, takkan termampu untuk masuk syurga kerana amal kita terlalu sedikit kalau nak dibandingkan dengan rahmat Allah... Tapi still, tingkatkan amal kerana mereka yang baik amalnya, Allah menjanjikan syurga buatnya di akhirat kelak! InsyaAllah, Ameen...


Maka, jom ramai2 kita jaga amal kita! Jangan kata NAK ja tapi TAK usaha... Kita kena usaha sedaya upaya, semampu yang boleh. Semoga ana dan antum semua dapat menjadi penghuni Jannatul Firdausi! Ameen...

Wallahua'lam.
Wassalam.

Wednesday, April 27, 2011

Of Kisah Sireh Turn to Gagang

Salam'alaykum wbt.... Khaifa halukum? Harapnya khair... Alhamdulillah... =)

Pejam celik pejam celik, bukak tutup mata, Alhamdulillah dah seminggu ana cuti break blok ke- 3... lagi 5 hari insyaAllah akan meneruskan perjuangan yang takkan pernah terhenti untuk blok ke-4 pulak... I wonder how it's gonna be? Sebab takda idea macam mana blok ke-4 akan di'conduct'. Tunggu dan lihat ja... Cuma dengar kata banyak melibatkan research dan presentation? I love presentation, actually. Why? Ask me not. I have no answer for my ownself as well. I just know that I love it. =)

Anyway, hari Isnin lepas ana dan keluarga bermusafir ke Kuala Lumpur, umi dan ayah ada urusan. Dalam pada itu, sempat pulang ke kampung di Selangor... Kebanyakkan keluarga sebelah ayah menetap di sana. Jadi, ambil keputusan untuk ziarah, sambil menyelam sambil minum air. Sementara cuma... Tapi sekurang2nya, dapat luangkan masa, walaupun sekejap tapi sangat bermakna.

Pertamanya, kami sekeluarga menziarahi datuk yang sudah keseorangan tanpa pasangan hidupnya sejak setahun lalu. Terimbau kembali, disaat tu, pada pukul 10 malam, ana terima panggilan daripada umi menyatakan nenek telah kembali ke rahmatullah. Rasa nak menangis tapi air mata tak mampu dialirkan bagai ada sesuatu yang menahannya... Bagaikan tak percaya... Ketika itu, ana baru jumpa dengan arwah nenek 2 bulan sebelumnya ketika majlis perkahwinan abang ana. Terimbau kembali bagaimana sekujur tubuh kaku jenazah arwah nenek dimandikan, bagaimana arwah nenek dikafankan dengan helaian kain putih, bagaimana kawasan rumah dipenuhi sanak saudara dan jiran tetangga bagi mengunjungi arwah nenek buat kali terakhir. Ayah yang mengimamkan solat jenazah... Imbauan kenangan membasahi pipi buat kesekian kali... Rindu arwah nenek... InsyaAllah... Dengan izin Allah... Nenek pasti bahagia di sana... =")

Waiza ja aajaluhum, layastakhirunasa'atan wala yastakdimun. Innalillahi wainnailaihi rajiun. 05/04/2010 pukul 8.20mlm
-Ya Allah, cucuri rohnya dengan rahmatMu, berbelas kasihanlah dan tempatkan nenekku dalam kalangan orang2 yang soleh, masukkan dia ke dalam syurgamu yang luas dan jauhkannya dari azab seksamu yang amat pedih. Angkatkan dia dari seksaan kubur dan rahmatilah seluruh hayatnya yang sering beribadah kepadaMu. Ameen..-

Kepulangan ana dan keluarga ke kampung kali ni, entah kenapa cukup menyesakkan dada, rasa hiba. Datuk merupakan seorang yang sangat suka bercakap, takkan pernah berhenti kecuali waktu solat. Seusai solat, pasti ada saja benda yang akan diceritakannya. Dengar datuk bercerita tentang nenek, I can feel how much he miss her... Matanya bergenang air mata... Dia redha pemergian nenek tapi lumrahlah, seluruh umur hidupnya dihabiskan bersama nenek, datuk sangat2 sayangkan nenek... Boleh nampak sangat melalui caranya... Dan datuk menggunakan tasbih nenek... I hope he can hold still... Sebab mengikut kajian psikologi, agak susah untuk seseorang survive pabila pasangan sehidup sematinya sudah tiada... That's a fact that my whole family know... Harapnya datuk dapat bertahan... Walaupun kami seolah sudah bersedia secara mental, tapi kami tetap berharap datuk kuat untuk meneruskan hayatnya... Harapnya...

