Hamba Allah

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ordinary muslimah. Say, 'LailahaIllallah, Muhammadur Rasulullah'. Islam is the way of life. Age: 248 months (update: 18/08/11), Currently studying as a Medical student (future Muslimah Doctor insyaAllah) at IIUM Kuantan.

Monday, November 14, 2011

Pengorbanan vs. EXAM

Salam'alaykum wbt.

Sungguh lama tidak ber'update'. Maaf kerana berlaku tidak adil padamu wahai blog. =(

Anyhow(?),

1) Selamat Hari Raya Aidiladha--> 6 Eleven

2) Selamat Hari Lahir buat diri sendiri--> 7-Eleven

3) Selamat menduduki End Block Exam--> 8-10 Eleven

4) Selamat bercuti--> 11-20 Eleven

Merupakan kali pertama tak dapat menikmati hari raya dengan sepenuhnya. Juga merupakan kali pertama TERPAKSA membaca buku sepanjang hari ulang tahun kelahiran kerana ada final exam pada keesokan harinya. Maka sampai sekarang masih belum dapat makan kek birthday, juga tak berkesempatan menikmati rendang daging. Semuanya gara-gara exam. =(

Pengorbanan
Sungguh merupakan pengorbanan jiwa dan emosi yang dirasakan cukup besar walaupun pengorbanan ni tak cukup besar berbanding dengan pengorbanan yang terpaksa dialami di zaman para nabi, rasul dan sahabat. Walau pun sedikit, itu pun sudah cukup untuk membuatkan air mata membasahi pipi. Ok sudah.

Something that I got somewhere.

Proses SEBELUM exam

Masa: Study --> Tengok jam --> Sambung study --> Solat awal waktu --> Tengok jam lagi --> Tidur cukup2 ja bagi hilang mengantuk --> Semua benda buat cepat, tak lengah2 masa

Emosi: Tension --> Emotional breakdown --> Sikit2 nak menangis --> Tension lagi --> Continuously tension

Makan: Makan sikit --> Tak selera --> Offer makanan favourite pun tak berapa selera --> Makan cepat2 --> Constipation tapi ambil masa yang sekejap untuk 'membuang' kerana nak study

Laptop: Off terus--> Kalau bukak pun sebab search makna term2 yang tak faham --> Facebook jarang2 bukak atau tak bukak langsung --> Kalau bukak pun, post benda2 yang berkaitan dgn akademik

Proses SELEPAS exam

Semua benda leka, emosi terasa sangat bahagia sebab dah habis exam, makan kencang perut kenyang hati senang, dok sengih sana sini baca blog orang atau status facebook orang atau tweet orang, dah mula baca artikel pasal kahwin.

Itu secara RANDOM yang mungkin bertepatan dengan situasi semua orang.

Fikir2 sendiri. Patut ka buat lagu ni? Adil ka pada diri sendiri? Adil ka pada Allah?

Akan diulas lain kali, kalau rajin. =D

Sumber:
Tidak diketahui.

Wassalam.

Tuesday, August 30, 2011

Eid Mubarak!


Salam'alaykum wbt.

Eid Mubarak!
TaqabbalAllahu minna wa minkum wa kullu 'am wa antum bi khair.

Semoga kejayaan yang kita raikan pada hari ini adalah kejayaan yang terbaik dari sebelumnya. Amalkan sifat bersederhana dalam setiap perkara. Dengan ini, ana ingin memohon ampun dan maaf seikhlas hati pada semua andai ada perkataan yang dilafazkan mahupun perbuatan yang dilakukan pernah mengguris hati. Maafkan atas segala kekhilafan. Halalkan segala ilmu yang dikongsi. Moga bermanfaat di dunia dan juga di akhirat nanti, insyaAllah.

Salam Lebaran!
(^_^)


Wassalam.

Wednesday, August 24, 2011

KEMPEN MEROKOK.

Salam'alaykum wbt.

Ya. Tajuk itu telah ditaip menggunakan CAPITAL LETTER atau HURUF BESAR untuk menunjukkan betapa serius, tegas dan tegarnya ana sebagai seorang ANTI-SMOKING dan ANTI-SMOKER.