Datuk tinggal dengan Pak Alang sekeluarga... Dan Pak Alang pun tak berapa sihat... Menghidap diabetes. 3 daripada 7 adik beradik ayah menghidap kencing manis. Kemungkinan besar dari habit pemakanan sebab faktor genetik tak menyumbang walau 0.1% sebab sebelum ni takda sejarah yang menyatakan sebegitu. Tapi Pak Alang bernasib baik sebab dia menghidap penyakit kencing manis 'kering' yang mana kesannya tak seteruk penyakit kencing manis 'basah' yang boleh menyebabkan komplikasi seperti 'Diabetic Foot'.

Seterusnya, sebelum pulang ke Kuantan, kami sempat bersinggah ke rumah Mak Long, yang turut menghidap diabetes sejak lebih 10 tahun yang lalu. Keadaan Mak Long lebih teruk dari Pak Alang... Sudah beberapa ketika tak bertemu... Dah lain wajah Mak Long. Sungguh... Jugular vein di lehernya ditebuk bagi memudahkan haemodialysis sebab buah pinggangnya dah rosak. Keadaan yang cukup teruk bagi penghidap pesakit kencing manis. Seeing her with her condition, I'm speechless.

Her upper limb look almost similar to this but is more chronic. Swelling and bulging out of vein, bluish colour, what is called as varicose vein. I can see the vein is beating. It's so serious, if you prick on it, I'm so sure A LOT of blood will comes out.

Antara dialog ana dan umi sewaktu dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang,

Umi: Adik tak sedih tengok keadaan Mak Long?
Adik: Mesti sedih... Sebak. Tapi kena tahan. That's what I'm going to face for the rest of my life.
Umi: Kena tabah, kan?
Adik: Yup. Being a doctor is never easy. Kena kuat berhadapan dengan semua tu.

*Deep inside my heart... I wish I could do something for them. I hope they can stay still, be strong till I become a doctor... I wanna help... After all, they're my family. I wish I can be a doctor as soon as possible so I could prevent them from suffering more. I wish I COULD but I know I CANT. ="( *

Sesuatu perasaan yang semua orang pasti akan ada. We hope we can do something for our love ones. Tapi tu semua kehendak Allah... Dia yang Maha Berkuasa dan Dialah Penyembuh Terbaik, Penyembuh Segala Penyakit. But that's what makes me strong, to stay still, no matter what I have to face in the future. This is the path that Allah SWT chose for me... I have to be strong to help a lot of people out there. Seriously.

Macam yang ana katakan, being a doctor is never easy. You're a human and yet you have to act like a robot. You cant put into your feelings regarding any matter, be it a chronic disease or even death. You ought to suppress your feelings. That's the rule that MUST be followed. Kinda cruel huh? But that's the Ugly Truth. Whether we like it or not, we have to bear with it.

Memang nampak kejam. Tapi tu sebenarnya salah satu pendorong untuk kami semakin dekat dengan Allah SWT kerana hanya dengan bantuan dariNya, kami mampu tabahkan hati, kami mampu melaksanakan tugas di masa depan nanti dengan lebih mudah. Allah SWT tempat kami mengadu. Hanya Allah SWT yang kami ada. Hanya Dia yang mampu membantu. Bukan ilmu yang penuh di dada, bukan doktor pakar yang membantu, tapi Allah SWT yang bantu. Hanya Dia.

Itu merupakan suatu fakta yang semua orang tau dan barangsiapa yang mendekatkan dirinya dengan Allah SWT, maka Allah akan permudahkan segala urusannya di dunia dan akhirat. Kami benar2 bertawakkal pada Allah sebab dalam apa situasi pun, hanya Dia yang boleh bantu. Supaya kami dapat handle case dengan baik, supaya kami dapat kuat semangat, supaya kami mudah terima hakikat andai perlu berdepan dengan patient yang meninggal dunia di depan mata kami. Allah yang bantu kami semua berhadapan dengan semua tu. Dari awal, kami kena siap sedia... Bukan sahaja dengan ilmu tapi kekuatan mental dan rohani. Masa depan tak terlalu jauh. Kami bakal berdepan dengan pelbagai cabaran yang kami tak tahu sama ada kami mampu harungi atau tak. Tapi dengan bantuan Allah, kami PASTI kami dapat tempuhinya. InsyaAllah... InsyaAllah...

Teringat penghuni Rumah Ehsan. Apa khabar mereka di sana... ="(

.............................Tak dapat meneruskan kata-kata lagi. Jaga diri dan kesihatan masing2... Sesungguhnya bukan doktor yang menyembuhkan tapi Allah. Tawakkal 'alaAllah dalam segala apa urusan pun. =)

Wassalam.

Bersama umi dan ayah. Sempat lunch di Alamanda sebelum pulang ke Kuantan. Nasi sepinggan RM10.00 ++. Tak nak makan kat situ dah. Huh. =P

Sunday, April 24, 2011

Ganjaran BESAR! Woww!

Salam'alaykum wbt...

Seperti biasa, setiap minggu hari Sabtu ana, umi dan ukhti pergi majlis taklim, sebuah majlis yang memperdengarkan hadith Rasulullah saw. Banyak sangat2 kelebihan yang kita dapat pabila menghadiri majlis ilmu. Kadang2 kita tak sedar kita telah menghiasi kehidupan seharian dengan dosa sama ada besar mahupun kecil. Maka untuk mengurangkan dosa kita, patutlah menghadiri majlis2 ilmu, untuk mengingatkan kita tentang kebesaran Allah, amalkan Sunnah Rasulullah.


Bila pergi kan, baru sedar.... "Eh, la... senang rupanya nak dapat pahala banyak2...". Ganjaran kita berlipat kali ganda Allah bagi kalau nak dibandingkan dengan zaman Rasulullah dulu sebab Allah Maha Mengetahui, Dia TAHU betapa besar cabaran yang perlu kita hadapi sekarang ni.... So, dengan bahagianya, ana nak share dengan kalian antara ganjaran yang akan kita dapat jika kita amalkan beberapa perkara...

1. Barang siapa yang mengucapkan Laa ilaahaillllah dan hatinya membenarkan lisannya; diJAMIN masuk syurga dari pintu MANA SAJA yang dikehendakinya.

2. Barangsiapa menjaga solat berjama'ah, di tempat dimana azan berkumandang, di awal waktu; maka akan mendapatkan 5 jaminan:

  1. Keberkatan rezki (Alhamdulillah...)
  2. Diangkat dari seksa kubur (Allah... bestnya! =D )
  3. Mendapat buku catatan amal di tangan kanan (Maka akan baiklah nasibmu di hari Hisab)
  4. Meniti Titian Sirat SEPANTAS KILAT! (Woww!)
  5. Masuk Syurga tanpa hisab (What more can you ask eh? ;-) )
3. Barangsiapa mempelajari SATU AYAT Al Quran maka nilainya adalah lebih baik daripada solat sunnah 100 RAKAAT. Barangsiapa mempelajari SATU BAB dari ilmu maka lebih baik nilainya daripada solat sunnah 1000 RAKAAT! SubhanAllah.... =")

4. Barangsiapa melazimi membaca 100 ayat Al-Quran setelah solat Subuh, maka Allah akan menganugerahkan pahala sebesar SELURUH ISI DUNIA! (Besarnya! Nak3!!)

5. Dalam hal SOLAT, barangsiapa yang bersedia dalam keadaan berwudhu'
  1. Sebelum masuk waktu solat- Mukanya akan bercahaya seperti MATAHARI di Padang Mahsyar
  2. Sewaktu masuk solat- Mukanya akan bercahaya bak BULAN PURNAMA di Padang Mahsyar
  3. Setelah masuk waktu solat- Mukanya akan bercahaya bagai BINTANG di langit di Padang Mahsyar

6. Barangsiapa yang mengamalkan SATU Sunnah Rasulullah saw, maka dia akan memperoleh ganjaran seperti SERATUS kali mati SYAHID!