Al-kisahnya...... Alhamdulillah, hari ni, kami sekeluarga telah berbuka puasa di luar untuk menyambut ketibaan Syeikh Ameer Saab (ayah) yang baru sahaja tangguh jemaah 40 hari selain ulang tahun kelahiran ayahanda tercinta. Mengambil keputusan untuk berbuka puasa di Tanjung Lumpur setelah sekian lama tidak makan di luar, ummi dan ayah tumpas dan cair dengan pujuk rayu 2 orang anak gadis kesayangan mereka.... Ana dan kakak ana la.. (^_^) Kami berbuka puasa di Restoran Tanpa Nama (Baca: Anonymous, Unnamed, tak nak letak nama yang sebenar). Lalu ditakdirkan kami duduk di sebelah meja kaum Adam kesemuanya. Allah... waktu tu dah rasa tak best dah. Tapi ummi ayah kata, takpa, mereka tolong lindungkan... *hearts* Kami pun menjamu selera di sana... Memesan ikan bakar, ikan masak sweet sour, tomyam campur, sayur campur, dan udang celup tepung. Tu menu yang kakak ana la nak... Dia teringin makan makanan tu. Jadi order ja la.... Alhamdulillah... semuanya sedap2 belaka... Allah yang bagi rezeki makan makanan sedap... =)



Setelah azan berkumandang dan kami berbuka puasa, belum sempat melicinkan segala pinggan yang ada, kaum Adam ini mula MEROKOK di situ. Bukan seorang, tapi EMPAT orang. Dengan kedudukan meja mereka yang dekat dengan kipas, boleh kalian bayangkan betapa ramai yang TERPAKSA menghidu dan menghirup udara TIDAK SEGAR dan yang dah TERCEMAR dengan bakteria serta racun yang mereka isap itu?? Ana pun 'berasap' juga... Dalam hati berkata, "Agak-agak la bro kalau nak merokok kat sini pun. Dah la tempat awam, orang tengah makan kot? Baru sudah berbuka puasa. rokok jugak yang dicarinya!"


Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

Baiklah. Sabar... Sabar... Aku sedang berpuasa... Eh silap, aku sedang berbuka puasa.


Dahi dikerutkan, mata menjeling tajam. Salah seorang dah perasan yang ana tidak selesa mereka merokok di situ. Ummi dan kakak ana pun tak selesa. Sebab kami memang tak boleh menghidu asap rokok. Pening dan tidak suka! Ana belum pun sempat menghabiskan makanan. Terus putus selera. Lalu terus membasuh tangan dan mengambil 2-3 helai tisu untuk menutup hidung yang memang sudah tersedia tertutup! Mereka perasan tapi masih berlagak TIDAK TAHU. Itu yang membuatkan ana bertambah panas dan hati semakin membara. Geram sungguh. Tapi ana rasa iman lemah sangat... Kerana ana hanya mampu menegur dan membenci di dalam hati... Ana tak mampu untuk mengeluarkan kata-kata dan menegur mereka. Patutnya ana tegur... Kerana apa? Terang-terang mereka memberikan mudharat pada orang lain... Tapi yang paling utama, mereka memberikan mudharat pada DIRI SENDIRI.

Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.


Terus terang ana katakan, sungguh ana tidak dapat membendung kebencian dan kemarahan di dalam hati ini pabila melihat mereka seronok menyedut asap yang tidak mengenyangkan itu dan sedap pula menghembuskannya keluar lalu dibiarkan orang lain yang tidak berkait dengan mereka secara tidak langsung menjadi passive second hand smoker. Ini TIDAK ADIL. Rasanya sudah ramai yang tahu dan belajar akan bahaya menjadi perokok mahupun menjadi perokok pasif. Tindakan yang mereka ambil ini dengan merokok di tempat awam sungguh MEMENTINGKAN DIRI mereka sendiri. Secara jujur, ana TIDAK MEMBENCI orang yang merokok itu tapi ana MEMBENCI perbuatan mereka dengan merokok di sana sini.