7. Barangsiapa yang mencintai Rasulullah dan mengamalkan Sunnah baginda, maka dia kan bersama dengan orang yang dicintainya kelak di Padang Mahsyar. (I love you ya Rasulullah! =) )

And the list goes on. Sememangnya TERAMAT BANYAK cara untuk kita dapat ganjaran, kebaikan di dunia dan di akhirat. Tapi benda yang simple pun orang susah nak amalkan. As been said, hanya ALLAH yang berhak memberikan hidayah dan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Maka, berdoalah supaya Allah sentiasa guide hati kita supaya tetap di atas jalanNya.

Hidup di dunia hanya SEMENTARA. Barangsiapa yang mencintai dunia, celakalah dia dan barangsiapa yang mencintai akhirat, berbahagialah dia. Take your pick, people. (^_^)

Semoga dapat ambil iktibar dan dapat diamalkan, dan jangan lupa untuk share ilmu akhirat dengan kawan2 yang lain! Jom sama2 kita masuk syurga!! Baru best ramai2~! =D

Wallahua'lam.
Wassalam.

Friday, April 22, 2011

The Sweetness... (^_^)

Salam'alaykum wbt... Just wanna share with you guys some of my English favourite songs. Just love the music arrangement and sweet lyrics, nothing lies behind it tho... Please do enjoy... (^_^)

P/s: I've tried my best to find video's without any 'sexy creatures'. So.... =)


My Destiny



Thank God I've Found You



When You Believe


Contigo En La Distancia- Spanish



Spread the LOVE~~ <3
Wassalam.

Thursday, April 21, 2011

Haiya Binaa!

Salam'alaykum wbt...

Alhamdulillah... Akhirnya telah selamat berjihad di medan peperiksaan 18-20 April 2011 untuk blok ke-3 Tahun 1 di UIA. Ya Allah... Secara jujur, rasa 'peperangan' kali ni yang paling mencabar kekuatan mental. Menuntut ilmu bukannya susah... Sangat best sebenarnya bila dapat belajar benda baru... Sangat2 enthusiastic! Tapi bila nak exam, memang rasa macam... "Habis la... Lingkup!" Huhuh~

Tapi satu ja... Bukan kecerdikan yang menjadi kayu ukur kejayaan. Tapi sama ada kita berjaya mengawal emosi, mempunyai daya ketahanan mental yang tinggi dan terutama sekali, jaga hubungan dengan Ilahi. Tapi itu bukan satu tiket untuk dekat dengan Allah waktu nak exam ja. Ingat Allah, dekat dengan Dia sepanjang masa. Itu yang terbaik. Maka bila kita susah, PASTI Allah akan tolong. Kan Dia dah janji... Remember? (^_^) Tak nak komen banyak2 pasal exam... Sebab dah lepas... Yang berlalu biarkan pergi, jangan dikenang lagi. Hahah~ InsyaAllah.... Tawakkal 'alaAllah. Usaha la macam mana pun... Kejayaan itu terletak di tangan Allah. Dia yang Pilih siapa yang dikehendakiNya. Allah mampu lakukan Segala-galanya! Terimalah dengan hati terbuka... InsyaAllah berjaya... bukan sahaja di dunia, tapi insyaAllah di akhirat sana jua. Ameen. =)

KLIBF- Book Fair datang lagi! As usual, memang acara tahunan, memang pasti pergi. Tapi tak tahulah macam mana tahun ni... Harap2 dapat pergi juga. Semoga Allah izinkan... =)

Hahh... memandangkan cuti selama 12 hari (je? =P), plan nak buat banyak benda tapi end up duduk rehat2 dekat rumah. Tapi memang tak nak bazirkan masa lapang yang ada ni. Apa kata kembali baca buku! Ingat nak ulang balik baca novel karya Hlovate... Huhuh... Dah baca tapi nak ulang balik sebab ter'influence' dengan seorang sahabat ni, yang baca novel time nak exam hari tu. Mantap kan? Huhuh... Ceq tak mampu nak buat lagu tu... Tahap Moksha! (depa la kata lagu tu. Sampai la ni ceq tak tau maksud Moksha tu pa dia. Huhuh~ ) XP

......................*dah hilang idea nak tulis apa*.......................