Maaf, ini adalah pandangan peribadi seorang hamba Allah yang masih lemah iman dan tiada daya. Tapi pada ana, walau setinggi mana pendidikan dan jawatan seseorang itu, jika dia MEROKOK, dia tetap seorang yang low educated kerana dia masih tak dapat memahami bahawa merokok itu MEMBAHAYAKAN diri dan orang lain. As simple as that, tapi masih tak boleh faham dan ambil tindakan sewajarnya. Maaf, ini pandangan peribadi... Maaf andai ada yang terasa... Maaf sangat sangat... Tapi cuba kalian fikirkan. Jika kita melarang kanak-kanak daripada melakukan perkara yang merbahaya, majoriti akan akur dan cuba sedaya upaya untuk mengelak demi keselamatan diri. Dalam isu ini, para perokok terdiri daripada golongan yang dewasa, waras akal fikirannya, tau membezakan yang haq dan batil. Tapi masih tidak faham? Masih tidak mahu akur? Sungguh pelik. =)


Ada yang memberi alasan, "Alaa, biasa laa.. dah nama pun umat akhir zaman. Tu hat perempuan tu wajib pakai tudung, ramai jugak yang tak pakai. Hat laki perempuan dok couple siap jalan pegang tangan. Tu depan orang.. Belakang orang tak tau la depa buat apa lagi. Haram tu.. Harammm... Akhir zaman biasa la kalau ramai yang ingkar perintah Allah. Nak buat macam mana lagi? Biaq pi la kat depa nak buat lagu mana pun. Yang hang nak sibuk-sibuk tu pasai pa? Tok sah cara la..."

Disebabkan umat akhir zaman ni la kena perlu saling tegur menegur antara satu sama lain. Dengan syarat, tegur dengan cara yang BERHEMAH. Kerana kita tidak mahu menjadi punca orang semakin JAUH daripada agama Allah, bukan? Tegur dengan perkataan yang baik dan nada yang tidak memaki hamun itu adalah penting. Kalau bagi nasihat bagus mana pun tapi memaki hamun orang, takda makna jugak. Orang makin lari ada la.



Hadith dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud : “Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.” (Riwayat Muslim).

Masih tidak mahu endah? Merokok itu HARAM hukumnya. Betul... Ana tak tipu, apatah lagi mengada-adakan hukum... Tak percaya? Ini buktinya. Boleh klik pada ayat tersebut untuk pergi pada laman web e-fatwa.


Sudah 16 tahun lamanya fatwa ini dikeluarkan. Tetapi ulang tahun ke-16 ini akan terus disambut dengan begitu dingin sekali kerana rata-rata masih ramai orang Islam khasnya tidak mengetahui atau buat-buat tidak tahu tentang kewujudan fatwa ini. Malah, tabiat merokok semakin berleluasa walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk membasmi tabiat ini. Kedinginan hebahan fatwa ini perlu diperbaiki segera sekiranya orang-orang Islam khasnya yang perihatin tentang kedudukan ummah terutama sekali di kalangan kaum remaja. Sayang sekali. Sayang seribu kali sayang...


Bulan Ramadhan, bulan tarbiyah yang amat baik, tidak seharusnya berlalu begitu saja tanpa sebarang kesungguhan untuk penagih rokok mengambil kesempatan bulan yang penuh berkat ini supaya berhenti daripada satu bentuk kemungkaran iaitu pembaziran sekurang-kurangnya. Duit yang mereka 'bakar' itu jika disalurkan pada tempat dan orang yang betul, pasti lebih banyak manfaatnya. Palestine, Afghanistan, Somalia malahan di Malaysia juga, masih terdapat golongan yang lebih memerlukan wang yang di'bakar' oleh perokok. Ada juga yang tidak segan silu untuk membeli rokok tapi cukup LIAT untuk memberikan sadaqah. Bukankah sadaqah itu amalan yang mulia dan ganjarannya sangatlah besar di sisi Allah. Rugi... Rugi... Sangat rugi! Ramai yang menilai dengan apa yang mereka dapat lihat... Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah. Allahhuakbar...

Ana sangat-sangat berharap bilangan perokok semakin menurun. Tapi harapan ini hanya tinggal harapan kerana tidak mudah untuk kita perbaiki sikap seseorang melainkan dia berusaha ingin memperbaiki diri sendiri. Semoga Allah membantu penagih rokok di luar sana yang ingin berhenti merokok. Semoga dipermudahkan dan diberikan kekuatan untuk menempuhi cabaran yang bakal mendatang demi menggapai keredhaan Yang Maha Esa. InsyaAllah, Ameen.

Wallahua'lam.
Wassalam.


*Pelayan restoran tu pun membersihkan meja SAMBIL MEROKOK jugak. Bertambah hangin! Kami pulang secepat mungkin. Dua sebab: Nak solat dan nak ELAK semburan RACUN-RACUN itu.

*Berniat untuk membuat flyers dan bawa flyers MENUTUP AURAT SEMPURNA dan ANTI-MEROKOK. Akan disediakan dan diletakkan di dalam beg, di bawa ke mana-mana sahaja. Kalau ada yang 'tertangkap', selamat berdarah telinga untuk mendengarkan kata-kata 'nasihat' daripada ana. Kali ini betul-betul TEKAD.

*Sedang mencari button badges "ANTI-SMOKING" atau "ANTI-SMOKER" untuk dipakai ke mana-mana sahaja. Kalau ada sesiapa pernah jumpa, mohon beritahu ya. Nak beli. JazakAllah hukhairan kathira.



You have your rights to voice out how much you HATES SMOKING. Jangan segan silu untuk menegur perokok jika mereka merokok di depan anda dan mengganggu pernafasan anda. Anda berhak untuk menegur dan menyaman mereka jika anda mahu. Tindakan itu sangat DISOKONG supaya perokok-perokok ini sedar betapa ramai orang yang BENCI perokok.
(Kelakuannya, bukan pelakunya.)

Tuesday, August 23, 2011

KeGINJALan? KeGANJILan.

Salam'alaykum wbt.

Gadis melayu berniqab, ganjil?
Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
Gadis melayu pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
Gadis melayu tak 'couple' sebelum nikah, ganjil?
Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?
Gadis melayu ganjil?

Gambar sekadar hiasan.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (H.R. Muslim)

*Pelik sungguh orang-orang yang memandang pelik pada orang yang mereka anggap pelik sedangkan tak pelik pun. Pelik... Pelik... Ke-pelik-kan? Usah kepelikan dan memandang pelik perkara yang tidak memelikkan. Sudah-sudahlah memelikkan diri dengan hal yang tidak pelik.

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Peace be upon us all. Ameen... Selamat beriktikaf pada yang berniat dan mampu beriktikaf...

Wassalam.

Wednesday, August 17, 2011

You've got to READ THIS.

Salam'alaykum wbt.

I think it's still not too late for me to wish Ramadhan Mubaraq to every Muslims out there no matter where you are. =)

Handmade with love.

It's been quite some time since I updated this blog. Obviously I'm too busy to do so since I'm enjoying my almost-3-months holiday oh too well. Err... Alright. You know that I've no idea to write anything here. Okay, not that I dont have any idea at all... it's just... I dont really have the strength to push me to keep going, updating this poor blog. Hee... =D

Anyways... Apparently I dont really study or prepare anything to face 2nd Year of studying medicine for the past few months. Seriously. Who does? Well, maybe some of my friends do make some preparation (Like Ell-Emm-Anne, Khan-Nan-Ni, Ell-Yar-Niey, Joo-Lee-Yarh, Maaa-Lee-Yarh and so on =P ). But I'm not really in the mood to study because I want to enjoy these few months holiday which will never happen again in the future (I think). Big sigh there.

Okay. I lied. Err... I did some revision for some topics. I go through some notes for Anatomy: Upper Limb until I realised that I'm supposed to read Anatomy of Heart and Lung as preparation for 2nd Year. Okay now I'm panic. =.="

Okay, whatever it is, at the end I've decided to spent most of my time doing something that I love. Crafting! I sew few things (one of it is the above Muslimah Kawaii looking with prayer rug doll) and I've also quilled few things!

I'm not really in the mood to write more. Why dont you just have a look to my not-so-good artwork? Presenting!


Colourful bookmarks

And more bookmarks

2 custom made bookmarks, inspired by Palestine flag.


And lastly: Quilled Allah SWT arabic wording. =")

~SALAM NUZUL QURAN~



That's all for now. Got to read Mediastinum which have been sitting in front of me for few hours but I havent read a thing except suprasternal notch word. =.="

Wassalam.

p/s: Sorry for the exaggerated title. Hee... Peace out. (^_^)Y

Premise 1: Less than 2 weeks before Eidul Fitr
Premise 2: Less than 3 weeks before starting 2nd Year of Medicine.
Conclusion: Psycho...! >o<

Monday, July 18, 2011

New Addiction- Quilling

Salam'alaykum wbt...

Apa khabar iman? Diharapnya dalam keadaan yang mekar indah, kian bersinar di sinari cahaya mentari. =) Agak puitis di situ.