Anyways, Selamat Bercuti pada semua sahabat tak kira di mana jua anda berada. Semoga diri dipelihara Allah sentiasa, lakukan aktiviti yang bermanfaat untuk diri dan agama. Jom mantapkan iman! Dah jihad untuk dunia, jangan lupa jihad untuk akhirat juga! Kan itu destinasi utama kita.... Jannatul Firdausi... Ameen Ya Rabbi... =)

Wassalam.

Friday, April 8, 2011

Peperiksaan= Exam= Apa tu?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ya Ahlul Jannah (Ameen)...

Hahah...ha..ha...haih... Exam lagi. Akan tiba dalam masa 9 hari... End block exam Block ke-3.

Subjek: Parasitology, Pharmacology, and Microbiology.
Persoalannya: Dah bersediakah?
Jawapannya: BELUM.

Masih banyak yang perlu dihafal dan difaham. Tapi walau sebanyak mana pun ilmu yang perlu dipelajari, perlu ikhlaskan niat. Niat belajar kerana Allah, kerana nak amal dengan ilmu yang ada, untuk kebaikan makhluk dunia. InsyaAllah... InsyaAllah... Usaha... Doa Allah permudahkan urusan, Doa Allah bantu.. Allah akan bantu.. Dia Maha Berkuasa, remember? =)

Maka, ingin minta diri dulu... Sebab PERLU study.

Statement of the week (quite harsh BTW),

"I HATE BACKBITERS!"

Jangan mengumpat jika anda tidak mahu DIUMPAT. What goes around comes around. Remember?

Wassalam.

Saturday, April 2, 2011

Hadith 15- Backbiting? Think Wisely!

Assalamualaikum wbt. Since my halaqah team need to memorize few Quranic versus and Hadith, apparently Hadith 15 is one of them. For this post, obviously I simply copy paste it from somewhere. I do think it's worth to share. But bare in your mind, I'm focusing more on the 1st part of the hadith, which is about "either speak good or be silent". Think wisely~ (^_^)

Hadith 15 Arabic text

Abu Hurairah, radiyallahu 'anhu, reported that the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, said:

"Let whosoever believes in Allah and in the Last Day either speak good or be silent. Let whosoever believes in Allah and in the Last Day honour his neighbour. Let whosoever believes in Allah and in the Last Day honour his guest."

[Al-Bukhari & Muslim]


What we can learn here is that either we say something beneficial and good or else we should keep silent.

There are many Islamic guidelines which help us to say good things and to refrain from saying bad things, or things which displeases Allah subhana wa ta'ala. When we talk to others, whether it is relatives, friends, neighbours, etc., we should select the best terms/words and say them in a nice way. We should ensure that what we say is clear and easily understood. If we are not careful and we do not choose the right words, what we say may be misinterpreted and may lead to conflicts.

As a listener, we have to listen positively and interpret what we hear in a good way. We should not 'over interpret' what we hear; we should not try to 'read between the lines'. Thus, as a speaker we say things in a positive manner and as a listener we interpret things in a positive manner. By doing so Islam encourages us to minimise disputes and conflicts.

If we find ourselves in the middle of a dispute between two people, e.g. between friends, we should not take sides. We should try to help and reconcile the differences; try to resolve the problems and end the dispute.

If we are being consulted by someone and asked for our advice, we should try our best to give good advice. What we say should help the person and not add to his confusion or doubt. If we do not have enough knowledge and we cannot provide proper advice, then we should keep silent.

Even if we have information which, as a result, may add to the person's confusion, we should keep it to ourselves.

We should keep away as best as we can from unnecessary or non-beneficial talk. People can talk or chat for hours but a lot of what is said is unimportant or trivial and does not benefit anyone. It wastes our time and this continuous talking may even lead us into areas where we might say something which displeases Allah subhana wa ta'ala.

When it comes to saying good things, there are many examples available: dzikrullah (remembrance of Allah), reciting the Qur'an, du'a, giving advice, etc. These are all things which are pleasing to Allah.