Well, it's been a while since I update this blog. Not that I dont have time to do so. But, I'm actually not being healthy for the past few days. So, I can hardly move around, not being able to do most of my daily routine. But Alhamdulillah... Here I am... Being rewarded by Allah SWT another chance to live, approaching Ramadhan, insyaAllah.

I'm not gonna write anything more than that anyways. Just would like to share with all of you my current craft addiction, which is Quilling. It's a craft that you can made just by using few tools and papers. Looks easy... and it's not that hard actually. You can just google for some videos and steps to start learning by your ownself. It's that easy. Unlike my previous craft addiction (which I'm still addicted to..), most of them really takes your time, stressing the eye, hands, and brain. For this one, Quilling, it's not that hard, at all.

For new beginners especially, usually quillers sell Quilling Beginners kit for you to purchase (which cost around a hundred plus) so that you can start quilling, following the tutorials given. So, you wont go astray. Hehee... It's not hard. Trust me. I know. To be a quiller, you dont need to have any skills of sewing or knitting or beading or anything! You just need to know how to twirl the paper. Isn't that easy? So, here I would like to share among quilling artwork from famous and skillful quillers such as Inna, Chan, Alli, Lin and few others.






And many more.
I have to admit that I love international quillers MORE than national quillers. Why? Because they love to share their knowledges and help other people to be as good as they are. Unlike national (Malaysian) quillers, they always keep their knowledge as a secret. =.="

That's all for today. May Allah bless us all. Ameen.

Wassalam.

Wednesday, July 13, 2011

Kerjasama berLAINan Agama.

Salam'alaykum wbt. Ana ingin berkongsi satu artikel yang ana baca di salah sebuah blog yang ana 'follow'. Dipersilakan baca, fikir dan nilai secara mendalam. Apakah pendapat antum? =)


Al-Imam Yusuf al-Qardhawi berkata: Barangkali ada perasaan ingin bertanya dan menjadi perbincangan oleh sebilangan orang: bagaimana mungkin dapat diwujudkan suatu kebaikan, kasih-sayang dan pergaulan yang harmonis dengan golongan ghairul Islam, padahal al-Quran sendiri dengan tegas melarang berkasih-sayang dan bersahabat dengan orang-orang kafir, sebagaimana dinyatakan:

Hai orang-orang yang beriman! Jangan kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai ketua, sebahagian terhadap sebahagiannya. Barangsiapa menjadikan mereka sebagai ketua, maka dia itu tergolong mereka, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim. Maka kamu melihat orang-orang yang dalam hatinya itu ada penyakit, cepat-cepat pergi kepada mereka. (al-Maidah: 51-52)

Jawabnya: bahawa ayat-ayat ini tidak mutlak, tidak mengenai setiap Yahudi dan Nasrani atau kafir. Kalau difahami demikian, niscaya akan terdapat pertentangan antara ayat-ayat tersebut dengan nas-nas lainnya yang mengundang supaya dijalin saling pengertian dengan baik dengan panganut agama lain. Ditambah lagi dengan keharusan berkawin dengan ahli kitab dengan penegasan ayat-ayat alQuran yang antara lain berbunyi sebagai berikut:

Allah menjadikan di antara kamu (suami-isteri) cinta dan kasih-sayang. (ar-Rum: 21)

Dan khusus tentang Nasrani Allah mengatakan:

Sungguh kamu akan menjumpai dari antara orang kafir yang lebih dekat cintanya kepada orang-orang mu'min, iaitu orang-orang yang mengatakan: kami adalah orang-orang Nasrani. (al-Maidah: 83)

Dengan demikian, maka ayat-ayat al-Maidah: 51-52 di atas ditujukan untuk orang-orang yang menentang Islam dan yang memerangi kaum muslimin. Oleh kerana itu tidak halal seorang muslim memberi bantuan dan saling bantu-membantu dengan mereka. Inilah yang dimaksud dengan muwalat (bersahabat, mengangkat orang kafir sebagai ketua). Dan dilarangnya pula kaum muslimin menjadikan mereka ini sebagai sahabat karib sehingga dengannya mereka dapat mengetahui rahsia-rahsia kita dan menjadikan mereka sebagai kawan yang bertugas sebagai pengintip yang dibiayai oleh mereka dan agamanya. Terhadap mereka ini al-Quran dengan tegas menyatakan:

Hai orang-orang yang beriman! Jangan kamu menjadikan sahabat karib orang-orang selain golonganmu, mereka itu tidak mahu menolong kamu dari kecelakaan, mereka itu senang kalau kamu susah; sungguh telah nampak kebencian dari mulut-mulut mereka, sedang apa yang tersembunyi dalam hati mereka lebih besar. Sungguh kami telah menerangkan kepadamu ayat-ayat kami kalau kamu mahu berfikir. Kamu ini adalah orang-orang yang kasih kepada mereka, tetapi mereka tidak mahu kasih kepadamu. (ali-Imran: 118-119)

Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang sifat-sifat mereka kepada kita, bahawa mereka itu menyembunyikan permusuhan dan kebenciannya kepada kaum muslimin dan telah dinyatakan dalam lidah mereka. Dan firmanNya pula:

Engkau tidak dapati orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir itu menunjukkan kecintaannya kepada orang-orang yang menentang Allah dan RasuINya, sekalipun mereka itu ayah-ayahnya sendiri, anak-anaknya sendiri, saudara-saudaranya sendiri dan keluarganya sendiri. (al-Mujadalah: 22)

Orang yang menentang Allah dan Rasul tidak sekadar kerana kufur tetapi justeru kerana mereka memusuhi Islam dan kaum muslimin. Dan firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman! Jangan kamu jadikan musuhku dan musuhmu sebagai ketua, kamu tampakkan kepada mereka rasa cinta, padahal mereka telah kufur terhadap kebenaran yang datang kepadamu, mereka akan mengusir Rasul dan kamu juga, lantaran kamu beriman kepada Allah sebagai Tuhanmu. (al-Mumtahinah: 1)


Ayat ini diturunkan berkenaan dengan masalah persahabatan dengan orang-orang musyrik Makkah yang pada waktu itu mereka memerangi Allah dan Rasul, dan mengusir orang-orang Islam dari Makkah justru kerana mereka mengatakan kami beriman kepada Allah. Orang-orang seperti ini tidak boleh kita ajak bersahabat. Walaupun demikian, al-Quran tidak menafikan harapan kebaikan kepada mereka, dan tidak pula mengatakan sikap putus harap. Bahkan al-Quran memberikan suatu harapan kiranya dapat merubah sikap mereka itu dan menjernihkan hati mereka. Untuk itu dalam surah itu juga al-Quran mengatakan:

Barangkali Allah akan menjadikan antara kamu dan antara orang-orang yang kamu musuhi itu perasaan cinta, sedang Allah Maha Kuasa, dan Allah pun Maha Pengampun dan Belas-kasih. (al-Mumtahinah: 7)

Peringatan al-Quran ini sudah cukup untuk mengelakkan ketegangan dan berkobarnya api permusuhan. Sebagaimana disebutkan dalam salah satu hadis yang berbunyi sebagai berikut: "Bencilah kamu kepada musuhmu itu sekadarnya saja, agar satu saat dia akan mencintaimu." (Riwayat Tarmizi dan Baihaqi) [38]

Lebih keras lagi haramnya berkawan dengan musuh, apabila mereka itu orang-orang kuat, berkeyakinan dan menakutkan, sehingga kerananya orang-orang munafik dan yang sakit hati berusaha untuk berkawan dengan mereka dan mengangkatnya sebagai kawan pelindung untuk memperkuat barisannya, dengan suatu harapan akan sangat berguna di hari esok, untuk itulah, maka Allah berfirman:

Maka kamu akan melihat orang-orang yang dalam hatinya ada penyakit, pergi dengan cepat-cepat kepada mereka sambil berkata: kami takut akan mendapat kecelakaan, tetapi mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan atau suatu urusan dari sisiNya, sehingga dengan demikian mereka akan menyesali apa-apa yang mereka rahasia akan dalam hati-hati mereka itu. (al-Maidah: 52)

Beritahulah orang-orang munafik itu, bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, iaitu orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir sebagai ketua, bukan kepada orang-orang mu'min. Apakah mereka mengharapkan kejayaan dari sisi mereka? Sesungguhnya kejayaan adalah milik Allah seluruhnya. (an-Nisa': 138-139)

(Kitab Halal dan Haram; bab bersahabat dengan bukan Islam;
oleh Al-Imam Yusuf al-Qardhawi)

Wallahua'lam....

Artikel dari blog: http://azharjaafar313.blogspot.com/2011/07/geng-bas-sekolah_2865.html

Wassalam.