When we meet people who are sick, sad, feeling down, in a low frame of mind, etc., we should say things that will make these people feel better, have patience in facing their calamity, be positive, be strong, etc. This is known as al-muasah - to say good things of encouragement to help those facing problems; to not make them panic. The scholars have defined sabr (patience) as 'to refrain from panicking' - to refrain from being out of control - and to refrain the tongue from complaining.

Complaining, e.g. simply saying that the weather is hot, will lead us to impatience; it can affect our attitude and hence our work. If we want to lament we should lament only with Allah. If we do it with Allah it is munajah - it will turn into ibadah. If we do it with others it will be complaining (tashakki) - we will be violating the ibadah itself, which is sabr. So we should learn to minimise and ultimately eliminate the act of complaining.

We should refrain from saying bad things or things which may be untrue. When we hear some news, we shouldn't simply repeat it or spread it without first verifying if the news is true. This could lead to us spreading lies or rumours. We must refrain from:

  • spreading rumours, especially those that will cause harm to the community.
  • slandering, back-biting, etc.
  • sarcasm and making fun of others - this is one of the most common social ills today. It is a sin to make fun of others.

Sometimes we may encounter a situation which involves fitnah or al-fitan. We have to be careful of what we say. There are people who will take advantage of the situation and they may say things which may worsen the situation. When there is fitnah, people are in a panic and might believe anything. That's why we have to be careful of what we say because it may add to the people's fears and problems. What we should do is to help by saying positive things that will give the people hope; to uplift them and motivate them to face the problems; and not to make it worse.

Prophet Muhammad saw said, "
Beware of ghibah for the sin of ghibah is bigger than the sin of adultery (zina). Verily those who commit adultery, when he repents, Allah will accept his repentance. And verily those who do ghibah (back-stabbing/ says bad things about someone behind his back), his sin WILL NOT BE FORGIVEN BEFORE THE PERSON TO WHOM HE DOES GHIBAH FORGIVES HIM."(from Ibnu Abi al-Dunya and Ibnu Hibban. Taken from the magazine Solusi, issue 18, page 37)


So, are we clear now? Thinking of practicing any? Think wisely.

Wassalam.

Thursday, March 31, 2011

Menulis tangan KIDAL

Assalamuaikum buat anda yang sedang membaca...

Sejak tahun lepas, ana kembali ke zaman kegemilangan kanak2 dengan belajar menulis kembali. Semangat sungguh sampaikan ana beli beberapa buah buku ABC untuk berlatih menulis. Kenapa semangat sangat? Patah tangan ke? Terseliuh jari? Atau buang tebiat? Huhuh... Entahlah... bila fikir2 kan balik, apa agaknya punca ana nak belajar menulis guna tangan kiri yea? Saja... nak manfaatkan dua2 belah tangan... =)

Sebenarnya, beberapa hari sebelum hari kejadian, ana terfikir... "What IF tiba2 aku patah tangan dan tak dapat menulis lagi menggunakan tangan kanan?" Sebagai seorang pelajar, tangan umpama senjata utama yang mana kalau tangan kanan ana tak dapat berfungsi lagi, maka ana dah tak dapat menulis mahupun menjawab peperiksaan dah. Ada rasa takut, gementar, risau dan macam2 lagi perasaan menjengah... Kerana selama ini, hidup terlalu bergantung pada tangan kanan. Kalau takda, macam mana??? Maka ana pun mngambik inisiatif untuk belajar menulis menggunakan tangan kiri untuk kesenangan masa depan andai ditimpa sebarang musibah yang tak diingini.

Seterusnya, ana belajar menulis menggunakan tangan kiri supaya otak bahagian kanan turut aktif di dalam kelas, selain dapat meningkatkan tahap kecerdasan otak, ana dapat mengelak daripada mengantuk dalam kelas. Huhuh... Alhamdulillah, setakat ni rasanya membantu. Bila mana ana mengantuk dalam kelas, ana akan menulis nota dengan menggunakan kedua2 belah tangan, SERENTAK. Jadi bila nak salin nota tu, rasa lebih semangat dan kuranglah mengantuk dalam kelas waktu tengah lecture.