Monday, July 11, 2011

Arts is Seni

Salam’alaykum wbt..

Alhamdulillah ana dan keluarga tersayang telah pun selamat sampai di Penang sesudah maghrib malam tadi. Perjalanan yang boleh dikatakan paling lancar setakat ini kerana langsung tak jam. Sepanjang perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur, tiada sebarang masalah yang dialami manakala perjalanan dari Kuala Lumpur ke Penang menemukan kami dengan beberapa buah lori dan bas Polis Di Raja Malaysia. Pulang dari menganggotai perhimpunan Bersih ana kira. Seperti biasa, ana memang suka tiap kali mahu ke Penang… Selain menziarah abang ana, kakak ipar dan anak saudara sulung, ana paling suka architecture jalan di Lebuhraya Utara Selatan kerana struktur yang unik selain perhentian R&R yang cukup terurus. Ana selalu pastikan ana tak tidur nyenyak sewaktu perjalanan kerana dah terbiasa di didik oleh umi untuk menjadi co-pilot untuk setiap perjalanan. Maka pabila sampai di KM259.5 Lebuhraya Utara-Selatan (selepas terowong Ipoh), ana cukup gembira! Sebab ana suka architecture jalan yang berbentuk U-shaped, membuatkan pemandu memandu 180 darjah dari terowong. *excited*

Anyhow, beg ana penuh sebab ana bawa beberapa buah buku dan nota yang ‘kononnya’ mahu ditelaah pada waktu cuti ni. InsyaAllah… InsyaAllah… Tapi memandangkan idea seni meng’gila’ kembali, ana buat keputusan untuk menjahit beberapa kraf yang diperbuat daripada kain felt. Material memang dah ada, tinggal jahit ja… Oh well, ana senang sangat nak jatuh cinta dengan kraf-kraf ni… Ingat lagi waktu darjah 6 selepas UPSR, umi ana hantar ana pergi belajar ‘beading’ atau membuat dekorasi manik dan juga cross stitch sewing. Maka terhasillah cross stitch picture serta gelang, cincin, bekas telur, jug dan keychain yang diperbuat daripada manik. Semuanya starts from nothing into something! Alhamdulillah…

Dalam masa yang sama, ana reherse kembali bermain piano memandangkan dah lama sangat tinggal… Takut nanti lupa terus, rugi pulak sebab dulu waktu pergi kelas, banyak juga fulus yang dibayar oleh umi dan ayah. Jadi, manfaatkan ilmu yang dah ada. Cuma satu la… Rugi sikit sebab tak ambil kelas belajar violin waktu tu. Aduhai... Tapi takpa, bersyukur dengan apa yang kita ada. Sekarang ni ana tengah ‘membaca’ key not ‘Sorry, I love You’ theme song dan praktis sekerap mungkin. Kenapa? Biarlah rahsia… =)

Well, if you noticed, I keep on talking about arts kind of thingy. I’m into arts… Really. Who doesn’t? These are all my hobbies… I do it whenever I have free time, which is something that doesn’t happen that often. =P Therefore (wow, therefore? Am I writing an English essay? ), as soon as I have time to do something that I love, I’ll definitely take the chance to sew anything that I want, design anything I love and play piano too. Many of you might not expect these from me, I assume. Well, what to do? It’s better to deeply fall in love with something like this rather than other kind of thing. Now I’m thinking, my parents allow me and always support me to do things that I love, most of the time. Is it because they want to ‘divert’ my attention from other things, which illegal for me to get involve with? Heee… Hold that thoughts. No, no.. Throw it away.

Oh, got to go to babysit my dear cute SAF. This might not be an interesting post for you to read. I’m sorry. Ran out of idea for the time being because I’m focusing more on creating new ideas for my felt craft.


The materials... Felt fabrics and buttons

Converted into these 'creatures'...
.
.
.
.
.
.
.
.

iPhone pouch


A Cake?


A cute alien--> belongs to my bestfriend...

And a lot more others. Totally handmade, without any sewing machine.
(^_^)

Till then.
Wassalam.

Wednesday, July 6, 2011

A Simple Smile is.....

Salam'alaykum wbt.....


A Simple smile is a SUNNAH.....
The Lighting system of the Face.....
The Cooling system of the Head.....
The Warming system of the Heart.....
The Sparkling system of the Eyes &
The Relaxing system of the Mind.....
And most easy Sadaqah.....
May Allah always keep u happy and smiling!
Ameen.
....
(^_^)



Wassalam.

Tuesday, July 5, 2011

Ramadhan's Preparation

Starts from NOW!

Du'a

Tahajjud

Read Al-Quran

Recite Al-Quran and give Sadaqa

Striving hard against the self

Ramadhan High-way code

Lowering the gaze to prevent desire

Wallahua'lam.
Wassalam.

Generosity of Rasulullah saw

Salam'alaykum wbt.

Today let us all learn more about our beloved Prophet Muhammad, Rasulullah saw, shall we? (^_^)

Generosity was among the countless good qualities of the Prophet Muhammad. He was the most generous of people and he used to be most generous in Ramadan.

One day the Prophet Muhammad offered the prayer in the mosque and then hurriedly went to his house and returned immediately. A companion asked why he left and he replied,

“I left a piece of gold at home which was given for charity and I disliked letting it remain a night in my house, so I bought it to the mosque to distribute.”
(Saheeh Al-Bukhari)


Our worldly possessions are bounties from God, who is Al Kareem, the Most Generous. Muslims believe that everything originates from God and everything will return to Him, thus, it is logical to behave as if that which we possess is merely a loan, something we are obligated to preserve, protect and ultimately share.

Whenever Prophet Muhammad met a miserly person, he advised him to be more generous and charitable.

Ibn `Abbas said that he heard Prophet Muhammad say,
“The believer is not the one who eats when his neighbour beside him is hungry,” another companion heard the Prophet say, “The believer is simple and generous, but the wicked person is deceitful and ignoble.”

Generosity can be viewed as a wise investment in the future. Generosity or sadaqa may pave the way to Paradise because with every generous act comes great reward from God. However, being generous does not only mean giving freely from what you have in abundance. Generosity does not lie in giving away something that is no longer useful but in giving freely from the things we love or need.

Aisha (the wife of the Prophet) said,
“A lady, along with her two daughters came to me asking for some alms, but she found nothing with me except one date which I gave to her and she divided it between her two daughters.”
(Saheeh Al-Bukhari)

God tells us in the Quran that whatever we give away generously, with the intention of pleasing Him, He will replace it. God knows what is in the hearts of men.

Say: “Truly, my Lord enlarges the provision for whom He wills of His slaves, and also restricts it) for him, and whatsoever you spend of anything (in God’s Cause), He will replace it. And He is the Best of providers.”
(Quran 34:39)



The Value of Generosity

The companions of Prophet Muhammad understood the value of being generous. Abdullah ibn Omar was seen in the market buying fodder for his camel on credit. One of the men queried this knowing that Abdullah had received 4000 dirhams and a blanket the previous day. It was explained that before nightfall Abdullah had distributed the money amongst the needy. He then took the blanket, threw it over his shoulder and headed home, but by the time he arrived even the blanket was gone, he had given it to a needy person.

After the death of the Prophet, the people faced great hardship due to drought. They came to Abu Bakr asking him to provide them with enough to sustain them, but he was unable to help, the treasury was empty. Just at that time, the camel caravan belonging to Uthman arrived from Damascus. It was filled with foodstuffs and other goods. The merchants gathered at Uthman’s house offering him large amounts of money for the goods; however, he turned them down saying he was prepared only to give the goods to the One from whom he would receive the greatest reward. Uthman gave all the goods to the starving people of Madinah and did not charge them. He knew that God would reward him with something far greater than money.

Even in the direst of circumstances, person who is a true believer in Almighty God is able to be generous.

The people came to the Prophet Muhammad and asked,
“If someone has nothing to give, what will he do?” He said, “He should work with his hands and benefit himself and also give in charity (from what he earns).” The people further asked, “If he cannot find even that?” He replied, “He should help the needy who appeal for help.” Then the people asked, “If he cannot do that?” He replied, “Then he should perform good deeds and keep away from evil deeds and this will be regarded as charitable deeds.”
(Saheeh Al-Bukhari)

And God says in the Quran that He will repay the generosity of a believer.

“And whatever you spend in good, it will be repaid to you in full, and you shall not be wronged.” (Quran 2:272)

Allah is the One who provides for us and He expects us to share generously. We are encouraged to be benevolent and unselfish with our possessions, with our time and with our exemplary behaviour towards others.


Wallahua'lam.
Wassalam.