Sebab yang ke-3. Nak rasa special berbanding dengan orang lain. Bukan nak bangga diri.Tapi sebab orang lain ada kelebihan masing2 yang tak dapat ana kecapi, maka ana develop kelebihan sendiri dengan menjadi seorang yang boleh menulis menggunakan kedua2 belah tangan. Alhamdulillah... semua kuasa Allah... Kalau Dia tak izin, maka sampai sekarang pun takkan mampu menulis menggunakan kedua2 belah tangan.

Dan sebab yang terakhir adalah, untuk stabilkan tangan kiri supaya mudah untuk melaksanakan tugas sebagai seorg doktor terutamanya kalau perlu menggunakan tangan kiri untuk urusan pembedahan, yang mengambil masa agak lama.

Wallahua'lam. Semoga kelebihan yang ada ni menjadikan diriku seorang hamba yang BERSYUKUR pada Penciptaku dan semoga daku terhindar dari sifat riya', takabbur dan sebagainya. Ameen Ya Rabbi...

Wassalam...

End block exam: 18 days left. Allah...

Monday, March 28, 2011

After a REALLY LONG time...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Alhamdulillah, 1st Year Medic batch Zenith 14th menang overall Inter-batch Sports Carnival... mengalahkan 5th Year yg dah menang 4 tahun berturut2... Huhuh~ Tahniah dan takziah. =D

Basically, esok ana ada Tutorial Microbiology... kemungkinan besar mengenai tajuk Virology. Tajuk yg sangat complicated tapi simple dan menarik. Ha macam mana tu? Huhuh... Kalau kalian rajin, silakan google dan bukak Wikipedia.. insyaAllah, tambah ilmu dapat pahala besar, kan? (^_^)

Banyak sangat benda yang nak dikongsi tapi tak terluah, tak tau nak mulakan dengan yang mana satu. InsyaAllah hujung minggu ni akan update satu per satu.

17 Mac lepas merupakan Hari Lahir salah seorang sahabat baik ana, Amiera. Wish dia lambat sikit sebab kebetulan ana pun baru habis exam waktu tu. Jadi, ana call.. Ingatkan nak call sekejap ja.. Tapi biasalah... Dah lama tak berborak... Sangat2 rindu dengan teman2 rapat waktu di CFS dulu... Sahabat2 yang banyak memberikan pengajaran dan pengalaman pada diri ini untuk improve seboleh mungkin. Boleh dikatakan sahabat DUNIA dan AKHIRAT. Susah nak jumpa sahabat2 macam ni kan? Dan ana bersyukur dan beruntung dapat mengenali mereka. Walaupun ada masa kami argue dan bergaduh sesama sendiri, (hahah~) tapi tu antara pengalaman yang takkan dilupakan... insyaAllah takkan lupa... melainkan hilang ingatan.. =)

Oh. Ada sorang junior minta ana tolong create satu cerpen mengenai Chronic Mucocutaneous Candidiosis... Ala2 sakit kulit yang sangat2 chronic. Boleh google untuk tahu dengan lebih lanjut. InsyaAllah, tengah dalam proses. Tapi perlukan masa yang lebih sebab ana perlu utamakan yang utama terlebih dahulu memandangkan ada exam lagi... Kali ni End Block Exam yang ke-3. Semoga Allah bantu dan permudahkan...

=) Kepada sahabat2ku, walau dimana jua kalian berada, jaga diri! Semoga Allah merahmati kalian dan melimpahkan segala kurniaan yang baik. Semoga kalian diberikan ketabahan dalam menghadapi segala ujian. Jika tidak di dunia, semoga kita bertemu di Syurga Allah kelak. Ameen.

Wassalam...

Sunday, March 27, 2011

Bismillah

Assalamualaikum...
Ya Rabbi.. dah setahun tak post apa-apa dekat blog ni... Ada sebab musababnya... Asif jiddan buat follower2 sebab ana tak dapat bagi komitmen sejak setahun lalu. InsyaAllah akan mula aktif kembali... Mungkin ini yang terbaik. Wallahua'lam...

Nak minta diri untuk ke UIA. Ada Interbatch Sports competition. Nak pergi sokong sahabat2 ana...

Wassalam...